Selasa, Ogos 11, 2009

Tak Mahu Tengok 360!

Negara sedang bertarung menangani Selesema Babi (ejaan diperbetulkan) kerana terbukti pandemik digeruni itu setakat ini mengorbankan 38 nyawa rakyat Malaysia dan dijangka jumlah kematian akan terus bertambah.

Tetapi percayalah ajal maut di tangan tuhan. Bagaimanapun kita semua harus berusaha mengelak daripada dijangkiti.

Saya ingin menyentuh isu berhubung kematian. Jam 9.25 malam tadi saya menerima sistem pesanan ringkas, SMS dihantar orang tanpa identiti.

Berikut SMS pertama.

‘Lancau lu orang senang-senang tangkap. Hampa semua nak mati cepat la’

Lalu saya menghubungi nombor terbabit 010 387 3272 namun tidak berjawab. SMS kedua kemudian dihantar orang sama.

‘Call aku? Puki, aku tembak you orang. Lepas ini aku tak mahu tengok 360. Faham?’

9 malam esok 360 akan memaparkan topik ‘Warga penceroboh’, kisah warga asing berhijrah ke negara kita dan kemudian sesuka hati membina penempatan tidak sah.

Isnin dan ahad lalu, 360 menyertai 3 operasi menggempur penempatan warga asing di Rawang, Subang Jaya dan Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Mungkin ada antara mereka berasa terganggu dan marah.

Lalu saya membalas SMS itu.

‘Nak tengok, tengok, tak nak sudah! Letihlah layan lu’

Emosi sungguh penghantar SMS itu. Sedang kita gusar menangani Selesema Babi, dia kononnya sibuk ingin menembak orang. Gila!

38 ulasan:

  1. uik, berlagak betul si penghantar SMS tu...siap ugut nak bunuh tu...bro dah lapor kat polis ke? Mana la tau pihak polis boleh kesan nombor si penghantar SMS tu...

    Tak sabar nak tengok 360 esok :D

    BalasPadam
  2. Azrul, bila dah selalu sangat menerima ugutan sama, saya jadi letih membuat laporan polis :)

    BalasPadam
  3. salam..

    itulah cabaran bang,..

    keep it up ok?

    *berbaktilah demi 1MALAYSIA TERCINTA..

    ;)

    BalasPadam
  4. syabas. suruh la orang2 cerdik itu berarak membantah apa-apa lagi.

    Sudah diberitakan hampir satu abad lepas H1N1 membunuh 20-100 juta manusia dalam masa 2 tahun(1918-1919). Sekarang, dah mati 38 org baru nak ambil tindakan selamat.

    Kapal terbang tambang murah, masih promosi? 3 juta seat percuma?

    kenapa semua tak boleh bertanggungjawab? cerdik pandai pun masih melancong di ketika ini.

    dengan jumlah jangkitan 2000 kes, kadar kematian 38 orang adalah amat menggerunkan. pperatusan kematian di malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Malaysian government, masih bergerak dgn kadar sederhana? Mahu tunggu kematian 100 org, baru mahu bertindak?

    BalasPadam
  5. biasa la manusia..dh tehantuk baru nk tergadah.. sebelum 2 xsedar-sedar diri...

    BalasPadam
  6. Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

    Jangan terperanjat jika dinyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

    Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

    1 – mengurangkan penduduk dunia
    2 – menjual ubatan

    petikan : http://tukartiub.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Jangan layan 'beruk' macam tu, Bro Mazidul,

    Er, cuma nak tanya, teringat kat bekas personaliti TV3 yang pernah bina nama, Mahazir Lokman.

    Tahun-tahun sebelum ni, ada suaranya dalam Musabaqah antarabangsa, tapi kini senyap jer.

    Di mana dia, yer?

    BalasPadam
  8. memang letih melayan orang yang tak mahu faham!

    BalasPadam
  9. cabaran untuk mereka yang mendedahkan kepincangan di dalam masyarakat. keep it up!

    orang-orang penghantar SMS macam ni mestilah di siasat.

    ada tak rancangan istimewa 360 untuk "penghantar SMS ugutan"? saya kira isu ini menarik...(sesuai untuk tontonan di hari raya nanti!) :)

    BalasPadam
  10. kah kah kah..memang sengal mamat hantar sms tu

    (confirm ke mamat???..huahauhauaah)

    belasah jer..........

    BalasPadam
  11. Biasanya marah kerana periuk nasi tergugat, tukang beri wang perlindungan sudah tiada, agaknya.

    tidak boleh menjual 'Barang'

    BalasPadam
  12. Askum Bang,

    Apa pun bang & team... kena selalu berwaspada... maklumlah org marah.. mcm2 difikiran diaorang tuh..

    BalasPadam
  13. dah la masuk negara org cara haram.. lagi nak ugut org.. mmg melampau dia org nih..

    BalasPadam
  14. takat dia sorang tak nak tgk 360 apa la kisah.. lantak dia laaa..

    BalasPadam
  15. saya rasa, tindakan encik mazidul tu betul. abaikan saja kata2 orang macam ni. dah la tak perkenalkan diri. bila call, tak nak angkat lak.

    tapi dalam masa yang sama, jgn lupa berjaga2. rasanya encik mazidul pun dah tau apa nak buat.

    BalasPadam
  16. sepatutnya En Mazidul kena jawap
    "takmau tengok, tutup TV" hahahahaha


    www.sweetdarling79.com

    BalasPadam
  17. Saya cukup puas hati bila Mazidul menyebut 'Warga Penceroboh' masa menonton tv, tak sabar nak tengok 360 malam ni tentang warga tak sedar diri tu......SYABAS!!

