Siang semalam saya terlalu sibuk membuat persediaan untuk mengacarakan program siaran secara langsung, 'Hujah' disiarkan pada jam 10.30 malam di TV9.
Sedang saya mentelaah dan menyiapkan senarai soalan bakal diajukan kepada 2 tetamu berstatus doktor, jam 8.30 malam telefon bimbit saya berbunyi.
Pegawai Penyiasat, Investigating Officer, IO Bahagian Siasatan Jenayah, Petaling Jaya, Selangor menghubungi saya.
"Assalamualaikum bang. Saya Inspektor XXXXXX. Abang boleh datang jumpa saya untuk ambil statement sekejap?," soal beliau.
"Indon dengan Nepalese tu buat report ke Tuan?," tanya saya.
"Ya, pukul 5 lebih tadi," jawab beliau.
"Tuan, saya ada live program 'Hujah' di TV9, pukul 10.30 sampai jam 11 malam. Kalau selepas itu saya datang ke balai jumpa Tuan boleh?," tanya saya.
"Boleh," kata beliau.
"Tak lewat sangat ke Tuan?," tanya saya.
"Ok. InsyaAllah saya ada dan tunggu di office," balasnya.
Mendengar intonasi suara, saya yakin IO terbabit masih muda tetapi cukup hormat sewaktu menghubungi saya. Oleh itu, saya mengambil keputusan bertemu beliau 90 minit sebelum siaran langsung kerana mengelakkan beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam untuk merakamkan kenyataan saya. Saya faham tugas beliau sebagai IO mungkin bermula sejak daripada awal pagi, pastinya IO itu penat.
Saya memaklumkan kepada penerbit 'Hujah', tujuan dan hasrat saya ingin ke balai polis.
"Bang, kalau boleh tolong minta pegawai tu jangan tangkap abang sebelum pukul 10.30 malam ya, nanti siapa nak jadi pengacara 'Hujah' malam ni," ujar penerbit, Nurul Rodhiah Zulkifli bimbang.
Maklumlah, itu kali pertama Nurul menerbitkan program terbabit tetapi saya hanya mampu tersenyum sebelum beredar.
Kurang 10 minit memandu, saya tiba di pekarangan Balai Polis Mutiara Damansara.
"Tuan ada di bilik, kalau tak ada, dia di bilik air," ujar Sarjan berbangsa Sikh saya temui.
Kurang 15 saat, IO terbabit keluar dari bilik air dengan tangan dan wajah dibasahi air wuduk.
"Bang, boleh bagi saya 5 minit (untuk solat)," tanya beliau.
"Ambil 10 minit Tuan, no problem," balas saya.
Saya kemudian masuk ke bilik Sarjan dan berbual bersamanya, dia kenalan lama. Sebaik selesai mengerjakan solat, IO terbabit datang menemui saya dan bersama kami kemudian masuk ke bilik beliau.
Saya menceritakan kejadian sebenar.
"Tiada sebab saya ingin memukul teruk mereka. Kenderaan Kancil dilanggar dek pemandu Indon tu bukan kereta saya Cuma saya terfikir, pemilik kereta Kancil lazimnya bukan orang kaya. Kalau pemandu lari, kasihan dia, terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk memperbaiki kerosakan kenderaannya akibat kecuaian orang lain"
Beliau mendengar sambil menaip laporan menggunakan komputer meja.
"Semasa pemandu cuba melarikan dan berada di jalan utama, mujur lampu isyarat merah. Saya meminta dia memberhentikan lori dan turun tetapi bimbang jalan sesak. Saya cakap tinggalkan contact number dan namanya agar mudah dia dihubungi pemilik kereta dilanggar namun dia berdegil. Lalu saya mengarahkan pembantunya turun. Malangya pekerja warga Nepal tu mendiamkan diri. Saya menariknya keluar, dia meronta kuat dan berulangkali sikunya terkena dada saya namun saya tidak bertindak balas. Dengan kudrat saya menariknya ke kedai mamak berhampiran sementara menunggu lori diparkir di tepi jalan"
Beliau khusyuk mendengar sambil memerhatikan saya melakarkan lokasi kejadian.
