Rabu, Mei 29, 2013

EPISOD SULUNG LAHIR DARI HATI (KINI DI YOUTUBE)

Lewat  malam  tadi  saya  menaip dua  perkataan,  'pengucapan awam' di  Youtube. Malangnya  tidak  begitu  banyak  rakaman   video mengolah  topik itu.

Lalu   saya  meminta  anak  merakamkan  video  di bawah menggunakan  Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Sudah   pasti kualiti   dipaparkan  bukan dalam  bentuk   HD tetapi cukup untuk saya berkongsi  sekelumit  ilmu  bersama semua  pembaca budiman   secara percuma.

In  Sha Allah,  andai diberikan  kekuatan,  saya  akan  terus  membuat  rakaman  episod lain bermula dengan episod pertama berdurasi 4:26 ini.   Seperti kelaziman, saya tidak mempunyai skrip untuk dibaca,  maka  setiap  perkataan  diungkapkan  lahir dari hati berasaskan  pengalaman bergiat  lebih  20  tahun  di pentas pengucapan awam.

Jika pembaca suka,  sila  sebarkan  agar ilmu  itu bakal  menjadi  bak  pokok berbuah rendang.


Terima kasih   kerana sudi  menonton.

SILA SEBARKAN DI MEDIA SOSIAL

Ilmu Tanpa Sempadan

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.