Sabtu, Mei 04, 2013

KECUAIAN PAS BAKAL LEBIH MENGERUHKAN HUBUNGAN DENGAR PKR ( BELUM DILAPORKAN OLEH MEDIA LAIN )

Kira-kira jam  2.30 pagi tadi, saya ditemui oleh calon DUN BEBAS  Kota Damansara, Halmi Omar di tepi jalan berhampiran  Uptown D' Kota.


Halmi bersama dua rakan kemudian menunjukkan kepada saya banting plastik  calon PAS, Ridzuan Ismail.

"Apakah masalahnya dengan banting ini?," soal saya.


"Maklumat dicetak amat mengelirukan dan tidak tepat. Saya (Halmi)  menggunakan lambang pokok, bukan payung. Suppiah pula menggunakan lambang bunga raya, bukan pokok. Lebih mengejutkan lagi, Mohd Nasir digambarkan  bertanding menggunakan tiket Parti Sosialis Malaysia, PSM  bukan PKR. Nama calon PAS pula dibesarkan tulisannya," komen Halmi.


Saya yakin kecuaian PAS ini bakal lebih mengeruhkan hubungan parti itu dengan PKR, klik di sini.


Halmi belum lagi membuat laporan polis tetapi telah memaklumkan  Suruhanjaya Pilihan Raya.  


"Saya berasa amat kecewa kerana ahli gerak kerja PAS gagal meneliti maklumat calon lain  sebelum menggantung banting terbabit di seluruh kawasan Subang sejak dua hari lalu. Di harap mereka dapat menanggalkan semua banting dalam tempoh singkat agar tidak mengelirukan pengundi," ujar Halmi.


1 ulasan:

  1. lantak pi la hal dia org. takde kena mengena pun dengan anda pun.

    masing2 kata dah ada pengaruh, so buat pe nak risau kan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.