"Saya tidak menumbuk mereka, hanya melempang sekali seorang, itu pun bukan kuat sehingga mencederakan. Kalau kuat mesti berbekas lima jari di muka. Lagi pun saya tahu jika mereka tercedera, saya boleh dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Tujuan saya hanya sekadar mengingatkan mereka supaya tidak lagi memandu secara melulu dan berbahaya di kawasan perumahan dan di jalan utama digunakan pelajar untuk ke sekolah rendah berhampiran pada awal pagi. Kalau di jalan sempit dia selamba memandu sebegitu, di jalan besar mungkin boleh dituduh mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Jika tidak, masakan boleh terlanggar kereta diparkir, statik. Lagi satu kalau dah terlanggar kereta orang, berhenti dan tinggalkan maklumat diri untuk dihubungi, bukan melarikan diri," sambung saya.
Terfikir, jika cara pemanduan sama dipraktikkan warga Malaysia berkunjung ke Indonesia, pasti buluh runcing terpacak di dada mereka. Selepas itu berduyun warga mereka melakukan demonstrasi membaling najis ke bangunan Kedutaan Malaysia sambil membakar bendera Kebangsaan.
45 minit sebelum siaran langsung bermula saya memohon untuk beredar. Sebelum itu saya diminta menandatangani laporan ditaip beliau.
"Terima kasih bang," kata IO terbabit sambil tersenyum.
"Terima kasih Tuan. Sebarang tindakan atau perkembangan mohon Tuan hubungi saya nanti," ujar saya.
Pembaca dihormati.
Selama 10 tahun saya mengendalikan program 999, pelbagai kejadian jenayah membabitkan warga asing, khususnya dari Indonesia saya saksikan. Sebilangan mereka antaranya terbabit membunuh, merompak, menyamun, melakukan jenayah kekerasan, merogol, mencabul, mengedar dadah, melacur dan meragut di negara saya cintai ini.
Justeru, jika tindakan diambil terhadap saya, InsyaAllah tiada sesalan bakal tercetus di dalam diri. Saya yakin, saya melakukan tindakan benar pada saat kejadian berlaku. Lagipun, mereka berada di sekeliling saya pada waktu itu hanya sekadar penonton, bystanders sahaja.
Berikutan laporan pols dibuat mereka, biar saya perkenalkan kepada pembaca semua, wajah warga asing cuba mencalarkan keharmonian kawasan berhampiran tempat tinggal saya.
Saya tidak pernah dilatih membiarkan tindakan kurang ajar segelintir warga asing berlaku di hadapan mata tanpa bertindak sekaligus mengingatkan mereka ...
Ini negara ku, tempat tumpah darah ku, lalu usah sesekali terfikir mempamerkan 'kuasa' kononnya ini negara kamu!
Demi Allah, aku tidak akan membenarkan itu berlaku.
Nota
Terima kasih khususnya kepada Puan Liza sekeluarga dan semua sudi menonton 'Hujah' malam tadi. Tajuk minggu hadapan, 27 Oktober, jam 10.30 malam di TV9, 'Baik Buruk Facebook'.
Salam Abg Mazidul,
BalasPadamTernyata, mereka semakin "berani" di tempat kita. Saya respect dengan tindakan abg Mazidul.. =)
Semoga Allah merahmati Abg selalu.. salam..
yours
SH
KALAU AKU ADA AKU TERAJANG JER...
BalasPadamSalam MAS...
BalasPadamentak menagap pagi ini, kakcik bagaikan beremosi.. enatah apa yang membuatkan airmata kakcik keluar perlahan2 tatkala membaca catatan Sdr ini. Mungkin kerana IO yang 'bersih jiwanya' itu. Mungkin kerana Warga Asing yang ingin menjadi tuan... Mungkin juga kerana harga yang perlu Sdr bayar atas tindakan berani Sdr demi menegakkan keadilan di bumi sendiri...
(Tak sempat menonton Hujah semalam kerana telah hanyut di lautan mimpi)..
Shahrul, thanks.
BalasPadamKak Cik, saya sudah lama muak dengan sikap dan gelagat mereka. Sebelum ditegur, lagak mereka bak Tuan Tanah.
Saya menerima aduan berhubung tindakan mereka memandu laju di kawasan sama cuma barangkali selama ini tiada pihak mengingatkan mereka, ini bukan bumi kelahiran mereka.
Missed Hujah, there will always be next time Kak Cik.
Thanks.
Untung la diew jumpe org cam Bro Maz...lempang sekali sorang je...Klu jumpe dek org kampung...mati kene pijak la jawapannye...makin berani...makin agresif...heran...nak buat Malaysia nih negara dia ke??IO tu mungkin paham keadaan...we are on your side Bro!!...
BalasPadamOne man that done a job of thousands for hundreds of thousands others.
BalasPadamGood job bro!
