Jumaat, Mei 17, 2013

ENAM RAKYAT MALAYSIA DISAMUN DI BANDARAYA HO CHI MINH


Ini  berita baru saya terima.

"Dua  malam lalu,  enam lelaki Malaysia tiba di Ho Chi Minh. Setelah checked in di hotel mereka membuat keputusan untuk pergi massage. Pemandu teksi kemudian membawa mereka ke premis kelihatan seperti pusat karaoke. Berasa pelik, mereka  membantah, enggan berada di situ.  Akhirnya mereka semua telah dikurung di dalam bilik dan dikunci  bersama bebeapa wanita Vietnam. Sewaktu dibebaskan, mereka dipaksa melangsaikan bayaran  biarpun tidak  berpeluang melanggan tukang urut. Semua  barang  berharga, termasuk wang tunai disamun kerana didakwa enggan membayar caj perkhidmatan urut," kata wanita makan di sebelah saya tengahari tadi.

"Lepas itu?," soal saya.

"Mujur seorang daripada mereka mempunyai wang tunai RM1,000 disimpan di bilik hotel. Wang itu digunakan untuk membeli makanan mereka untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia. Mereka bimbang, jika ditanya oleh  isteri,  mengapakah tidak membeli barang di Vietnam? Alasannya,  barang terlalu mahal," sambung wanita itu lagi.

Kes itu  tidak dilaporkan kepada pihak polis tempatan kerana mangsa barangkali berasa malu.

Hari ini saya juga menerima aduan lelaki datang ke sini bersama isteri dan dua anak kecil mereka.

"Saya tidak suruh dia mengilatkan kasut, dia buat sendiri dan kemudian meminta VND300, 000 (RM45)  sebagai upah," katanya.

Berikut gambar pencuci kasut itu.


Saya kemudian menasihatkan remaja di atas agar tidak menipu pelancong Malaysia. Dia bertindak bersekongkol bersama rakannya, penjual kacamata hitam, melontarkan sumpah  seranah  dalam bahasa ibunda mereka.

Sepanjang hari mereka berdua belegar-legar di sekitar restoran menjual makanan halal, Basiron di Jalan Nguyen Ah Ninh.

"If  you keep harassing my friends, I  will call up the police," ujar saya.

Barulah mereka membatu.  Melihatkan gelagat mereka, saya teringat betapa ramainya pelayan  pelanggan, GRO  Vietnam diberkas oleh pihak berkuasa Malaysia. Mereka terpaksa berkunjung ke negara kita untuk melarikan diri daripada seksa hidup di negara sendiri biarpun bekerja sebagai GRO.

Bagi  GRO terbabit, hujan emas di Malaysia, lebih baik kerana hujan batu sentiasa turun di Vietnam.


Majoriti penduduk Vietnam  hanya meraih purata pendapatan harian RM10 sahaja sehari. Jika difikirkan, masih ramai lagi orang miskin di dunia ini. Contohnya sebilangan besar penduduk Indonesia berpendapatan USD2 sehari,  kira-kira RM6.

Bagaimanapun  sikap kurang ajar dua lelaki Vietnam di atas amat  menarik perhatian saya. Berhati-hatilah  dengan mereka. Jika terserempak, usah dilayan.

Baca di sini, 5 perkara jangan dilakukan  jika melancong  ke  Vietnam.

3 ulasan:

  1. Salam
    Saya salah thread tp nak bagitau mazidul..tadi dalam jam 8.30mlm sy sekeluarga makan di foodcourt alamanda. Semasa sedang membeli makanan, wife saya didatangi remaja perempuan meminta sumbangan. Dari jauh saya nampak resit PTA. Ikut hati mau saya hambat keluar tadi. Sekarang dah mula masuk ke pusat membeli belah besar. Tak ada pihak nak ambil tindakan ke dekat SM AMIN tu?

    BalasPadam
  2. Kes lap kasut tu husband saya pernah angkat kaki nak tendang budak lap tu.

    BalasPadam
  3. Pd 10 hingga 13 Mei yg lalu sy bersama kakak sy berbelanja ke Ho Chin Min city, didepan Elisa ship seafood restoran sy telah di ragut, tp Alhamdulillah Allah telah menyelamat sy, peragut terpaksa melepaskan beg sandang disebabkan motor peragut tersebut terhoyong-hayang, beg sy tidak berjaya diragut. Tp sy terjatuh d mengalami luka disiku d jari2.. sehari sebelum itu kami mendapat tahu dr rakyat singapura, kejadian meragut hp telah berlaku. Pesanan dr sy pakailah beg sandang d jgn sesekali mengambil gambar ditepi2 jalan disana

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.