Sabtu, Mei 04, 2013

MENGAPAKAH MANDAT MEMERINTAH MALAYSIA HARUS DIBERIKAN KEPADA BN?


InsyaAllah,  esok rakyat Malaysia  bakal membuktikan sokongan mereka kepada Barisan Nasional, BN. 

Sejak penubuhan Parti Pakatan Rakyat, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong parti terbabit  telah  memberikan gambaran  tidak tepat mengenai takrifan perkataan 'rakyat'. 

"Rakyat bangkit ... ," kata Anwar.

Bukan semua rakyat,  hanya rakyat Malaysia menjadi penyokong totok PKR sahaja bangkit. Sedangkan  majoriti rakyat Malaysia hanya menjadi pendengar kepada kenyataan Anwar.  Kita perlu akur, bukan semua rakyat berhak mengundi akan memilih Anwar sebagai Perdana Menteri mereka.

Apapun,  kebelakangan ini, Anwar secara terbuka menghebahkan kepada semua, kononnya dia akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia selepas PRU 13.  Walhal  berita itu sekadar tanggapan dan harapan,  belum tentu mampu dizahirkan.

Sejak 5 tahun lalu, Datuk Seri Najib sedar, sebelum ini beberapa pemimpin BN telah melakukan kesilapan. Tatkala berada di puncak, mereka melupakan sebilangan penyokong memilih dan mengangkat mereka menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Kesenangan serta kemewahan hidup dikecapi,  jarang benar dikongsikan. Tangan mereka juga menjadi semakin berat untuk menghulurkan bantuan kepada kelompok rakyat memerlukan.   Justeru tindakan pemimpin sebegitu melenyapkan suasana menang menang atau win win situation di antara pemerintah  dan rakyat. Sebilangan penyokong berasa  kecewa lalu mencari pemimpin alternatif untuk mereka  menyemai harapan baru.

BN terantuk dan kemudian tergadah namun damage control  pantas dilaksanakan.

Sejak 4 tahun lalu,  Najib kemudian merumus dan mempraktikkan  konsep rakyat didahulukan. Alhamdulillah, keberkesanan usaha  itu dapat dilihat nyata.  Beliau dan pasukan pemimpin bergerak ke seluruh pelusuk tanahair dan bertemu rakyat biarpun bukan semua menyokong Pengerusi BN itu. Sama, BUKAN semua rakyat menyokong PKR dan Anwar.

Saya akui Anwar memang hebat apabila bercakap di pentas awam. Majoriti penyokongnya terpesona dan percaya bulat bulat setiap patah perkataan diungkapkan pemimpin gemarkan demonstrasi itu. Adakah setiap patah perkataan keluar dari mulutnya benar? Tidak semestinya. 

Contoh jelas, sebelum ini Anwar berucap di Kota Damansara. Katanya, masalah pertindihan calon PAS dan PKR mampu ditangani. Sehingga ke saat ini, dia sebagai Ketua Umum PR, dia gagal menzahirkan kenyataan itu.

"PAS akan terus bertanding di Kota Damansara"

Baru  beberapa saat tadi,  kenyataan itu dilaung menggunakan pembesar suara dibawa menggunakan kenderaan melintasi kawasan tempat saya tinggal.

Anwar gagal menyakinkan pengundi  PAS untuk menyokong calon DUN PKR, presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr. Mohd Nasir Hashim. Melalui maklumat saya perolehi  sejak seminggu lalu,  ahli PAS tidak akan mengundi Nasir esok kerana mereka mempunyai calon  sendiri dianggap lebih berkredibiliti, Ustaz Ridzuan Ismail. Justeru keputusan dibuat oleh Anwar sebelum ini,  tidak dihormati oleh PAS Kota Damansara.

Lihat suasana hambar Bilik Gerakan PKR di Seksyen 5, dirakamkan awal petang tadi.



Jika di Kota Damansara,  arahan   Anwar TIDAK dipatuhi oleh ahli parti gabungan, adakah keputusan dia mampu diterima oleh pemimpin parti lain jika kelak  dinobatkan sebagai Perdana Menteri?

Diperkotak-katikkan,  tentu.

Kita harus menolak  pemimpin seperti itu.

"Rakyat sudah bosan dengan paparan video lucah menampilkan individu berperawakan seperti pemimpin PR.  Anwar,  Datuk Mustafa Ali dan terkini  Nurul Izzah. Mereka sudah muak dan tidak akan mempercayai.  Bagi saya, kalau pun betul mereka terbabit dalam skandal seks, itu urusan di antara mereka dengan Allah," ujar penyokong PAS saya temui dua hari lalu.



"Baik. Saya tidak berminat menonton aksi lucah dimuatkan dalam rakaman video itu tetapi sekadar ingin berkongsi informasi bersama awak. Visual boleh disunting menggunakan perisian komputer seperti Final Cut Pro, Adobe Premier, Edius dan Avid tetapi setakat ini, wajah individu dirakamkan dalam bentuk VIDEO  tidak boleh diganti dengan wajah orang lain. kaedah face replacement hanya boleh diaplikasikan kalau individu itu berdiri pegun, tidak bergerak. Kalau dia bergerak, mustahil untuk wajah digantikan. Gambar pegun atau still pictures, berbeza. Mudah diubahsuai menggunakan perisian,  contohnya Photoshop dan  Illustrator," jelas saya.

Fakta di atas dikongsikan oleh  2  rakan berpengalaman mengendalikan suntingan video lebih 25 tahun. Saya sendiri lebih 18 tahun terbabit secara langsung atau memantau penyuntingan video. 

"Anwar tidak pernah mendakwa,  lelaki  dalam  video China Doll ditampal muka dia. Sebaliknya, dia berusaha membawa masuk kononnya lelaki Thailand didakwa seiiras wajahnya dan dikatakan lelaki itu sebenarnya  terbabit dalam rakaman  video seks itu. Namun sehingga kini, saya belum lagi berpeluang melihat wajah lelaki Thailand dimaksudkan,"  kata saya.

Saya juga kepingin  benar bertemu lelaki pelanduk dua serupa dengan Datuk Mustafa Ali.

Apapun, rakyat  bijak  mampu berfikir. Pilihan untuk menolak atau menyokong 3 pemimpin PR itu terletak di tangan mereka. 

"Pemimpin BN korup!"

Itu antara ayat Anwar dijaja di seluruh negara.

Kes lelongan  Kompleks Muhibbah tatkala Selangor diperintah oleh PR, masih tidak dijelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, R. Sivarasa atau Dr. Mohd Nasir Hashim.



Adakah kerajaan negeri SELANGOR  dipimpin oleh Khalid pada waktu itu mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS menjual Kompleks dikenali sebagai Uptown D' Kota itu kepada penyokong BN?

Tentunya tidak.

Jadi kepada siapa?

Bekas pemimpin PR Selangor gagal bersuara. Anwar barangkali tidak mengambil pusing mengenai kes ini kerana taksub  mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri itu lebih penting berbanding  segalanya.




Sebaik  memenangi PRU 13, ADUN dan Ahli Parlimen BN, biarpun tidak pernah berjanji, harus bertemu peniaga Uptown untuk mendengar rintihan dan membantu mereka.

Tonton video ini ...



Video ini LEBIH menarik ...


1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.