Isnin, Mei 27, 2013

ADAKAH KITA AKAN MEMBIARKAN KELUARGA MELAYU MEREMPAT DI TANAH MELAYU?

Saya  hanya memohon wakil dari pejabat wakil rakyat, ADUN Kota Damansara,  Yang Berhormat,  YB  Halimaton Saadiah Bohan  untuk mengutarakan respon mereka melalui emel.


"Kita telah banyak membantu dia sebelum ini, sejak zaman  Datuk Mokhtar Dahlan lagi," kata wakil ADUN. 

"Datuk  Mokhtar Dahlan  bukan  wakil rakyat  lagi sebab itu rakyat mengadu kepada Halimaton.  Jika benar  banyak  bantuan  telah disalurkan  kepada pengadu, sila senaraikan dan hantarkan  emel supaya mudah saya tuliskan di blog," kata saya.

Sehingga hari ini tiada emel saya terima.

Saya  mendengar luahan pengadu, rumah bakal dilelong dalam tempoh 5 hari lagi akibat bayaran  tertunggak sebanyak RM4,700. 

Klik di sini.

"Jumlah itu  termasuk  bayaran  untuk  menangguhkan  proses  lelongan," ujar pengadu.


Sejak  tiga  hari lalu,  tiga  wakil  pejabat  Halimaton   menghubungi saya.  Saya juga mendengar penjelasan mereka.

Bukankah  bagus,  JIKA  wakil  terbabit  berkata ...

"Dalam  tempoh  singkat ini,  In sha Allah YB  akan  bertemu  dengan pelelong, Malaysian Building  Society  Berhad  dan  berbincang.  Pada  masa  sama,  kami  akan cuba untuk  mencari  jalan  penyelesaian   terbaik  agar mereka  tidak  diusir keluar dari rumah"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan slogan  'RAKYAT DIDAHULUKAN pencapaian  diutamakan'.  Pengadu itu adalah seorang daripada RAKYAT dan Halimaton, wakil rakyat.

Setakat ini,   sebilangan   pembaca  budiman  blog  ini   meminta  saya  memberikan nombor  akaun  bank pengadu  tetapi saya tangguhkan  dahulu. Sebagai individu menawarkan diri untuk menjadi WAKIL  rakyat  dan  telahpun dizahirkan niat itu,  saya percaya Halimaton mampu   menyelesaikan  masalah  dihadapi  seorang daripada  penduduk Kota  Damansara itu sebelum isu  ini  dipaparkan  oleh akhbar utama di Malaysia.

Adakah kita akan membiarkan keluarga Melayu merempat di Tanah Melayu? Maksud saya tanah pernah dikuasai orang Melayu biarpun lama dahulu.

Saya  tidak  akan  teragak-agak  mendedahkan kisah  sebenar  andai wakil rakyat didapati  tidak  berjiwa rakyat. Wakil rakyat PR sebelum ini,  Dr Nasir Hashim  kecundang dalam PRU 13. 

Blog ini tidak ditaja oleh Barisan Nasioanal atau Pakatan Rakyat, jadi saya bebas memaparkan  kisah   masyarakat  selagi tidak  bercanggah  dengan perundangan negara.

Jam 12.15  tengahari  semalam,  saya sekali lagi menghubungi pengadu.

"Wakil  YB  tadi  menelefon  saya dan  mendakwa  saya  tidak  menghargai  jasa. Selama ini,  saya tidak pernah memburuk-burukkan Halimaton.  Saya hanya  bercerita kepada Mazidul  dan cuba bertanya pendapat dia kaedah  untuk menyelesaikan  masalah ini.  Itu sahaja.  Saya   membeli  teksi menggunakan  pinjaman TEKUN  dan  teksi  saya  masih di bengkel,  In sha Allah  esok  saya akan  keluarkan.  Rakan meminjamkan saya wang RM600.  Wakil YB  menyuruh  saya pergi ke Pejabat Daerah hari ini  untuk meminta bantuan,  sebut  nama dia, katanya,"  ujar pengadu.  

Pejabat Daerah?  Pelik, bunyinya.

Jika  bayaran  dituntut  tidak  dijelaskan,  pengadu dan keluarga  bakal merempat di bumi sendiri.  Bagi sebilangan kita,  RM4,700  tidak  begitu besar  jumlahnya   tetapi kepada mereka berada dalam kedaifan,  wang itu besar maknanya.

Bersama kita bakal melihat perkembangan kes ini dalam tempoh 3 hari.

Khabarnya wartawan akhbar telus dan tulus, Sinar Harian akan bertemu dengan pengadu hari ini. Blog saya mungkin tidak berupaya mempermudahkan kehidupan orang lain, berbanding kuasa akhbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.