Sabtu, Ogos 15, 2009

Ramli Broery Siti Mawi

Kebelakangan ini saya banyak menulis entry berbentuk serius. Justeru, ada sebilangan pembaca marah, tidak kurang bertenang melontarkan buah fikiran.

Apapun, terima kasih kepada semua pembaca tetap blog ini kerana tidak jemu mencatatkan komen di hampir setiap entry. Selain anda, saya percaya blog ini juga turut dilayari warga Malaysia, majoriti pelajar, kini bermaustautin di luar negara.

Hari ini Sabtu, saya ingin menulis entry lebih ‘ringan’ untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Saya suka mendengar lagu dendangan Ramli Sarip, bukan semua, cuma sebilangan sahaja. Antaranya, Kamelia, Teratai dan Bukan Kerana Nama. Ramli, dianugerahkan suara unik secocok dengan imej dan perwatakannya.

Selain lagu Ramli, lagu Broery Marantika, Biarkan Bulan Bicara dan Angin Malam kerap saya nyanyikan jika berkaraoke bersama rakan. Saya pernah bertemu penyanyi lagenda kelahiran Indonesia itu pada penghujung tahun 1990 dan minum petang bersama beliau sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur. Suara ‘base’ Broery tidak mudah dilupakan.

Saya bukan peminat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Asmawi Ani. Tetapi saya tidak menyanggah bakat seni dimiliki anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang dan Felda Taib Andah, Kulai Jaya, Johor itu. Kejayaan mereka terbukti berikutan pelbagai anugerah diraih.

Hakikatnya, Ramli, Broery, Siti dan Mawi mempunyai jutaan peminat di Malaysia dan Indonesia. Mereka antara artis mencipta nama besar tetapi gagal dinobatkan sebagai penyanyi bertaraf dunia setanding Michael Jackson, Whitney Houstan, Madonna dan Mariah Carey.

Mengapa?

27 ulasan:

  1. ini meruoaka perkara yg menakutkan. minta siasat perkara ini - http://www.youtube.com/watch?v=wdnXEkoLIjE

    BalasPadam
  2. dalam dunia sekarang, mereka yang "baik-baik", biasanya susah untuk menempah nama berbanding dengan mereka yang dengan sengaja timbulkan kontroversi merepek untuk tatapan dan bualan manusia lain

    lagi terpesong perbuatan itu, lagi glamour lah beliau :) Siti, Mawi dan lain2 itu masih berpegang dengan norma2 yang "baik-baik".

    tak glamaour tak semestinya tidak dikenali.hehehe

    BalasPadam
  3. Moga yang terkenal tidak mudah lupa diri sebagai orang TIMUR bila berjaya.

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul, seorang penghibur mungkin boleh menghiburkan jutaan peminat, tetapi hatinya sendiri belum tentu terhibur.

    Ambil mudah seperti Michael Jackson, yang mengabdikan diri untuk peminat, hakikatnya sentiasa dibayangi depress dan rasa kecewa, tidak selamat dan hanya berakhir setelah kematiannya.

    Ramli Sarip ikon papa rock yang dihormati, cuma saya kurang berkenan rambutnya yang masih panjang pada usianya yang semakin dimamah masa. Lagu-lagunya menjadi teman ketika saya meniti usia remaja.

    Broery Marantika, saya sudah suara jantannya. Sukar mencari suara seperti itu lagi.

    Siti dan Mawi masing-masing ada kelebihan, dan ada khalayak peminatnya sendiri. Tapi saya bukan sebahagian daripada peminat fanatik mereka.

    BalasPadam
  5. Saya peminat Broery,Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza..Isu yg diutarakan Bro tu, mungkin penjualan album mereka tidak mencakupi seluruh dunia..penyebab utama dari segi bahasa..penggunaan bahasa melayu tidak menyeluruh ke seluruh dunia buat ketika ini...

    Nih entry saya tentang broery di blog saya...

    http://aaapit.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

    BalasPadam
  6. Aapit, Siti kini boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tidak mustahil melahirkan album berbahasa sama.

    Jika itu berlaku, mampukah dia menerobos pasaran antarabangsa?

    Julio Iglesias, banyak lagunya dinyayikan dalam bahasa Spanish dan boleh didengari di seluruh dunia.

    BalasPadam
  7. Kebiasaannya masyarakat dari Asia ni kurang mendapat tempat di peringkat dunia. Maka, tidak hairanlah mengapa artis di Malaysia, Indonesia kurang terkenal di peringkat antarabangsa seperti MJ.

    BalasPadam
  8. Berkemungkinan satu hari nanti artis kita akan mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

    BalasPadam
  9. lagu orang melayu ni banyak sangat lagu mendayu dayu, kalau patah hati, putus cinta, laki lari, kekasih lari, ada scandal aka kekasih gelap, baru laku. Tapi setakat tu jerlah.

    Minda orang kita kan mudah terusik dengan lagu lagu melankolik. Itu hakikatnya.

    Sebab tu lah, saya boleh bertaruh 50 CD Michael Jackson bahawasanya, iklan community service untuk aidilfitri nanti mesti ada unsur melankolik, yang menyentuh jiwa, yang mampu buat orang nangis.

