Selasa, Mei 28, 2013

ISTERI PENGADU RUMAH DI KOTA DAMANSARA BAKAL DILELONG BANK DALAM TEMPOH 2 HARI MULA MEMBUNGKUS KAIN BAJU




Tiga  hari lalu,    saya   paparkan   kisah   pengadu,  48 tahun  dan  keluarga  bakal  merempat   di bumi sendiri.   Rumah mereka di  Seksyen 7, Kota Damansara  bakal  dilelong  selepas  jam 2 petang, 31 Mei 2013.

Bayaran  tertunggak  dan kos membatalkan  proses  lelongan  dilaporkan  mencecah RM4,700.



"Kalau  tiada  berumah,  hendak  tinggal  di mana?," soal saya.

"Tidak  tahu lagi. Otak  saya sudah  buntu  untuk  mencari  jalan menyelesaikan  masalah ini," ujarnya.

Klik  di sini   untuk   membaca  usaha  pengadu  cuba  mendapatkan  bantuan wakil rakyat Kota Damansara,  YB  Halimaton  Saadiah  Bohan.  

Baca juga di sini untuk berita lanjut.

Awal malam tadi,  saya  sempat berbual  bersama  seorang daripada  pemimpin Barisan Nasional, BN terkenal  di Selangor.

"Sepatutnya YB  Halimaton  cuba  menghubungi   Malaysian  Building  Society  Berhad. Tuliskan surat  untuk  memohon  lelongan  ditangguhkan sementara pengadu  dibantu," kata beliau.

Khabarnya,  Halimaton  menghubungi   sendiri   wakil  akhbar.  Mungkin  beliau  dimaklumkan  mengenai  hasrat   wartawan  akhbar  terbabit  untuk  menemu  bual  pengadu.  Saya  pula  hanya  blogger,   YB   mungkin  tidak sudi  menelefon,  cukup  sekadar  3  wakil  beliau bercakap  sendiri dengan saya.  Terima kasih  di  atas  usaha  murni  mereka  berkomunikasi.

Baguslah.

Sewaktu   berkempen  untuk  PRU 13,   beberapa  kali  saya  berkunjung  ke Bilik  Gerakan BN DUN  Kota Damansara  di Seksyen 8.  Saya melihat betapa sibuknya  Halimaton, kini  wakil rakyat saya.  Beliau sanggup  bergerak ke  lokasi  dalam tempoh  sehari  untuk  bertemu bakal pengundi. 

Sekarang beliau  bergelar wakil  rakyat.

YB  Halimaton  barangkali  tidak mempunyai  dana untuk membantu pengadu bakal  kehilangan  tempat  berteduh.  Semua faham, Ahli Parlimen Subang,  bukan pemimpin BN tetapi Pakatan Rakyat, PR, R. Sivarasa.  Mustahil  PR  akan  menghulurkan  bantuan kewangan   kepada  pengadu  kesempitan.  

Pagi  tadi  kira-kira  jam  9.45 pagi,   saya dihubungi oleh pengadu.

"Tadi  YB  Halimaton  menelefon  saya,  kata beliau,   wartawan  akhbar  ingin  menemu bual  saya  pada  jam 2  petang ini. Rasanya tidak perlulah,  bukan boleh membantu  menyelesaikan masalah  saya pun.  Lebih  elok   saya   mengemas  rumah untuk  bersiap-sedia  keluar  dalam tempoh 2 hari lagi,  pada  31 Mei ini," kata  pesakit kencing manis itu.

"Jam 1  tengahari  nanti,   jumpa  saya  sekejap  di  restoran mamak  Seksyen 11," balas saya.

Dia bersetuju.



"Selepas subuh pagi tadi, isteri saya  sibuk berkemas, melipat baju dan meminta saya membelikan  beg  besar untuk  dimuatkan  pakaian  kami sekeluarga  jika terpaksa mencari rumah sewa. Rumah itu  saya  beli  dengan  harga RM25,000  dan  telah  membayar  selama  12 tahun. Cuma kali ini  saya  berhadapan   dengan  masalah besar," katanya.

Dia  antara individu  turut  membantu  berkempen  untuk  orang ramai mengundi  YB Halimaton sewaktu PRU 13.

Saya kemudian menyerahkan wang tunai RM4,700 kepada pengadu. Wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank saya oleh seorang wanita  dermawan kini menetap di Subang Jaya. 



Dia mendakwa  berniaga  secara kecil-kecilan dan  enggan identiti  dirinya didedahkan.

'Kirim salam saya kepada keluarga terbabit',  pesanan  ringaks dihantar oleh wanita itu   melalui Whatsapp.