Mungkin diorg lupa buat report pasal eksiden tu.. check skali rekod kesalahan lampau.. lagi efektif kalau dpt check rekod kengkawan2 mereka.. maklum la, dah ada pr, mesti ada kengkawan/sedara lain yg teringin nak masuk ~ org yg memberi pelindungan kpd PATI juga wajib dihukum.
100% PATI adalah penjenayah ~ rasuah, penceroboh, subahat dll.
Salam Tuan Mazidul....
BalasPadamSaya setuju dgn kakcik ttg IO. Hanya segelintir polis yg tersilap, maka yg lain dituduh sebagai anjing walhal ada ketikanya yg menuduh bukannya sebaik mana pun hanya cekap mencari kesalahan org lain...
Tuan, saya tabik dan bangga dgn sikap tuan namun brgkali kita sudah terlalu terlewat..'mereka' telah terlalu bermaharajalela di sini bahkan ramai diantara anak2 mereka sudahpun memegang jawatan2 penting....sdgkan anak2 Melayu terus hanyut, sedihnya hanyut dgn dadah dan pengaruh buruk yg dibawa oleh mereka....bila anak2 mereka ni dh memegang jawatan penting, kelak lulus jarum luluslah kelindan....jadi ke mana agaknya anak cucu kita nanti?....
jaga diri, Allah bersama tuan selalu.
eh...berani pulak pendatang 2org ni...try aa buat lebey lg,ade mau rusuhan rakyat malaysia ni nanti...
BalasPadamSiapa lagi nak jaga taman kita, jika tak ahlinya..
BalasPadamdah lebih2 pulak mat indon ngan nepal ni ekk... dah buat salah pon masih x nak ngaku.. siap report kata orang lain plak yang salah... rasanya x cukup kot bro bagi pelempang sedas.. sepatutnya kena tambah lagi 3,4 das. :p
BalasPadamkurang ajar kan? tak sedar diri menumpang hidup kat tempat orang, merosakkan harta orang lain dan ingin melarikan diri, lepas tu ada hati buat laporan polis sebab kena lempang!
BalasPadamSalam..
BalasPadamThnks abg mas..diorg semakin melampau sekarang ni.hinggakan negara kite pun nk dijadikan negara diorg..ni cam boleh dikategorikan cam penjajahan jugak dah ni..kami yg ppuan ni mmg dah takut sgt2 nk kuar g ibu negara n mane2 je disebabkan puak diorg ni.macam2 kes diorg buat kat sini..tak boleh ke kite halau je diorg ni?
Berani kerana benar...
BalasPadamMemang susah pada zaman sekarang untuk menjumpai seorang rakyat yang patriotik macam Bro MAS.
Paling membimbangkan bagaimana pula dengan anak-anak generasi baru nanti?
Sekarang syarat untuk menjadi penduduk tetap negara ini, jika tidak salah sudah dikurangkan dari 10 tahun ke 5 tahun. Wbagaimanapun ada beberapa syarat lain juga dikenakan. Agak mudah juga hendak menjadi penduduk tetap negara ini.
berani sebab kita baik hati... tapi derang yang serumpun tiada budi bahasa
BalasPadamkerajaan mereka hentikan kemasukan warganya bekerja di Malaysia... Yang masuk secara tidak sah?
tiada bersyukur mereka... kes jenayah, penyakit, masalah sosial... bukankah mereka turut "menyumbang"?
Mujur cuma dilempang manja... belum berbirat muka jauh sekali melayang nyawa
Berani dia buat laporan yea... Walaupun dah sah2 diorg tuh salah. Maybe sbb abg mazidul org terkenal kot..
BalasPadamsilap besar la diorang jumpa ngan bro Maz...
BalasPadamwah berani betul diorg buat laporan polis plak.. dah sah sah diorg salah.. mmg tak bertanggung jawab betul, langgar kete orang, cabut jer camtuh..
BalasPadamKesian kpd pemilik kancil tu, mesti pening kepala dia, skit sebanyak budget bulan nih mesti lari sbb nak kena repair kete tu kan... kesian dia.
BalasPadamKpd pihak polis, elok check semak sampai ke akar umbi. kalau sememangnya layak menginap kat dalam lokap+penjara jangan dibiarkan dorang tu bermaharajalela kat negara kita nih.
Kpd kerajaan, jgn segan silu nak amik tindakan kat mereka2 yg berkelayakan utk dihantar pulang. Jangan pejam sebelah mata pada perkara sekecil hama pun pasal dorang.