    Yang ada happy pun sekerat dua jek macam lagu Saloma. Yang lain, mesti meruntun jiwa.

    Tapi bila raya Cina, dam dum dam dum, punyalah happy depa punya lagu.

    dan bro, ada artis malaysia yang berjaya di persada dunia. cuma segelintir sahaja, tetapi tidak di Malaysia.

    Sama dengan singapura. Ramai artis mereka lari ke Taiwan atau Hong Kong untuk lebih berjaya, dan mereka berjaya.

    p/s: macam dah lama tak pegang mic dengan bro.. amacam? ada berani? hehe

    BalasPadam
  10. salam semua
    Ini personal view saya abang mazidul..artis Malaysia tak kira apa bangsa masih belum kuat X factornya..saya sendiri merasakan yang performance diorang tu takat ok2 jer..satu lagi, saya fikir tidak ada pihak yang berani menampilkan artis Malaysia ke peringkat antarabangsa..takut tak 'jalan'..maybe..this is only personal view saya..kalau tak ok pada yang lain, maaf..

    BalasPadam
  11. Minat juga dengan artis2 yang bro coretkan disini. Masing-masing mempunyai suara tersendiri yang unik.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Maaf saya ingin keluar dari topik Mawi, Ramli Sarip, Siti dan Broery. Tapi masih ingin bercakap dalam isu yang sama, lain personalitinya.

    Zee Avi, rakyat Malaysia yang tak terkenal di malaysia, tapi dia kini sudah menjejak pasaran antarabangsa. Malah lagunya dijadikan lagu promosi WalMart pasaraya terkemuka di Amerika.

    Mahu jadi jaguh di kampung sendiri atau menjelajah meneroka dunia luar?

    Nicole Kidman, Heath Leadger, Hugh Jackman tak akan terkenal jika mereka masih membintangi filem-filem Australia saja. Mereka buka sayap mencuba nasib di Amerika dan Eropah.

    Chef Wan menjuarai anugerah Celebriti Chef Dunia baru-baru ini. Semua kerana berani menjelajah dunia luar.

    Kita mahu org putih datang korek bakat kita atau, kita keluar cari peluang?

    p/s: Raihan & Too Phat juga sudah agak popular diluar sana tapi kurang publisiti diberi pada mereka. Lagu Raihan ft Muhammad Al-Hussayn mendapat perhatian tinggi di negara Arab. Begitu juga lagu Alhamdulillah dari Too Phat. Adakah sebenarnya media kita yang berat sebelah?

    BalasPadam
  14. hehe, masih ber unsur sedikit serius. agak sinis juga.

    BalasPadam
  15. minat sgt kat siti..!

    takpe lah tak popular kat international sbb rezeki kat malaysia pun dah melimpah ruah.

    combi rasa hidup siti sgt sibuk dari remaja smpi kini so sedar tak sedar dia dah terlambat utk ke arah itu.apapun combi rasa siti sendiri tak berminat utk melangkah lebih jauh lagi kerana terlalu byk yg terpaksa dikorbankan..betul tak en mazidul :)

    BalasPadam
  16. sy baru je buat post lirik lagu Teratai Ramli Sarip tu...sy pun sama mcm Mazidul gak....suka CT, Ramli Sarip dan Broery Marantika tu....tp Mw.....no komen....


    Ketiga2 mereka ada aura tersendiri....dan mereka masih mengekalkan sikap merendah diri...

    BalasPadam
  17. Bab ni aku memang ketinggalan abis... aku kenal Broery, kenal Mawi, kenal CT, kenal Ramli Sarip, bahkan pernah berimamkan Ramli Sarip masa dia buat show kat Sulaiman Court (sekarang ni, Kompleks Sogo) dan kumpulan-kumpulan Rock Kapak era 80-an.

    Apa yang pasti ialah sikap terlalu merendah diri pada kita dalam apa juga lapangan termasuklah nyanyian (lakonan tak bleh sebab lakonan para pelakon kita, tak layak dikeluarkan dari negara ni).

    Meleleh atau tangkap lentuk adalah perkara biasa dalam mana-mana lagu. Jadi, aku tidak bersetuju dengan pendapat HAZREY. Kalau dngar lagu-lagu Sepanyol mahupun lagu-lagu berbahasa Perancis sekalipun, iramanya tentang kasih sayang, cinta, kekasih sama seperti lagu-lagu melayu juga...

    Masalah yang paling utama ialah kelemahan kita dalam membuat pemasaran. Sebaik manapun hasil yang dikeluarkan, kalau pemasaran sekadar tangkap muat dan mudah berpuas hati, sampai bila pun, hasil tersebut tidak akan terkenal.

