Khamis, Mei 02, 2013

SEJAK BILA PASARAYA TERKEMUKA INI MENYOKONG PAS? ( ADUHHHHHHHHH! PANAS! ) UPDATED Respon Tesco

Petang tadi saya rakamkan gambar lori penghantar barangan melintas di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Bendera PAS dikibarkan di bahagian  sisi dan  hadapan  lori itu. Kelindan dan pemandu spontan  menjerit bangga sewaktu lori lalu di jalan berhampiran Bilik Gerakan PAS.

Tidak salah mereka menyokong PAS kerana itu hak individu.


Setelah gambar di bawah  diteliti, saya terfikir ...


TESCO milik siapa?


Barangkali kini terdapat tawaran istimewa, jika membeli sotong RM10.99 sekilo pengguna mendapat 1  bendera PAS percuma.



Pada pagi 3 April, kira-kira jam 10.30 pagi, saya menghubungi Pengurus Komunikasi Tesco, Rohazida Mohamed  di Kepong, Selangor. 

"Tesco amat  terkejut dengan kejadian itu.  Kami sebenarnya  melarang kakitangan  bertugas menzahirkan ekspresi berkaitan  agama dan politik menggunakan harta syarikat. Tindakan dua pekerja, telah kami kenal pasti itu ternyata  melanggar code of conduct. Justeru itu  tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka,"  jelas Rohazida. 

Di kesempatan itu,  saya berpeluang bertanya ...

"Lori itu sebenarnya menghantar apa?"

"Itu antara perkhidmatan Tesco, baru sahaja dilancarkan, kira-kria sebulan. Jika perlu, contohnya,  kami  boleh menghantar walaupun sebotol minuman berkarbonat,  seikat daun kucai atau 20 bungkus lampin bayi  ke rumah atau kedai,  dengan bayaran upah RM10 sahaja,"  jelas Norhazida mesra.

Terima kasih kepada Tesco kerana sudi memberikan penjelasan berhubung kes dipaparkan di entri ini dengan kadar segera.

10 ulasan:

  1. kalau ada masa terluang lgi teliti video tu..
    mcm pelik jee..

    BalasPadam
  2. Tak nampak apa yang pelik pun kat video tu. Tapi kalau hati dah hitam, kebenaran terpampang depan mata pun boleh jadi tak nampak. Sudah-sudahlah sokong peliwat tua tu. Nabi tak mengaku umat weih perbuatan tu.

    BalasPadam
  3. Nak tanya,kalau lori tu gantung bendera BN adakah dibolehkan ?..Atau memang di negara kita ini hanya Bendera Dacing sahaja yang dibenarkan berkibar ? Hanya satu Parti BN sahaja yang dibenarkan berkuasa ??...Oleh kerana kibarkan Bendera PAS pun boleh dikenakan tindakan tatatertib,saya rasa TESCO adalah antara 'Majikan Prihatin 'terhadap pekerjanya. Tahniah TESCO..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...mintak tlg la dekat pilihan raya ni pemikiran jgn terlalu emosional sempit.... Baca dgn teliti ayat pengurus tuh dlu...taksir jgn ikut hawa nafsu
      "Tesco amat terkejut dengan kejadian itu. Kami sebenarnya melarang kakitangan bertugas menzahirkan ekspresi berkaitan agama dan politik menggunakan harta syarikat. Tindakan dua pekerja, telah kami kenal pasti itu ternyata melanggar code of conduct. Justeru itu tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka," jelas Rohazida. Budak sekolah pun paham la encik rosly

      Padam
  4. Hahaha...
    Setiap syarikat ada "code of conduct" sendiri. Kalau pekerja TESCO tersebut gantung bendera parti mana sekali pun pada KENDERAAN SENDIRI, itu hak dia.
    Tapi bila gantung pada HARTA BENDA SYARIKAT itu dah menjadi kesalah bukan saja di TESCO, malah syarikat-syarikat lain juga.

    BRO ROSLI,ada syarikat yang membuang pekerja cuma kerana melayari facebook, kenapa itu bro tak nak persoalkan sebagai "MAJIKAN PRIHATIN"

    BalasPadam
  5. Yg peliknya didalam berjuta penyokong BN tak seorang pun yg terfikir utk utk membuat kerja gila begitu. Ironinya bila org M'sia menjadi penyokong pembangkang mereka hilang pertimbangan waras didalam menggunakan akal fikiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. penyokong pembangkang taksub peringkat kritikal...nak sokong siapa itu hak masing-masing tetapi jgn sampai jadi musuh antara satu sama lain.

      Padam
  6. Tertarik dengan ulasan ada satu saudara yang juga mengulas disini. Ditanya mengenai adakah hanya bendera dacing saja dibenarkan berkibar. Sepanjang jadi ahli BN secara rasmi, susah sebenarnya nak mengibarkan bendera dacing nih, banyak mata mata yang tak puas hati akan melihat dengan niat yang banyak tersirat. Jangan kata nak kibar bendera, pakai baju IM4U pon dah tengok mcm nak makan hehehe, saya pernah mengunakan pelekat cermin kereta berlogo dacing nih, dan melekatkan bendera kecil logo dacing jugak dekat atas bumbung kereta, dan kereta diletakkan disebelah bilik gerakkan yang turut menggunakan lambang dacing, bila nak balik kereta saya dipecahkan cermin belakang yang ada logo dacing tadi, dan bendera atas kereta dicabut hilang entah kemana. Kalau dikatan kebetulan kejadian ini terjadi, 4 buah kereta lain yang berada disitu dan turut mengunakan logo dacing telah dipecahkan org. Jadi saudara yang mengutarakan soalan berkenaan bendera mana boleh dikibarkan, jawapannya hanya bendera org PR sahaja, sbb kami org dacing takkan rosakkan harta org lain semata mata untuk menuntut demokrasi. Sbb kami tahu apa itu maksud demokrasi, dan kami tak taksub berparti.

    BalasPadam
  7. Mohd rosli..walaupun sy lg muda dri awak..tapi sy rasa awak ni menaip tanpa berfikir..sebb bahagian retail atau mana2 sektor perniagaan..mesti ada terma dan syarat masing2.masalah orang kita ni..terlalu obses dengan politik sehingga menjejaskan periuk nasi sendiri..selepas diberhentikan atas kesalahan dan kebodohan sendiri.mula lah nak memaki hamun segala bagai..sedar la..jangan terlalu obses dengan politik.sebb kebanyakkan yang bersuara mengatakan itu ini, bila di tanya terang2 masih bawah umur dan belum mendaftar pun.. Peace..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.