Jumaat, Mei 10, 2013

ILMU PANDUAN HIDUP MEMBAYAR RM4.8 JUTA KEPADA PKNS TETAPI HARTANAH ITU BUKAN MILIK SAH PKNS



Isu penjualan Kompleks Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Uptown D' Kota, Jalan Teknologi,  Seksyen 3,  Kota Damansara,  Petaling Jaya,  Selangor bak tidak berkesudahan.

Terkini,  syarikat Prasarana Negara Berhad sedang membina laluan  MRT merentasi  tapak pasar malam tersohor itu.  Berikutan itu, pemandangan di sekitar Uptown  tercemar dan 83 penyewa  tapak bazar masih beroperasi  berasa gusar kerana  pendapatan harian mereka  semakin  terjejas.


Semalam,  saya berpeluang  menemu bual Pengurus Korporat  Perbadanan Kemajuan  Negeri Selangor, PKNS, Noor Hisham Ghouth.


"Memamg  ada  perjanjian  jual  beli di antara PKNS dan syarikat swasta,  Ilmu Panduan Hidup, IPH. Syarikat terbabit  telah membayar  RM4.8 juta  kepada PKNS.  PKNS kemudian menghantar borang 5A kepada Pejabat Tanah untuk membayar premium. Pejabat  Tanah kata, penjualan itu akan dipertimbangkan. Permohonan penjualan tidak diluluskan. IPH kemudian disarankan memohon dan membeli Kompleks Muhibbah terus daripada Kerajaan Negeri. Tetapi hakikatnya,  IPH  telah membayar  RM4.8 juta  terus kepada PKNS, " jelas Hisham.


Untuk pengetahuan pembaca, bukan mudah untuk saya merakamkan gambar resit pembayaran sewaan tapak di atas.

"Takut juga, nanti pihak pengurusan tahu. Lagipun  kami mencari makan di sini," kata peniaga sudi berkongsi maklumat.

Menurut  Hisham,  PKNS  membayar premium kepada Kerajaan  Negeri  setiap kali terdapat permohonan untuk memajukan hartanah di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

"Dalam kes penjualan Kompleks Muhibbah,  PKNS mendapati  jumlah premium harus dibayar kepada Kerajaan Negeri Selangor,  lebih RM20 juta  sekaligus LEBIH   tinggi berbanding harga dibayar oleh Ilmu Panduan Hidup, RM4.8 juta. Justeru itu, PKNS meminta pemilik Ilmu Panduan Hidup membeli hartanah itu secara terus daripada Kerajaan Negeri. Status terkini  tapak Kompleks Muhibbah,  masih milik Kerajaan Negeri," terang Hisham.


Klik di sini  untuk melihat lebih banyak kain rentang dipamerkan di berapa lokasi di Kota Damansara.

Sehingga kini, RAKYAT  masih menunggu penjelasan Kerajaan Negeri Selangor, mengapakah PKNS membuat keputusan menjual Kompleks Muhibbah  terbabit  SEMURAH itu? 

Tapak dan bangunan  di Uptown Kota Damansara  bak 'dilelong'.


Siapakah  individu di PKNS  mempersetujui transaksi penjualan itu? Tidakkah PKNS membuat semakan dengan penilai hartanah  terlebih dahulu sebelum  bersetuju MENJUAL Uptown kepada IPH? ( biarpun misi penjualan ditangguhkan ).

Barangkali  Pengurus Besar PKNS,   Othman Omar,  berupaya memberikan penjelasan sekaligus menjawab soalan berikut.


Hisham berkata, mengikut  perancangan asal, Kompleks Muhibbah sepatutnya dibangunkan sebagai pasar moden.  Sebelum ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, mengalami kerugian  selaku  penyelenggara premis.     

[ Ingin mengurangkan GEMURUH tatkala bercakap di khalayak ramai?  Klik di sini ]

"PKNS menerima permohonan daripada IPH  mengatakan syarikat itu mampu menguruskan Kompleks Muhibbah sekaligus menjana keuntungan.  Oleh itu,  IPH dilantik  oleh PKNS sebagai operator.  Syarikat terbabit  membayar sewa dan kos penyelenggaraan kepada MBPJ  pada setiap bulan," kata Pengurus Korporat  PKNS  itu  lagi.

Untuk  menjawab  soalan  saya  kemukakan,  Hisham menghubungi Pengurus Tanah PKNS.

"Menurut pengurus itu,  secara  moral,  tanah itu milik  PKNS  tetapi secara sah, tanah itu bukan kepunyaan PKNS   It is not  PKNS land,  it is still a state land," ujarnya.

"Jadi pengurus terkini Kompleks Muhibbah,  bukan pemilik hartanah?," soal saya.

"BELUM LAGI  menjadi pemilik, masih lagi   tanah Kerajaan  Negeri, dia cuma operator sahaja.  Kerajaan Negeri masih tidak meluluskan pembelian hartanah itu," balas Hisham.


Kenyataan itu  disokong  oleh  tindakan Prasarana Negara Berhad  tidak membayar pampasan kepada pemilik IPH untuk pebinaan laluan MRT  kerana tapak Uptown bukan milik IPH,  begitu juga bangunan di dalam kawasan berpagar itu.


Saya berazam  untuk terus membongkar kes ini selepas melihat  peniaga  MELAYU terpaksa menunaikan solat subuh di pinggir jalan.  Mereka mengambil wuduk di tandas peninggalan pekerja kongsi Indonesia,  kerana  ...

klik di sini.

Tidak  salah  untuk  mencari rezeki tetapi jangan menghimpit  bangsa sendiri.

1 ulasan:

  1. SMTI- di negara sana IPH ialah Intelligent Property Handling Pte. Ltd. buka cawangan di tempat kita IPH jadi Ilmu Panduan Hidup Sdn. bhd.?

    Kalau kedai jual buku, atau kedai kelas tambahan SPM okaylah juga. Nama macam nama ilmiah tapi sebenarnya perniagaan hartanah.

    Saja je nak mengelirukan orang Melayu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.