Kepada abg Mazidul, teruskan usaha anda. Kita rakyat Malaysia jgn bagi peluang kat depa!!!
Nota: Kenapalah kita rakyat Malaysia bagi peluang pada dorang, tak sedar ke apa yang dorang dah buat pada kite?
salam,
BalasPadamdah muak dengan sikap warga asing yang yang semakin melampau,encik Maziduldatang kat lorong Haji Taib 2,sendiri tengok warga acheh edar dadar selamba jer...belakang hotel puteri park,jalan raja laut.
itu mesti ada yang cucuk depa. mungkin lawye (baca : liar)
BalasPadamgreat...perlukan lebih ramai org seperti sdr mazidul utk 'lempang'kan warga asing ni... di kayu ara je dah berapa ramai dan masing2 sangat kurang ajar...
BalasPadamDan mereka nie memang menakutkan...
Syabas!
Salam sahabat
BalasPadamTahniah atas keberanian anda..pada pemerintah..jangan habiskan duit rakyat utk pelihara orang luar ni....
salam En. Mazidul,
BalasPadamsaye rase dulu pernah ade keluar kat tv pasal PATI berumahkan kawasan pembinaan terbengkalai di Bt. 9, cheras.. so far.. keadaan masih macam tu lagi.. malah kawasan tu (dan sekitarnye) dah jadi macam mini jakarta.. nk report pada sape ye? polis? so far saya tgk patrol polis ada juga buat rondaan.. (or mungkin bukan bwh bidang kuasa mereka?).. tak pasti.. tp sesungguhnya.. saya rase terasing ditempat sendiri.. seperti kami yg menumpang tempat mereka.. pasar malam kami (berhampiran dgn kawasan terbengkalai) mmg penuh dgn mereka.. sampai kite pon takut nk pegi sane.. so far saya dah almost setahun tak pegi ke pasar malam tu.. seriau.. mane tak nye.. bile lalu depan dorg.. pandang macam nk cr gaduh! takot!! dan mereka ni ade mat2 rempit mereka sendiri.. ini lagi menakutkan..
salam saudara..
BalasPadamteruskan usaha anda..
New Entry "Membuat Link Entri Terbaru Di Kotak Komen"
Salam semua
BalasPadamAbang jangan risau..Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar..
Bro, kenapa dia report polis? kenapa dia rasa dia betul? sebab dia rasa dia bermaharajalela kat negara kita. sebab kita bagi muka kat diaorang ni. memang bagus bagi 'sikit' kat diaorang tu, it is a lesson for them.
BalasPadamgerenti NFA sebab mereka provoke dan you are trying to do a citizen arrest, sebab langgar lari adalah jenayah.
Lagak mamat indon ni dah mcm dia dok kat Jakarta plak. Kurang ajar....
BalasPadamkalau di fikir fikir, en mazidul bertuah. di kenali. jadi, pedajal tersebut tak berani nak lebih lebih.
BalasPadamtapi kalau kami ini, bukanlah tak berani bersuara. tapi mesti ada yang maki. yang mencarut carut.
banyak je kes yang melibatkan hendon dan nepal. berlagak kemain.
Syabas dan tahniah bro mazidul... saya dan keluarga kagumi ketegasan bro sebagai warga malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab.. kami daoakan kesejahteraan buat bro sekeluarga..
BalasPadamHazrey, biasalah, bosnya suruh buat report.
BalasPadamTindakan? Terserah kepada pegawai penyiasat namun saya percaya beliau boleh berfikir secara logik dan mengambil tindakan wajar.
Bro, you know what I know AND the vice versa is always true.
Bro
BalasPadamBukan setakat PR tu je yang memandu laju di jalan tu, rmai lagi pemandu lain yang memandu laju, lebih lebih lagi sebelum 'hump' dan 'trafficlight' dipasang di simpang empat. Orang Malaysia pun ramai yang kepala batu macam tu, di jalan depan sekolah tu memandu macam F1. Tak ada adat sopan dan tak mau langsung hormat undang-undang.
"Talak langga olang, apa hat lu mau malah saya?" bila saya menegur satu hari dulu, di depan kedai mamak tu.
Mentality macam tu yang PR PR ni ikut. Agaknya lah.
Apapun, saya sokong 1500% tindakan bro. Mazidul tu. Jangan mereka ingat kita lemah.
Kita Gerakan satu kempen "GHerakan Anti Pendatang". Semua rakyat memberikan maklumat terperinci tentang kediaman meraka dan usahakan serbuan oleh pihak berkuasa untuk membersihkan mereka.