"Teksipun  akan dikeluarkan  dari bengkel petang ini. Berusahalah  mencari rezeki untuk  menampung  kos  kehidupan.   Meminta-minta  bukan perbuatan  molek  tetapi  jika  terlalu  kesempitan,  tidak salah.  Menagih bantuan daripada wakil rakyat,  YB Halimaton,  hak saudara  sebagai  rakyat,  samada  YB   ingin  membantu   secara   praktikal  atau sebaliknya,  itu hak beliau," ujar saya.



Kepada  YB  Halimaton,  usah  menganggap  saya  sebagai penggugat  kredibiliti.  YB juga wakil  rakyat saya.  Usah  mempersalahkan  pengadu  kerana dia berfikiran buntu. YB telah mengenali dia lebih 15 tahun.

Fakta paling  penting,  saya  hanya cuba  membantu  sebaik  mungkin dan TIDAK  berniat  bertanding  sebagai  calon  DUN di  Kota  Damansara  pada  PRU 14.

Wakil  rakyat  jika tidak dicabar  bakal  menjadi  jumud dan berasa terlalu selesa. Itu juga antara sebab mengapa  ramai YB  dan Ahli Parlimen  BN  kecundang sebelum ini.

Terkini,  pada jam 1.35 tengahari tadi,  pengadu berada di bank untuk melangsaikan tunggakan  bayaran rumah menggunakan wang  saya  serahkan  setengah jam tadi.



Dia  kemudian  menghubungi saya.

"Sebentar  tadi  YB  menelefon,  meminta  saya  datang ke  pejabat  sebab  kata  beliau,  ada orang  ingin  mendermakan  RM2,000.  Saya maklumkan,  saya  di bank  menjelaskan  bayaran rumah.  Apapun  terima kasih  kepada   wanita dermawan,   pembaca  blog Mazidul," katanya.

Juru gambar : Muhamad Afif Faiq

SILA SEBARKAN

30 ulasan:

  1. Bumi Allah luas masih banyak lagi insan2 yang berhati mulia. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki insan tersebut.

    BalasPadam
  2. KOS hidup tinggi. Janji hanya tinggal janji 5tahun sekali. Bela rakyat? tunggu 5 tahun lagi, datangla YB tu. buat muka seposen

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah,,, cayalah Bro Mazidul. Hasil usaha bro, rakyat yg dalam kesusahan dapat di bantu. Terima kasih juga pada wanita dermawan. Alhamdulillah dalam dunia sekarang masih ada insan berhati mulia seperti beliau. Moga Allah memperbanyakkan rezeki pada wanita dermawan.
    Pada YB Kota Damansara, bantulah rakyat yang telah memilih anda. Seperti kata Bro Mazidul, setidak2nya beliau boleh berhubung dengan pihak bank bagi menangguhkan atau mduduk semeja bersama pihak bank dan pengadu utk sama sama mencari jalan penyelesaian. Bukan wang ringgit yang di minta, tapi keperihatinan beliau serta usaha memabantu yang perlu di nilai bagi seorang YB.

    BalasPadam
  4. smoga penderma dilimpahkan rezeki yg bganda²...tahniah skali lg buat saudara mazidul krn mengenengahkan isu spt ini...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...masih ada insan yang berhati mulia sanggup membantu.. Semoga penderma itu murah rezeki.. Amin..

    BalasPadam
  6. Sedih baca cerita ni. Terbayang perasaan berada ditempat pengadu. Terima kasih kepada penderma, kami pun nak ikut macam awak. Tahniah Mazidul. Inilah cerita kehidupan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. syukur mereka terlepas dari masalah besar.. juga moga bertambah murah rezeki penderma tersebut.

    BalasPadam
  8. tersentuh hati tatkala membaca kisah keluarga ini. semoga mereka tabah menghadapi hari-hari mendatang. Buat wanita dermawan itu, semoga beliau beroleh keberkatan. Amin

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, ramai lg org yg dermawan di malaysia ini.... kepada YB Halimaton pulak, lps ni dia perlu lebih prihatin... jgn masa berkempen je sume boleh bile dh menang sume bt tak tau

    BalasPadam
  10. tahniah juga kepada Y.B. kerana berjaya bangun....jangan nak dok lena ja,xkan nak tunggu 5 tahun lagi baru nak terhegeh-hegeh nak BEKERJA??? mungkin Y.B. dan parti yang Y.B. wakili cukup selesa dah kot...INGAT apa akan jadi 5 tahun lagi...u snooze , u LOSE!!!!

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah... semoga dermawan tadi dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. buat mazidul, satu usaha yang bagus....mungkin kami tidak dapat membantu secara fizikal dan material, namun insya-Allah doa dan sokongan moral yang diberikan.. teruskan usaha...

    BalasPadam
  12. semoga Allah melimpahkan rezeki wanita misteri ini.

    'wakil rakyat' semua bizi. tunggu PRU-14 baru senang nak jumpa. baik parti tutt mahupun parti tettt...

    tak semua begitu, tapi dah slowly nampak belang masing-masing.


