Sabtu, Mei 25, 2013

SOS! KELUARGA BAKAL MEREMPAT DI KOTA DAMANSARA (6 HARI LAGI)

"Encik Mazidul,  saya hendak minta tolong.  Sebelum ini, saya  bekerja sebagai  pemandu teksi  tetapi kebelakangan ini,  penyakit kencing manis  dan darah tinggi saya menjadi semakin serius.  Mata  saya kabur dan kini bergantung kepada suntikan insulin,  dua kali sehari. Cuba  memohon  kerja sebagai pemandu lori tetapi ditolak kerana masalah penglihatan," kata pengadu.

"Alamak!  Saya  bukan  wakil  rakyat (YB).  Apakah masalahnya?,"  balas saya spontan.

"Saya  tinggal di Gugusan Kemboja, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.  Berikutan ketiadaan  punca pendapatan,  sewa rumah PKNS tertunggak selama 6 bulan. Sewa  bulanan  RM386 dan kini bank  menuntut  RM4,700.  Jika  bayaran tidak  dilangsaikan sebelum jam 2 petang,  31 Mei 2013,  maka  saya sekeluarga bakal tiada tempat berteduh. Seorang  anak saya menuntut dalam jurusan  muzik  di Universiti Teknologi Mara dan seorang lagi di Kolej Geomatika di Kuala Lumpur, mengmbil kursus seni bina," ujarnya.

"Sudah pergi berjumpa  YB Halimaton Saadiah Bohan?," soal saya.

"Pada mulanya,  Khamis lalu saya menghubungi pembantu beliau tetapi kata pembantu lelaki itu, YB belum ditauliahkan  lagi,  jadi  beliau  tidak boleh  membantu. Semalam,  kira-kira jam  3 petang, saya pergi ke pejabat  YB dan disarankan  meminta bantuan daripada Pusat Zakat Selangor.  Namun  Pusat Zakat  memerlukan  21 hari untuk memproses  permohonan  sedangkan  bank  akan  melelong  rumah saya  dalam tempoh  6 hari lagi," jelas pengadu.

Pengadu berusia 48 tahun dan anak jati Selangor.

Wakil daripada pejabat wakil  rakyat Barisan Nasional  mengatakan,  pengadu telah dibantu sebelum ini tetapi saya belum  menerima  senarai bantuan didakwa pernah dihulurkan.

Untuk rekod, Halimaton, calon BARISAN NASIONAL, memenangi kerusi DUN Kota Damansara  dalam PRU 13,  menewaskan  calon  PKR,  Dr. Nasir Hashim,  calon PAS dan bebas.

"Teksi  saya rosak dan berada di bengkel. Sebelum ini  memang saya pernah bertemu YB memohan  bantuan RM1,500 untuk menjelaskan bayaran kepada pihak bengkel. Bukan saya meminta, bila saya dapat duit kembali,  saya akan bayar.  YB  Halimaton  menghulurkan RM100,  sama jumlah  bantuan  disumbangkan  oleh Pusat Zakat Selangor untuk bantuan segera," jelasnya.

YB Halimaton, bukan  semua pengundi  inginkan YB  mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu mereka. 

Pun begitu,  usah bertanya kepada saya,  apakah kaedah  terbaik harus  dilaksanakan untuk membantu  pengadu.  Jika  saya  harus  mencari penyelesaian,  molek  kalau saya  sendiri menjadi YB di Kota Damansara.

Berikut screen shot  daripada  Facebook YB saya.



Ini  pesanan  saya kepada Halimaton ...

Jika benar  ikhlas untuk membantu  masyarakat,  kemukakan cadangan LEBIH praktikal. Sanggupkah YB  membiarkan keluarga kini tinggal  kurang  1 kilometer dari pejabat YB merempat  tanpa  rumah?  

Andai kata, pemimpin  PAS dan PR  ingin mengambil tahu, tidak salah.

Kepada  pihak sudi membantu, sila hubungi saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com atau  Whatsapp 019 244 5354.


SILA HEBAHKAN

10 ulasan:

  1. Ehhh...saya kenal sangat dengan pakcik nie..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum adik Mazidul. bagaimana keadaan keluarga itu sekarang?Akak hanya seorang ibu yang terharu dgn kisah mereka. Hanya mampu mendoakan secara serius semoga ada jalan penyelesaian yg baik utk kelurga itu.Teruskan usaha adik Mazidul utk membantu merekea yg memerlukan dgn cara adik sendiri. Semoga berkat dan perlindungan Allah sentiasa bersama adik, InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. kan aku dah tulih sebelom ni, tengoklah kebenarannya. Wakil Rakyat dari parti mana pun depa adalah sama...mengejar kekayaan poket sendiri dulu. rakyat hanya didahulukan ketika berkempem...memang hak tui

    BalasPadam
  4. YB baru kena proaktif.. Menang pilihanraya yg lepas pun sbb undi PR telah berpecah.

    BalasPadam
  5. SMTI

    Mana-mana YB kena cakna orang-orang yang diwakilinya. Tanpa mengira fahaman politik

    BalasPadam
  6. End of the day, apa yg kita mahu adalah bantuan yg sepatutnya disalurkan. Yg memperjuangkan hak rakyat yg mengaku pembela kebajikan rakyat sila ambil perhatian. YB Halimatun harus berusaha lebih lagi, jgn lupa rakyat sedang memantau prestasi anda. Kepada parti PKR mungkin ini peluang untuk membuka hati rakyat KD utk menyokong anda di suatu masa nanti. Sepertimana kerajaan mahu melaksanakan tender terbuka berdasarkan competitive bidding, rakyat juga berhak mengamalkan dasar terbuka. Tiada gunanya slogan kalau tidak disusuli dgn tindakan respons yg berkesan.

    BalasPadam
  7. YB bukan Ah Long..
    usaha lah sedara mara kawan kawan dulu buat sementara..

    BalasPadam
  8. Gempar abang mazidul - peniaga cina dap pukul orang melayu kat pertama complex baru kejap tadi

    http://kerisputera.blogspot.com/2013/05/peniaga-cina-pukul-orang-melayu-cina.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.