Selasa, Mei 21, 2013

JIKA DEMAM CAMPAK MARYAM DISYAKI BERJANGKIT MENGAPAKAH PENUMPANG BERSAMANYA TIDAK DIKUARANTIN?

Saya dihubungi oleh kakak Izan Suhaila, Norhamiza Mohd Ali pada kira-kira jam 3 petang tadi.

"Memang  Air Asia  tidak membantu adik saya sewaktu mereka diarahkan keluar dari lapangan terbang di Ho Chi Minh pada 18 Mei lalu. Mereka sendiri menahan teksi dan pergi balik ke hotel kami tinggal masa bercuti, May Flower Hotel," kata Norhamiza melalui telefon.

"Ya, seperti puan katakan sewaktu kita berjumpa di LCCT," balas saya.

Norhamiza menghubungi Izan di Ho Chi Minh tatkala tiba di LCCT sebelum bertemu saya di tempat menuntut bagasi.

Difahamkan, hari ini wakil Air Asia berulang kali menghubungi Izan kerana ingin bertemu dia untuk mendapatkan penjelasannya.

"Sepatutnya, Asia Asia patut memberikan penjelasan berhubung kejadian berlaku, bukan adik saya," ujar Norhamiza lagi.

Timbul persoalan ...

Jika Maryam Sofea disyaki membawa demam campak berjangkit, mengapakah saya dan semua penumpang berada di sekitar bayi itu tidak dikuarantin sewaktu berada di ruang menunggu lapangan terbang?

Mungkin jangkitan memilih bulu.

Hakikatnya, pihak membantu Izan, Maryam ditemankan oleh dua saudara lelaki mereka, Tourism Malaysia New York, Amerika Syarikat, Tourism Malaysia Vietnam, Kedutaan Malaysia di  Vietnam,  MAS dan kakitangan Hong Leong Bank.

Saya difahamkan, wakil Air Asia hanya menghubungi kakak Izan setelah dia dan anaknya tiba di KLIA diterbangkan oleh MAS.
posted from Bloggeroid

7 ulasan:

  1. Dalam surat khabar hari ni 21 mei 2013, Air Asia dah mula buat statment helah kononya meraka mengambil berat dgn kes ini. Pembaca percaya atau tak..kalau masalah ini tak di dedahkan oleh Mazidul, aku grenti..mereka yang terkandas tu akan terkontang-kanting lah kat Saigon tu selama beberapa hari..jawabnya kena beli tiket baru untuk pulang ke Malaysia..ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang selalu menggunakan Air Asia. Masa aku terkandas kat Airport Guangzhou tahun 2011, Tak ada sorang staff Air Asia pun yang nak membantu aku.Yang mereka tahu suruh aku beli tiket baru. Bengang sangat dengan Air Asia aku beli beli tiket China Southern Air pula untuk pulang Malaysia pada hari yang sama.

    BalasPadam
  2. EMM...SERONOK BACA KISAH 'MEREKA' NI MACAM LAYAN DRAMA KOREA LA PULAK..
    APAPUN SAYA HARAP PN IZAN TAK PHOBIA

    BalasPadam
  3. Sedih aku bace kisah Ibu & Anak Syurga ni....Xada hati perut langsung....

    Dah sampai KL baru sibuk nak cari......Aku boikot AA start skrg...

    BalasPadam
  4. AA memang out. Bro Mazidul saya sangat setuju dengan pendedahan ni. Banyak lagi kes mcm ni yang saya rasa di sorok atau tidak di besarkan. AA mengaut keuntungan dari sokongan pelanggan tapi pihak AA tidak langsung perihatin dalam kes2 seperti ini.
    Saya sendiri pernah terkandas waktu trip ke Beijing 2 tahun lepas. Tidak di benarkan boarding ketika di airport Tian Jin dan hanya boleh pulang selepas 2 hari. Ini akibat dari kecuaian pihak AA menangangi agent yang menguruskan perjalanan kami. Pihak AA lepas tangan dan langsung tidak membantu penumpang yang terkandas. Dari sudut kemanusiaan, saya rasa penumpang2 yang terkandas wajib di bantu, walupun bukan dengan wang ringgit tapi cukup sekadar keperihatinan mereka.

    BalasPadam
  5. mcm ni la bila kaduk dah naik junjung...masa CCF ngan MAS dulu, byk kerosakan cuba dilakukan oleh airasia. Bila union bertindak, dituduhnya mcm2, staf MAS tak mau terima perubahan la apa la...sekadar nasihat, biar mahal tiket MAS ni tp kalau apa2 hal kat negara asing, MAS tak biarkan penumpang2 mereka terkontang-kanting...terima kasih

    BalasPadam
  6. jadikan pengajaran ...agar perkara seperti niii tidak berulang lagi di masa depan.

    As-salam

    BalasPadam
  7. Kepada Pn Izan (kalau dia membaca blog ni) apa jua yang dugaan yang diberikan adalah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kerana tidak akan Allah S.W.T menguji hamba-hambaNya dengan sesuatu bebanan melainkan untuk meningkatkan darjat dan menunjukkan perihal sebenar yang ramai seperti Pn Izan. Tetapi Allah Maha Berkuasa dengan "tepat" saudara Mazidul ada disana dan kes ini berlaku. Anggaplah ini sebagai satu cabaran hidup.

    Firman Allah yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
    (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

    Firman Allah yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
    (Surah al-Baqarah ayat 216)

    Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
    (Surah al-Baqarah ayat 286)

    Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
    " Berilah ganjaran yang sewajarnya terhadap mereka yang telah melakukan kebaikan terhadapmu. Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk berbuat demikian maka doakanlah mereka sehingga terbukti kepada mereka bahawa kamu memang bersungguh-sungguh untuk memberikan mereka ganjaran".

    -Riwayat Abu Daud-

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.