Jumaat, Mei 31, 2013

MB KEDAH DATUK MUKHRIZ MAHATHIR TOLONG JANGAN BIARKAN KANAK-KANAK 10 TAHUN INI TERUS DIPERHAMBAKAN


Ini  satu  lagi  kisah  benar mengenai  pelajar  diperhambakan  oleh Pusat Tahfiz Amal,  PTA  di Yan,  Kedah.


"Saya terjumpa kanak-kanak berusia 10 tahun, berasal dari Tawau, Sabah,  itu  berhampiran Domino  Pizza,  Alor Setar,"   ujar sahabat  saya, Jet.


"Adakah  ibu dan  ayah  tahu  dia menjual  produk?," soal saya.

"Keluarga  hanya   tahu  dia berniaga untuk  membantu  sekolah. Jet  tengok dia keletihan,  ajak dia makan tetapi dia takut  'ustaz'  dia   ternampak. Jadi  Jet  belikan dia,  pizza  dan  air, dia makan di luar. Jet  nampak  ada kesan airmata di pipi dia  dan  dia  memandang Jet  seperti  berada  dalam  keadaan  serba-salah. Katanya, dia  bekerja   di antara jam 2 petang dan 7 malam,"  jelas   wanita  bakal  bergelar  doktor (falsafah)  itu  lagi.


Klik di sini  untuk  membaca  perincian  PENGELUAR   produk dijual oleh anak mentah dieksploitasi  itu.


Dia  ditinggalkan  berseorangan  di tempat awam  sekaligus  membuka ruang kepada kejadian  jenayah berlaku.

Setakat ini  pihak  kerajaan  TIDAK  bertindak  menangani kes seperti ini.

Pemimpin   PAS dan PKR   juga  tidak  mengambil endah selama berkuasa di Kedah,  klik di sini.


Sila LIKE sebagai isyarat sokongan, terima kasih.

Saya  berasa  yakin,  ibu  dan  ayah  pelajar  tinggal   jauh  itu  tidak  megetahui  mengenai laman  'Hentikan  Perhambaan  Kanak-Kanak  Dan  Remaja',  klik   di sini.


Oleh itu  saya amat  berharap,   Menteri Besar, MB  Kedah baru  dilantik,  Datuk  Mukhriz Tun Mahathir  tidak  keberatan  menghantar pegawai beliau  untuk menyiasat  status PTA di Kedah.

Pegawai  Pejabat  MB  hanya  perlu klik  di sini  untuk melihat gambar PTA dirakamkan Februari lalu.

YAB,  tolong  jangan  biarkan  dia  terus diperhambakan.  Untuk membanteras kegiatan zalim ini, saya bersedia menyalurkan maklumat kepada  pegawai Datuk  mengenai  operasi  PTA pada  bila-bila masa. 

Saya  merayu.

CC Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi Klik  di sini.

12 ulasan:

  1. Mereka tergamak mengaut keuntungan dengan hasil titik peluh kanak2.Sungguh tak berperikemanusian.Di usia itu sepatut mereka belajar dan bersuka ria bermain bersama rakan...tapi kasihan di paksa menjaja barangan yang entah apa2...
    Moga dapat perhatian segera daripada
    Dato Mukhriz...

    BalasPadam
  2. MasyaAllah,
    Kesian tengok anak berusia 10 tahun terpaksa buat kerja begini...
    Harap2 MB kedah dapat membuat tindakan segera!
    Terima kasih saudara Mazidul masih berusaha menyelesaikan masalah ini. Syabas saudara! :)

    BalasPadam
  3. Apa nie.. kesiannya anak nie.. anak2 saya masih duduk di rumah main komputer main games.. mmg kurang ajar lah sbb makan hasil dari titik peluh anak2 kecil ini.. dah lama abg Mazidul bangkitkan hal nie.. takkan tak ada pihak yg membanterasnya.. Datuk Mukhriz ini lah masanya untuk Datuk bertindak dan jalankan tanggungjawab yg telah di amanahkan untuk rakyat terutama untuk nasib anak2 yang di pergunakan oleh bahalul2 tua yang kaya ini di mana anak2mereka duduk mengadap lappy dan ipad.. anak2 org di suruh bekerja untuk kesenangan mereka..

    BalasPadam
  4. Sejak tahun 2003, masa tu sy kerap ulang alik Ipoh Shah Alam, selalu jumpa kanak2 begini di PLUS highway. Biasanya di stesen minyak. Dah 10 tahun pun, masih ada yg menjaja a.k.a dipergunakan.Yg peliknya En. Mazidul, selepas 10 tahun, mana perginya anak2 yg dah dewasa tu? Sy nak sangat kalau ada pendedahan drpd bekas pelajar tahfiz tu sendiri boleh jadi bukti eksploitasi terhadap kanak2. Harap MB Kedah dapat menyelesaikan isu ini.

    BalasPadam
  5. Tq bro Mazidul.sy akan maklumkan kpd Datuk tetang pkra ini..dan utk makluman sekolah ni dari dulu lg buat kerah pelajar utk jual brg.. Mereka tidak berdaftar dgn kjaan utk terima bantuan.. Maybe kewangan mereka dipantau..1 lg sekolah d baling, pengasas sek berkenaan mengarahkan pelajar kutip derma disetiap negeri.dah berpuluh tahun depa buat kerja ni.duit banyak dapat.tp sekolah tak naik taraf.yg naik tarafnya kereta cikgu2.. Alphard, vellfire, bak kata org kampung "mewah"

    BalasPadam
  6. Salam, ingin berkata..
    Lebih 10 tahun saya tinggal di negeri Kedah. Memang diperhatikan ramainya pengutip derma dari kalangan kanak2 dan juga dewasa. Nak bina masjid nak sedekah ke anak yatim, nak wakaf dll. Boleh kata hampir setiap pintu bank...ada orang menunggu nak kutip derma...bukan semua orang masuk bank nak ambil duit...tapi banyaknya nak bayar hutang. Atas rasa kasihan...hulurlah juga. Kenapalah orang Melayu Islam suka meminta2.

    BalasPadam
  7. macam mana polis nak sentuh depa, dah depa bernaung bawah "3 Lines"...

    BalasPadam
  8. Seharusnya YB Mukhriz mengambil tindakan sewajarnya ke atas sekolah agama / pondok yang ada di negeri Kedah. Majoriti yang saya terserempak dengan anak-anak ini mereka mendakwa berasal dari sana. Tolonglah cegah dari memperkudakan tenaga anak-anak ini. Berilah kesempatan untuk mereka melalui zaman kanak-kanak seperti anak-anak yang lain. Mereka ke sekolah, mengaji Quran, tution, bermain, menonton Tv seperti anak seusia mereka. Janganlah kita membiarkan ianya berlarutan sehingga negara kita dilabel satu hari nanti memeras tenaga kanak-kanak. Doa dan harapan saya semoga ianya berakhir untuk selamanya.

    BalasPadam
  9. saya dah lama ikut catatan abg mazidul pasal pelajar tahfiz ni. kasian tengok anak2 ni. sepatutnya mereka di sekolah belajar tp pihak sekolah plak buat mcmni. bukan disemenanjung ja benda ni ada. di sabah pun ada.tp tak pasti nama pusat tahfiz apa.di sabah mereka biasa berdiri di depan bank. dan pernah juga pelajar ppuan mengetuk pintu rumah saya menjual vcd.
    teruskan usaha abg mazidul. saya doakan abg selamat dalam membuat liputan yg membuka mata rakyat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.