Rabu, Mei 08, 2013

TSUNAMI PAS SELANGOR TIDAK MENJADI ( WAJIB BACA )

Saya difahamkan, pemimpin PKR, DAP dan PAS sedang bermesyuarat untuk memilih Menteri Besar, MB.

Taukeh mesin judi,  pemilik rumah urut, pengusaha pusat hiburan serta ceti haram,  ah long  selama ini  mencari makan di Selangor  tentunya berdebar tatkala ini. Tidur mereka malam tadi,  mungkin tidak cukup lena kerana mengenangkan nasib  masa depan  'perniagaan'.    

Mengetahui wujud kebarangkalian pemimpin PAS bakal menerajui Selangor,  membuatkan mereka LEBIH  kecut perut.

PAS dikata memperjuangkan Islam. Andai pemimpin parti itu dipilih menjadi MB, InsyaAllah semua  kegiatan maksiat selama ini berlaku,  mampu dikekang secara total.  PAS berupaya bertindak bak tsunami, menghapuskan SEMUA rumah urut, premis mesin judi, pusat hiburan dan menoktahkan kegiatan ah long.

[  Klik di sini  agar tidak gagap sewaktu bercakap ]

Hembuskan  kekuatan sebenar Islam di Selangor. Pasti usaha itu bakal disokong  padu  oleh masyarakat Islam tanpa mengira parti. Arahkan semua pihak berkuasa tempatan untuk menarik  lesen premis menawarkan kemungkaran kepada orang ramai.

PAS tidak harus gentar untuk melaksanakan hukum Islam di Selangor kerana kuasa memerintah terlalu hampir dengan mereka.

Klik di sini.

Terkini,  berita sentap saya terima sewatu menulis entri ini.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan, PAS pusat tidak akan menuntut jawatan MB dan ingin Tan Sri Khalid dikekalkan.

Klik di sini.

SEMUA taukeh kedai judi berkomputer,  pengusaha pusat urut, pusat hiburan dan ah long ...

Are you ready for PKR and DAP?

SMILE!!!

11 ulasan:

  1. Apabila umat Islam tidak bersatu... Inilah padahnya....Walaupun saya mengundi di Melaka, tetapi sy bkerja di Shah Alam..... Harap Pas yg d pilih oleh orang Selangor mampu memikul amanah untuk martabatkan Islam....Syukur BN maseh kekal di Melaka dgn majoriti 2/3....

    BalasPadam
  2. Pertikaian ini tak perlu ditimbulkan.
    Hidup bermesyuarah akan kemaslahatan yang ada. Apa masalahnya Khalid menerajui, dia lelaki ISLAM. Malah beliau telah berjaya memerintah Negeri Selangor dan terbukti. Tolong jangan wujudkan anasir yang tak sihat.

    BalasPadam
  3. kalaulah mazidul bertindak neutral dan lebih profesional, saya pasti respek. tidak wujud persoalannya. bermesyuarah adalah sesuatu yang baik. Tansri khalid berjaya menurunkan hutang negeri yg bn buat dulu. slow2laah. ini bermakna rakyat selangor memberi mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir selangor.rumah urut. etc. dah lama bertapak, semenjak sebelum pr pegang lagi. siapa salah? maaf tertuding jari.

    BalasPadam
  4. Ni lah silap nya orang serta pemimpin mereka PAS.

    PAS SUDAH BERNIAT, BERNAZAR, BERJUANG DAN BERJANJI PADA ALLAH.

    Untuk menegakkan ISLAM dan HUKUM HUDUD.

    KENAPA JANJI INI DIBUANG,

    INGAT!!!!

    Anda bukan berjanji dengan kawan-kawan atau sedara mara..

    TAPI DENGAN TUHAN!!!

    BalasPadam
  5. BN pun sudah menang kerajaan pusat, kita tunggu samada mat2 Afrika semakin banyak atau semakin berkurangan... kah,kah,kah,kah....

    BalasPadam
  6. Kita serahkan kepada Allah untuk menentukan siapa yang dipilihnya untuk memimpin Negeri Selangor. Kita rakyat jelata wajib taat kepada pemimpin selagi beliau tidak meyalahi hukum-hakam Islam.
    Pada persoalan samada pemimpin yang bakal diangkat nanti menjalankan tanggungjawabnya atau tidak, itu perlu dijawab olehnya di hadapan Allah nanti. Ingat pada Hadis Rasulullah SAW, "Seseorang pemimpin yang memimpin umat Islam, dan dia mati dalam keadaan tipu daya, maka Allah menharamkan pemimpin tersebut daripada masuk syurga."
    Harapan kita semoga Selangor dan Malaysia aman damai tampa perselisihan kaum, rusushan dan sebagainya.

    BalasPadam
  7. Taukeh, pemilik & pengusaha.. Tak pernah nampak atau jarang2 skali nampak dalam berita.

    BalasPadam
  8. Ermmm, saya faham maksud saudara Mazidul...kiter harapkan PAS memerintah supaya dapat membanteraskan jenayah mengikut lunas ISLAM seperti yang dikatakan oleh manifesto PAS. Sememangnya YB Khalid adalah ISLAM, tapi masih terikat dengan manifesto PKR berbanding PAS..erm, dah namanya politik....

    BalasPadam
  9. bende macam ini sebenar kene rujuk balik dengan berpandukan al-quran dan sunnah. pasti tkkn de korupsi lagi. banyak pemimpin kerajaan ambil ni sambil lewa hanya dua tiga kerat jer. nabi Muhammad pun memimpin bukan kaum islam sahaja n ade pelbagai kaum beragama lain yg tnggal dibwah pimpinan beliau juga tp berpandukan al-quran dan sunnah sume jadi adil n saksama.

    BalasPadam
  10. statement rumah urut mmg dh ada sblm PR memerintah mmg betul.. TAPI sejak PR memerintah.. makin BERCAMBAH2. takkan SALAH BN lg?? mmg dasar penyokong tegar PR mcm tu. sy bukan penyokong mana2 parti tp sy lebih suka calon PAS yg jadi MB Selangor. kalau x dpt hapuskan rumah urut haram, pusat karaoke haram, pusat internet haram, disko haram, harapkan dpt mengekang kegiatan haram ni dr terus berkembang. Tp kalau PAS pun masih lg tak sedar nk ikut telunjuk DAP, mmg tak lama la...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.