    BalasPadam
  18. Bro, saya gelak baca entry ni. Ia sebenarnya satu lawak. Hahaha. Ni kira macam zaman kita bebudak dulu ahh bergaduh. "Alah tak mau kawan ngan awak lagi lah". Hahahah

    Hahaha. Mesti yang hantar tu kurang dapat susu badan masa kecik kecik dulu.

    BalasPadam
  19. Sdr Mazidul

    Saya pun pernah terima ugutan yang sama, bukan SMS tetapi panggilan yang mahu potong leher saya. Suaranya memang mirip PATI.

    Asalnya saya sengaja nak pastikan nombor "miss call" yang bertalu-talu. Saya memang jenis tak rapat dengan telefon bimbit. Pernah saya terima panggilan tersebut tetapi saya tak faham bahasa percakapannya, nak kata Jawa bukan, minang pun bukan tapi memang dialeknya dari seberang.

    Kononnya saya nak kasi tahu jangan dail nombor saya lagi; tapi ayat saya itu mungkin macam menggoda kot!

    "Sudi apalah kiranya adinda menitikkan SMS buat hamba..."

    Begitulah ayat permulaan saya. Memang saya ini jenis begitu bila berSMS. Tak tahulah pula tetiba suaminya yg membaca & silap tafsir kot! ayat saya itu. Terus menyerang dengan ugutan mahu potong leher saya!.

    "Di mana kita mahu jumpa gue mahu potong leher kamu!.."

    Bukan sekali dua dia buat ugutan, saya tak layan & hantar SMS mengatakan.

    "Awak & isteri awak tentunya tersalah nombor tersalah orang!"

    Baru senyap!. Moralnya kenapa orang seberang ini garang banget, saya tak sentuh pun bini dia kenapa mesti mahu potong leher perbagai. Yang gatalnya Neng dia; dail bertalu-talu nombor saya kenapa?

    BalasPadam
  20. peh marah betul golongan PATI ni... cmne la syarikat air x pasan org curi air ek...

    BalasPadam
  21. iis IDAN,,

    cubalaa RAPAT berbaik dengan orang seberang mana tau mereka dapat HAK HALAL..di sini menumpang tanah U. Bina KOLONI

    BalasPadam
  22. salam bang
    Pandai pulak orang tu mencarut..hidup dia memang suka curse orang agaknya..mesti mulut dia busuk ...

    BalasPadam
  23. kirana;

    Mencarut takperlu belajar, subjek itu didengar dari telinga semasa kecil bercampur hBITAT dan genetik..

    BalasPadam
  24. main tembak2 pakai pistol air ke apa..? siapa peduli dia nak tgk ke tak?

    BalasPadam
  25. Salam
    Biasalah tu org yang terdesak..lebih baik dibuat report polis mengenai ugutan seperti ini...
    Semoga paparan yang didedahkan oleh pihak abg akan menyedarkan lebih banyak pihak tentang kewujudan mereka ini....
    bye n salam

    BalasPadam
  26. sybas Bro Mazidul, berani betul wartawan TV3 ni... apa pun saya doakan sentiasa dilindungi Allah termasuk anak isteri Mazidul... maklumlah penjenayah ni kalau dah geram mereka balas kat family kita...hati hati selalu, kesian tgk wartawan lain dah jadi magsa mcm Karam Singh,Nik Suriani, Azlina Ridwaan, Mazlin.. so bro byk berdoa agar dijauhi mereka yg berniat jahat

    BalasPadam
  27. Brahimnyior.....
    malam final musabaqah td...saudara Mahazir Lokman ada (translate 2 bahasa lagi tu)

    BalasPadam
  28. bgus eelobor tgk musabaqah..wa salute u..

    skew mahazir lokman...

    rq tgh bljr cara2 nk bljr byk bahasa cam die gak..

    hauhauhahau

    BalasPadam
  29. rq blm smpt tgk 360 scara pnuh...sedih...

    BalasPadam
  30. ingatlah...Allah Taala sdg mmbri peringatan pd kita..

    bermuhasabah lah..Allah sdg berbicara dgn kita!!!!

    dan takutlah pd MURKA Allah...


    http://anakfelda-ifah.blogspot.com

    BalasPadam
  31. Kadang-kadang saya jadi keliru fungsi kotak komen di blog, apabila kebelakangan ini ia lebih menjurus kepada kotak perbualan.

    Comment box, or Chat box?

    p/s: sedih kadang-kadang membaca komen di Chedet.cc apabila terdapat pengomen yang tidak 'sedar ruang' dan komennya lebih menjurus ke arah Spam. Bicara kosong, dan lebih jengkel terasa bila kebanyakannnya berbahasa ibunda.

    BalasPadam
  32. amalkan minum habbatus sauda', Kapsul rossele, EQ minda dan madu HPA untuk mncegah dr kita dr wabak ini...dgn izin Allah...

    -believe it or not, believe it!!!

    BalasPadam
  33. RQ;
    bila kita jual MADU..letakkan HAdis tentang madu

    bila kita jual HAbatus letakan hadis tentang HAbatus

    bila kita menjual Kambing letakkan hadis tentang Aqiqah

    BalasPadam
  34. wah gitu zeq>>>

    ingt rq tukang bg hadis ke??xoxooxoxo

    BalasPadam
  35. Ok gak Bro ni.. still boleh layan SMS macam ni.. haha.

    BalasPadam
  36. Kalau aku, memang tak layan dah SMS ni.. Dengan bahasa tak senonohnya. memang boleh jadi panas hati kalau baca.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.