Isnin, Mei 06, 2013

POPULARITI TIDAK MENCUKUPI ( ARTSI SENASIB TOK MUN )

Populariti  beberapa penyanyi  sewaktu bertanding dalam PRU 13 tidak berjaya menambat hati rakyat untuk mengangkat mereka sebagai pemimpin.


Wan Aishah  Wan Ariffin bertanding mewakili PAS  di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, Dayangku  Intan Tengku Abdul Hamid,  PKR  merebut  kerusi Parlimen Pengerang, Johor  dan Herman Tino,   calon BEBAS  Parlimen Tanjong Karang,  Selangor menerima nasib sama.


Herman hanya  meraih 340 undi.


"Dayangku Intan seorang artis dan ramai orang kenal dia. Jadi ia akan memudahkan kempen dia untuk pilihan rayam umum ini"

Itu kenyataan Pengarah Pilihan Raya PKR Johor, Steven Choong pada 19 April lalu  dan ternyata  telahan  parti pembangkang itu meleset.


Calon wanita tertua,  Maimun Yusuf atau Tok Mun, 94 tahun bertanding mewakili BEBAS kerusi Parlimen Kuala Terengganu tewas,  meraih 182 undi dan hilang wang deposit. Apapun,  nasib Tok Mun sama seperti nasib 3 artis terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.