Jumaat, Mei 24, 2013

SILAP SAMUN


Seorang lelaki Cina berusia  43  tahun cuba menyamun  pelanggan bank di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Suspek meletakkan  pisau pemotong  sayur di leher mangsa lalu  menyamun  kunci kenderaan, wang tunai   dan telefon bimbit miliknya. Suspek  kemudian  cuba  melarikan  kenderaan  mangsa, MyVi berwarna putih,  diparkir di hadapan  bank.

Dia  tersilap  samun,  langkahnya langkah kecundang.


Mangsa,  Faizal Cheaat,  34 tahun,  anggota polis Cawangan Pencegahan  Jenayah  Balai Polis Kampung  Baru  Subang,  berpangkat  koperal  kemudian mengekori suspek  keluar dari bank. Didekati serta dihalang,  suspek mengancam  anggota polis terbabit menggunakan  senjata tajam.   Faizal  berpakaian biasa,  melepaskan  beberapa das tembakan menggunakan pistol  jenis  Revolver .38  dan mengenai  tubuh  lelaki   terbabit. 

Penjenayah  itu  rebah dan  mati di tempat kejadian.


Faizal  berbaju  hitam (kiri), berehat sambil  berbual  bersama  anggota polis.

Ketua  Polis Daerah, KPD,  Petaling Jaya, ACP  Arjunaidi  Mohamed  tiba awal  di lokasi dan meninjau  mayat  penjenayah terbabit  dari jarak dekat dan kemudian  mendapatkan maklumat daripada pegawai polis bertugas.


Berikut,  dipercayai gambar motosikal  kepunyaan  penjenayah tumpas di tangan anggota polis itu.


"Mangsa sebelum  kejadian telah memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin pendeposit wang.  Oleh itu,  suspek  gagal menyamun wang  lalu dia cuba melarikan kenderaan  anggota polis terbabit," ujar Arjunaidi.  


Melalui  pengamatan saya,  Arjunaidi,  antara  pegawai polis  bersifat  mesra sewaktu bersemuka  dengan  pengamal   media  elektronik atau cetak.  Beliau  sentiasa kelihatan tenang setiap kali mengadakan sidang media.  

Sewaktu  berdiri di  lokasi kejadian itu,  saya  terfikir betapa  hebatnya  pengorbanan pegawai dan anggota polis selama ini.  


Sewaktu ramai  sedang  lena  diulit mimpi, mereka bersengkang mata, memastikan keselamatan orang awam.


"Blogger pun datang juga,"  gurau  Sarjan Hamdan  Ahsan  bertugas di  Balai Polis Damansara Utama.

"Ya.  Sebab  lebih  banyak  gambar boleh  dipaparkan di blog  berbanding bilangan gambar di akhbar,"  kata  saya.

Benarkan?


"Suspek ada rekod jenayah lampau tuan?," soal saya.

"Suspek  pernah  ditahan   sebelum ini membabitkan kes pecah rumah, mencuri  kenderaan dan  kes   dadah," tambah beliau lagi.

Sebelum  pulang,   saya sempat  berbual  bersama beberapa rakan media.

"Apakah tajuk sesuai untuk entri ini?,"  tanya saya.   

"Silap samun," celah Arjunaidi.

Lalu tajuk itu saya gunakan.

"Saya bermimpi,  tuan  akan dinaikkan  pangkat  dan kemudian dipindahkan ke tempat lain," usik saya.


Arjunaidi   hanya  tersenyum   biarpun  wajah   beliau  kelihatan  sedikit  penat  kerana dimaklumkan,  sejak  awal  malam  pegawai polis itu  bertugas  memantau   perhimpunan  pembangkang   di Amcorp Mall.  

Gambar  di atas  direkodkan  pada jam  6.16 pagi  manakala entri ini selesai ditulis hampir jam  8  pagi. 

Saya percaya,  majoriti  media  masih  belum  menyiarkan  berita kes  jenayah ini.

7 ulasan:

  1. Sekalong tahniah buat anggota PDRM - yang sedihnya masih ramai yang tak tahu menghargai pengorbanan mereka demi memastikan kesejahteraan negara sebaliknya hanya tahu memperbesarkan isu bahkan penjenayah diangkat menjadi wira

    BalasPadam
  2. Tahniah Kepada PDRm dan En mazidul, saya lebih suka membaca blog saudara.lebih tepat,ringkat dan full picture.

    BalasPadam
  3. memang kadang kala membaca berita dm blog lebih memberi kepuasan berbanding membawa berita yg sama dm suratkhabar.

    BalasPadam
  4. SMTI-Cina DAP tu.

    Boikot AirAsia, Tune hotel, Tune.com!

    BalasPadam
  5. Tahniah buat semua anggota keselamatan yg bersengkang mata dan mengadai nyawa demi kesejahteraan kita semua.

    BalasPadam
  6. Tahniah buat anggota PDRM Arjunaidi...mmg tabik lah...terima kasih atas liputan terperinci...saya tau perhimpunan pembangkang di Amcorp Mall, berhampiran tempat kerje saya...

    BalasPadam
  7. Bro, kalau nak tau, anak Tuan Arjunaidi adalah penyanyi terkenal. Diandra Arjunaidi anak didik Yuna, dengan lagu Di Angkasa dan pernah masuk Musik Musik. Anak dan bapa sama terkenal.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.