Jumaat, Mei 03, 2013

( BUKAN DI ATAS KATIL ) KECOH DI SESI CERAMAH DATUK MUSTAFA ALI




Bak  cacing kerawit  kepanasan, PKR  bertindak  menjemput Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa  Ali menyampaikan ceramah bertujuan menyelamatkan tengkuk calon DUN N30 PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim.



Dr. Mohd Nasir ditentang oleh calon PAS, Ridzuan Ismail walhal kedua calon bernaung di bawah payung Pakatan Rakyat.


Maka kira-kira jam 10 malam tadi,  Mustafa mula berceramah. Seperti saya jangkakan sejak  dari  awal,  dia mewar-warkan berita kononnya PR akan berjaya menawan 6 negeri di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum, PRU  ke 13.

"Johor  susah sedikit tetapi  kalau mengikut kaji selidik dijalankan,  Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR sebab itu Datuk  Seri  Najib dan  Tan Sri  Muhyiddin gentar," ujarnya.


Jika Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin didakwa gentar oleh Mustafa, pembaca perlu tahu, Dr. Nasir LEBIH  gentar dan goyah. 

Dia BUKAN  Wakil Rakyat harapan rakyat.

"Saya masih ingat lagi, sewaktu penduduk ingin membuka tanah perkuburan baru untuk orang Islam di Kota Damansara, Dr. Nasir seorang daripada mereka membantah. Dia juga bersikap sombong dan angkuh. Inikah calon ingin kita pilih sebagai Wakil Rakyat?,"  soal  Mat Rimau,  nama jolokan penceramah untuk calon Bebas, Halmi Omar.  

"Tidaaaaaaaaaak," teriak audien.


Di pentas ceramah PKR,  Dr. Nasir duduk di sebelah penceramah kedua. Biarpun wajahnya kelihatan agak tenang namun saya percaya jiwanya bergolak. Dr. Mohd Nasir pasti  dapat menjangka, dia bakal kecundang pada PRU ke 13 kelak.


Kurang 5 minit sebelum menamatkan ucapan, Mustafa secara bangga  mengumumkan arahan sekaligus membuat Dr. Mohd Nasir  tersenyum sampai ke telinga.

"PKR telah memenangi kerusi DUN  N39 sebelum ini,  pada PRU ke 12. Jadi calon PKR, Dr. Mohd Nasir harus bertanding di PRU ke 13.  Saya tahu mungkin sebilangan ahli PAS Subang  tidak bersetuju tetapi itu keputusan saya," kata  Mustafa.


Tiba-tiba seorang lelaki dari kiri pentas  mengajukan soalan kepada Mustafa.

"Apakah pendirian PAS berhubung  PSM?"

"Tunggu sekejap?,"  balas Mustafa sebelum meneruskan ceramahnya.

Berikutan tindakan lelaki sama masih menagih jawaban, tiba-tiba dia diherdik oleh penceramah duduk di pentas, tidak mampu menahan kesabaran.

"Kurang ajar!"


"Tidak mengapa,"  celah Mustafa tenang.

Sama  tenang  tatkala  dia  dirakam  menyarungkan  seluar dalam putih  di atas katil.



Insiden berlaku di hadapan saya bak adengan drama. Pantas saya bergerak menghampiri pentas utama.


Kira-kira jam    10.58 malan,  kira-kira 30  penyokong PAS   membawa 2 sepanduk  kain  dan bergerak menghampiri pentas.


Sesungguhnya ahli PAS saya temui  petang semalam, mengotakan kenyataannya, klik di sini.


Berlaku  pertikaman  lidah di antara kumpulan itu dengan individu mengaku penyokong PKR, beridiri di sebelah kiri.  Sepatutnya penyokong PKR  tidak  perlu  naik angin. Bukankah selama ini parti terbabit komited  melaung-laungkan hak kebebasan bersuara?


Ternyata ahli kumpulan itu  amat meluat dengan tindakan  Mustafa kerana menyokong  presiden PSM sebagai  calon   ADUN  apatah  lagi setelah presiden PAS,  Datuk Seri Hadi Awang sendiri,  secara sinis melabelkan PSM,   parti berideologi komunis sebelum ini.


"Sokonglah komunis itu!!! Jom  kita  balik!!!," teriak mereka.


Berikutan kekecohan  menarik perhatian ramai itu,  Mustafa menamatkan sesi  ceramahnya dan beredar menaiki  kereta diparkir berhampiran  belakang  pentas.



Saya berasa agak hairan, mengapakah Mustafa berasa gentar dan perlu melarikan diri sedangkan kumpulan terbabit, juga  ahli PAS. 

Cuma mereka kurang  berpuas hati terhadap Dr. Mohd Nasir. Bagi mereka, ahli PAS mengundi di Kota Damansara tidak wajar memilih pemimpin PSM itu sebagai ADUN untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Saya bersetuju.



Tindakan Mustafa  beredar secara tergesa-gesa bukan jalan penyelesaian, hanya sekadar jalan keluar. Kemelut pertindihan calon  itu tidak mungkin akan berakhir semudah itu.

Lebih menarik, tiada seorangpun ahli PKR berani menyentuh ahli PAS tampil membuat bantahan secara terbuka.



Dr. Nasir kemudian dipersilakan  untuk  berkempen.

Mengejutkan, dia hanya sekadar memperkenalkan diri dan mengakhiri ucapannya dalam tempoh kurang 15 saat.

Barangkali dia kepingin  memecahkan Malaysia Books of Record untuk kategori ucapan politik terpendek di sepanjang tempoh kempen PRU.

