Khamis, Mei 09, 2013

GAJAH PUTIH MILIK PKNS ( UPDATED)





Malam tadi saya menulis berhubung kekeliruan status bangunan gajah putih di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Klik di sini.


Awal pagi tadi saya  dihubungi oleh  jurucakap YB Halimaton Saadiah Bohan, Nor Azli Sulong.

"Memang betul, bangunan itu didirikan pada zaman Datuk Mokhtar Dahlan dan aset  itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS," jelas Azli.

Saya kemudian menghantar pesanan ringkas kepada Pengurus Korporat PKNS,  Noor Hisham Ghouth.

"Berikan saya sedikit masa untuk mendapatkan maklumat tepat," ujar Hisham.



Pada masa sama, saya turut  mengajukan beberapa soalan mengenai penjualan Kompleks Muhibbah di Kota  Damansara kepada syarikat swasta,  Ilmu Panduan Hidup dengan harga sukar untuk dipercayai. 

Nilai  hartanah  milik PKNS  dianggarkan sekitar RM30 juta tetapi dilapor dijual dengan harga RM4.8 juta.  Lebih mengejutkan, setakat ini hanya RM2 juta dijelaskan.

Klik di sini.

Apapun,  bersama kita  menunggu penjelasan terperinci daripada Hisham dan maklumat diperolehi kelak bakal dikongsikan di sini.

KEMASKINI

"Tapak bangunan  itu dijual kepada anak syarikat PKNS, Selangor Industrial Corporation, SIC. Sewaktu dibina dahulu,  Koperasi Wanita  Subang  memohon untuk membeli kedai itu. Biarpun bayaran belum dijelaskan,  papan tanda telah dinaikkan. Champions pada ketika itu YB Halimaton dan Datuk Mokhtar. Kami kemudian dimaklumkan Koperasi terbabit tidak jadi membeli. Sekarang ini, kita tidak pasti kedai itu milik siapa dan saya sedang menunggu laporan daripada SIC.  Pandangan peribadi saya,  kalau bangunan itu dijadikan surau,  boleh juga, balai raya, boleh juga," jelas Hisham.

1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.