    BalasPadam
  13. saya mendoakan semoga penderma dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda daripada Allah dan kehidupannya sentiasa diberkati Allah :)

    BalasPadam
  14. alhamdulillah...moga2 ada hikmah dsebalk kejadian ini..pd yg membantu ALLAH swt sajalah memberi rahamat dunia dn akhirat!

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah...smoga brtambah rezeki buat pnderma trsebut. Tahniah En Mazidul...dgn kerjaya anda dpt mmbantu insan2 yg kurang brnasib baik. Smoga Allah pnjangkn umur, sihat dn dilimpahkn rezeki buat anda seisi kluarga. Amin...

    BalasPadam
  16. semoga Allah jua dpt membalas jasa baik penderma itu..

    BalasPadam
  17. Tahniah Mazidul. Teruskan usaha berbakti kpd masyarakat. Semoga awak selalu dilindungi Allah. Kpd wanita budiman, hanya Allah yg akn membalas kebaikan anda. Kpd Pua YB kita.....entahlah..x terkata bicara hurmmmmm

    BalasPadam
  18. minta maaf ler tak perasan boleh share dari main page tadi...tehehe tenet

    BalasPadam
  19. Tahniah diatas usaha mazidul ketengahkan isu ini..dalam usaha membantu sesama insan,,,Kepada saudari dermawan moga memdapat rahmat didunia dan akhirat.Amin

    BalasPadam
  20. syukur ada org yg bermurah hati...semoga org2 dermawan spt ini mndapat rahmatNya ..dan yg menerima pula agar dapat satu lebaran baru..

    BalasPadam
  21. SMTI-tahniah Encik Mazidul, semuga diberkati Allah usaha encik dan teruskan membantu masyarakat fan semuga dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

    BalasPadam
  22. Apa pun kita bersyukur kerana ada blogger macam sdr Mazidul yang banyak membantu dan buat penduduk Damansara pastikan YB cam ni tak perlu dilantik pada PRU14 nanti

    BalasPadam
  23. Salam,

    Semuga usaha murni wanita misteri itu mendapat balasan sebaiknya. Tulus betul hati wanita misteri itu.

    Bro Mazidul teruskan menolong orang dalam kesusahan. Semoga murah rezeki, sihat kesihatan 7 terus menulis.

    Kepada pakcik dlam kesusahan, berusahalah keluar dari kepompong fakir. Dekatkan dir kepada Allah, In Sya Allah rezeki Allah akan datang. Berdoalah supaya kita tidak diuji dgn ujian yang berat.

    "Sesungguhnya fakir itu boleh menggongcang akidah"

    BalasPadam
  24. MBSB tu anak syarikat KWSP tp org yg berkerja asyik menipu je terutama bangsa melayu..saya dah kena kes mcm ni tp apa kan daya...tiada tempat mengadu..akhirnya dilelong jua..MBSB tu mmg penipu..tali barut broker rumah

    BalasPadam
  25. Moga Allah memberkati penderma dan anda juga en Mazidul..Amin. Maafkan saya kerana berprangsangka x elok kepada anda suatu ketika dahulu.

    BalasPadam
  26. Salam bro. Pernah saya mendengar betapa orang berkata kata tidak elok tentang mazidul dan saya katakan, jika kita tidak mengenali seseorang dan hanya mendengar kata kata orang, itu umpatan dan kita tak tahu sama ada ia benar atau tidak. Saya kenal lelaki botak bernama mazidul ni. Saya tahu hati budi dia. Lihatlah pada kebaikan seseorang dan doakan agar kebaikan itu mendapat sejuta limpah rahmat dari Allah SWT. Terima kasih Mazidul membantu dan terima kasih penderma berhati mulia, sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan anda berdua. Teruskan perjuangan bro. See you next week in Koala Lompor (slang omputih).

    BalasPadam
  27. Semoga semua usaha murni mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T..

    Kepada semua wakil rakyat - jangan hanya CAKAP APA YANG DIBUAT untuk meraih undi tetapi juga BUAT APA YANG DICAKAP semasa berjanji untuk meraih undi.. termasuk membantu rakyat kesusahan setakat dalam bidang kuasa anda.. jangan cakap SAYA ADA BANYAK LAGI KERJA LAIN nak dibuat bila ada orang minta pertolongan..

    BalasPadam
  28. Ni d katakan calon parti bkn rakyat..aku malu jd ahli umno dgn sikap wakil rakyat yg d lantik parti mempunyai sikap mcm ni.tahniah umno krn melahirkan pemimpin perosak parti mcm ni.hati aku dah gundah bl baca artikel ni.bagaimana nak buang wakil parti yg cuma antara racun2 dlm parti.aku syg umno krn bangsa dan agama tp wakil yg d lantik parti adalah sebahagian dr perosak2 parti.syg bkn senang kami dr golongan bawahan berjuang utk yakinkan rakyat pd umno tp d rosakkan pemimpin mcm ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.