    BalasPadam
  18. Bagi saya Anita Sarawak juga mempunyai bakat lebih diakui negara luar tetapi tidak pernah mendapat pengitirafan dr negara sendiri...jangankan gelaran Dato, anugerah popular,penghibur terbaik pun belum dia merasa...Org Melaysia belum matang mentafsir kelunakan suara, apa itu penghibur, penyanyi... yg mereka suka lagu mendayu-dayu..Org Amerika kata lagu kita mcm nak tidur, mengantuk je bila dengar, tapi itu lah jiwa org malaysia suka irama yg mengantuk...
    Org yg mengitirafkan penyanyi dan menyokong peminat hanyalah golongan 'pertengahan', org kaya suka suara spt Shila Majid, Dato Shake, kalau pelawak Harith Iskandar tapi kalau golongan bawahan suka Apek, Nabil sbg contoh...Org kaya @high class tak sempat nak undi mereka yg lebih layak digelar penghibur maka tak merasa lah dapat anugerah apa apa.. apa boleh buat, mugkin juga xde rezeki, Lihatlah mengapa lagu Bollywood dah boleh masuk US...kalau nak industri ini maju cubalah ubah cara...Mungkin jika artis mempunyai Ijazah, Sarjana industri ini berubah, tetapi TV hanya dimiliki oleh ARTIS yg ada bakat berlakon dan menyanyi

    BalasPadam
  19. saya tak minat siti, atau mawi, atau ramli sarip

    tapi saya cukup gilakan sheila majid! dan saya rasa pengaruh sheila majid masa saya membesar dulu cukup kuat, sampai ke jepun!

    mungkin artis kita tidak berkembang pengaruh ke luar negara disebabkan tiada peluang + tiada pengurusan yang betul betul mantap untuk push the artist into international level.

    p/s : hazrey, lagu mariah carey masa mula mula muncul dulu melakolik juga.. (my all, through the rain, dan banyak lagi rasanya..), hehe, jangan mare ya..

    BalasPadam
  20. saya teringat jumaat baru ni semasa saya mnghadiri program bersama menteri, sebuah kumpulan dijemput dan mereka adalah kumpulan 'bale bale'..

    saya tak tahu how they pronounce or spell this group name but one thing that made my mind brfikir masa mreka mmbuat persembahan ialah mereka sgt berbakat...

    saya jadi kagum para menteri boleh menari bersama mereka dan berdansa bagai walhal kumpulan mereka iu majoriti berasal dari kampong..

    ada yg jual ikan, ada yg berniaga dan mreka lazimnya selalu di undang oleh tv9 utk mmbuat persembahan...

    just thinking.."bakat yg pnting kah atau paras rupakah..????"

    tertarik dgn knyataan seseorang bersama kami "menteri-menteri lazimnya suka jemput artis mcm noryn aziz dan azharina.."

    tapi, pelik kan knapa mreka berdua kurg glamor if nk cmpare ngn mawi n siti tu...

    mereka lagi hebat dan mantap!

    BalasPadam
  21. satu lagi, mcmana siti nak jd artis international kalo die sndri tk prnh cube bljr berbahasa inggeris dgn btul...

    kalau die belajar dan praktis...confirm die blh laku di luar sana n jd intrnational...

    just compare ngn ning naizura n noryn aziz..:)

    yg pnting...rq tak minat sesape...sume lagu aku layannnnnnn

    BalasPadam
  22. Saya setuju dan bersependapat dengan Marissa.

    Anita Sarawak rakyat Singapura kan? Tolong betulkan saya jika saya silap.

    Penyanyi memang berlambak-lambak, tapi penghibur sangat tak ramai. Apatah lagi bertaraf dunia?

    BalasPadam
  23. Siti dah makin bagus english nya.. dia masih terus belajar.. ok la tuh.. daripada tak der perubahan...

    BalasPadam
  24. Marissa....i agree with u too...
    buat apa kan jadi jaguh kampungt, tapi kat luar tak jaguh pun..????

    xooxoxoxoxo..

    nak salahkan siapa???media kah???
    atau artis???

    pity...

    BalasPadam
  25. still mnunggu blh kah siti jd cam celine dion???????????

    xooxxooxoxooxo

    huahuahauhauaha..

    BalasPadam
  26. nasib baik menyanyi kat dapur saja .. la la la la

    BalasPadam
  27. Ramli Sarip & Broery memang suaranya unik & bagaikan satu lagenda. Saya yakin hingga berabad pun kita masih rindu mendengar suara mereka; macam Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr P. Ramlee. Apatah lagi bila hari raya, tak dengar lagu P. Ramlee macam tak meriah hari rayanya.

    Saya layan semua lagu janji ianya sedap didengar.

    Memang suara itu anugerah Ilahi yang perlu bergandingan dengan bakat yang ada. Bila suara & bakat bergabung akan lebih meriah dunia hiburan.

    Seperkara lagi komposer, penulis lirik & mereka disebalik lagu yang merdu yang tercipta; masing-masing ada peranannya. Ianya berkembang serta bergantung kepada melodi sezaman.

    Tak tahulah bagaimana kalutnya irama di zaman tahun 3000 (an?)

    Maka itu jangan hairan minat pendengar itu berbeda-beda. Bagi saya lagu paling sedap ketika mahu tidur adalah keroncong. Yang pastinya kita ini sudah tua & sudah terbiasa didodoi sejak kecil lagu yang begitu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.