[ Sejak bilakah pasaraya terkemuka ini menyokong PAS?  Klik di sini

Sebelum ini Dr. Nasir memang dikenali taksub menyertai pelbagai  demonstrasi dan kegiatan berpiket  jika  tidak berpuas hati.  

Kumpulan  ahli PAS terbabit  muncul  hanya untuk membuat bantahan, bukan menyentuh dia. Justeru, apakah ditakutinya? Jika dia tidak bertelur untuk menjawab soalan berhubung penjualan Kompleks Muhibbah atau Uptown D' Kota secara lelong, klik di sini, bantahan itu pasti terlalu mengerikan bagi dirinya.


Beberapa minit kemudian keadaan menjadi lebih tenang.  Sepasukan polis tiba di lokasi untuk memastikan keadaan selamat.



Tepat jam 11.27 malam, Ketua Polis Balai Kota Damansara, Mohd Khairul Zaman Wahab, mengarahkan orang ramai untuk bersurai secara tenang.



Di kesempatan terluang ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sub Inspektor Latif Awang, 58 tahun, kerana selama ini banyak membantu masyarakat bermastautin di Kota Damansara dalam hal berkaitan keselamatan. 


Anak kelahiran Rantau Panjang,  Kelantan itu bakal menamatkan tugas sebagai anggota polis tidak lama lagi setelah berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia, kira-kira 38 tahun.

SI Latif , jasa mu dikenang dan semoga kehidupan lebih tenang selepas bersara.



Hemat saya, tindakan barisan pemimpin PKR mengundang Mustafa bakal memakan diri. Biarpun calon PAS DUN Kota Damansara  diarah  mengundurkan diri, saya menjangka, pengundi PAS masih akan memilih calon mereka pada 5 Mei 2013.


Majoriti mereka membenci  Dr. Mohd Nasir, klik di sini.


"Tadi ada orang bertanya,  berapa puluh ribu TV3  membayar Mazidul untuk datang membuat liputan di sini?,"  ujar rakan  berjalan seiringan  dengan  saya ke kenderaan.

Begitulah  kaedah  komunikasi dipraktikkan individu bercakap menggunakan lubang dubur tanpa  mencari fakta.  Saya tidak berada di lokasi  itu sebagai wartawan syarikat penyiaran.

I am a blogger and a proud one to report  the truth.

4 ulasan:

  1. Tulah Mazidul, ko tak boleh 'sentuh' orang-orang dari parti-parti ni.. Diaorang ni pantang disentuh..

    BalasPadam
  2. Tu la masalahnya.. saudara Mazidul dah sinonim sangat dengan TV3.. sedangkan yang patut diorang cari adalah jurukamera TV3 dan wartawan yang pakai vest TV3 dan yang paling penting, van TV3 parking kat kawasan tu. heheh..

    Agaknya lepas ni saudara Mazidul kena buat marketing pasal your blog.. ;)

    BalasPadam
  3. Maaflah ye.. nak cakap ni pun tak sampai hati.. tapi nak cakap gak.. Kesian Orang Melayu.. BEBAL.. sebab tu aku walaupun Melayu tak suka orang Melayu sebab kebanyakkan dorang sangatlah Layu..

    BalasPadam
  4. Salam kepada tuan punya blog….untuk makluman tuan saya nie adalah pengundi atas pagar…jadi matlamat utama saya adalah memberi keutamaan kepada calon MUSLIM dan kemudian baru lah melihat kepada perjuangan parti calon tersebut.
    Namun setelah saya meneliti segala bagai manifesto yang di perjuangkan oleh parti bertanding saya rasa saya lebih memihak kepada Barisan Nasional…
    Antara rasional undi saya berikan kepada Barisan Nasional adalah teras kepada pakatan tersebut iaitu UMNO….MUSLIM dan MELAYU...perjuangan untuk memelihara agama, bangsa dan negara….
    Saya tiada masalah untuk memilih PAKATAN RAKYAT jika teras kepada pakatan tersebut adalah PAS…namun melihat kepada situasi semasa saya melihat segala bagai keputusan dibuat adalah daripada parti DAP dan PKR..dan PAS hanya sebagai “cukup korum” …jika tidak mampu untuk bersuara dalam pakatan bagaimana untuk bersuara bagi mempertahankan AGAMA dan BANGSA….
    Lagi satu saya melihat semua manifesto PAKATAN seakan mahu melenyapkan Melayu dari bumi Tanah Melayu ini…saya tak mahu Melayu Malaysia nanti menjadi seperti Melayu Singapura yang hanya layak menjadi “guard” dan driver sahaja kepada kaum lain….
    Contohnya: PAKATAN mahu menghapuskan Tol di lebuhraya…tidakkah kita tefikir bagaimana nasib pekerja – pekerja tol kemudian hari jika tol benar – benar dihapuskan….saya nak bertanya…nampakkah kita bangsa Cina menghulurkan kad transit tol kepada kita semasa membayar tol..tidak kan…kaum mana… MELAYU…bagaimana nasib meraka??

    Menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma….siapa nak tanggung kos sara hidup pelajar – pelajar ni di Universiti jika tiada PTPTN…terutama keluarga Melayu…yang majoriti nya berpendapatan sederhana dan tidak mampu menampung kos belajar anak – anak…jangan dikira bangsa Cina yang sememangnya kaya – raya….tiada masalah untuk menampung kos sara hidup…yang menjadi mangsa kaum Melayu kekal tidak berpelajaran tinggi…

    Oleh itu…setelah berfikir masak – masak saya akan memberi undi kepada Barisan Nasional demi Anak Bangsa saya…Ini tanah kita dari dulu lagi…Persekutuan Tanah MELAYU…pertahankan…..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.