BalasPadam20-10-2010 - Tarikh yg saya rasakan istimewa & penuh sejarah buat En. Mazidul. Mengapa?
BalasPadamKerana :-
(1) Telah menjalankan satu tanggungjawab penting selaku seorang warganegara Malaysia yg prihatin - Membantu si pemilik kancil yg teraniaya, telah memberikan kesedaran sivik kepada 2 individu yg bermaharajalela di negara yg berpelembagaan & berani kerana benar apabila menerima jemputan pihak Polis untuk diambil lapuran kes.
Saya rumuskan bahawa tindakan yg telah diambil oleh En. Mazidul adalah kerana "SAYANG" - Sayangkan negara agar undang-undang tdk dicabuli, sayangkan kejiranan yg harmoni, sayangkan harta awam & paling penting sayangkan intergiti diri sendiri dgn tdk menutup sebelah mata ke atas sesuatu jenayah mahupun kejadian yg tdk diingini.
(2) Program Hujah telah bersiaran sulong di TV9 punya tujuan & isi yg baik untuk direnung-renungkan & difikir-fikirkan. Sembang ilmiah yg menyentuh isu sejagat amat penting bagi mengisi kotak pemikiran remaja & masyarakat. SYABAS! Teruskan... Pertimbangkan utk menjemput kanak2 sekolah/remaja/penggangur berhujah sama - tanyakan "apa yg anda fikirkan, apa yg anda mahukan untuk diri, keluarga & negara. Tanyakan apa misi & visi?" Pihak yg berwajib pula wajib mendengar & memperhalusinya - Kadangkala kita tidak perlu seharian di meja bulat utk mendapatkan idea bernas untuk memulihkan luka2 moral masyarakat & negara. Cubalah...
Saya rumuskan bahawa program berbentuk hiburan sdh terlalu (terlampau?) banyak - Para Penerbit harus memikirkan kembali akan pengisian program mereka - Ya, isu komersial akan berbangkit, pengiklan tdk berminat, penonton kurang tetapi fikir-fikirkan akan khidmat sosial yg blh 'diberi'. Jgn pada suatu hari kelak sedang kita duduk2 santai tiba2 tersedar "eh..eh... akupun secara x langsung menjadi penyumbang kpd segala permasalahan sosial rupanya, alamakkkk... macamane ni...??"
Semalam adalah sejarah - yg baik biarkan berulang dengan lebih baik lagi manakala yg buruk jadikan sempadan. Semuanya msh belum terlambat...
En. Mazidul, Terima Kasih kembali!
Tahniah kerana kesedaran sivik sdra. kita minta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada pemandu yang memandu laju dan melanggar kancil. Nepal tu boleh dilepaskan, dia pasif saja. Wak yang seorang lagi tu, jangan tak caj.
BalasPadamsalam abg mazidul,
BalasPadampada pendapat saya, tindakan abg itu adalah wajar sekali untuk menyedarkan kpd manusia yg jenis x memahami keadaan sekelilng terutama warga asing...sy selalu juga memandu di area lebuh pasar KL, disana ada juga sikap pemandu bas yg sgt kurang ajar...ikut suka hati dia je bawak bas...smp kita pun kene mengelak sedangkan kita berada di jalan kita...bas yg saya maksudkan itu adalah bas METROBAS..jika abg x percaya, abg duduk la kat area bangunan majlis peguam....ada pernah sekali bas metrobas masuk simpang yg x dibenarkan, kebetulan dia terlanggar sebuah kereta waja...sy pun terus buka cemin tingkap dan kata, bodoh punya org, x ada otak ke?? lps tuan kereta turun dan tgk kereta dia, mujurla skit sahaja calarnya...sebenarnya dh lama sy duk memerhati sikap pemandu warga asing ni...memang menyakitkan hati kita sebagai pengguna jalan raya..
Good Job Abang mazidul :-)
BalasPadamsetuju dgn puan liza mahmood.
BalasPadamsaudara mazidul telah membuktikan yang saudara adalah warga negara yg bertanggunjawab. lantak lah mereka yg warga asing itu mahu buat apa. kami akan sentiasa menyokong saudara.
hahahah tu la keja IO... keja sampai tak sempat sembahyang.. tgh malam baru ada masa nak sembahyang... ^_^
BalasPadamSalam, tuan. Tahniah atas keprihatinan tuan. Moga lebih byk kita yang sedemikian, dan berkurangan yg menjadi penonton.
BalasPadamSemoga semua warganegara 'cool' mcm bro. Xperlu cpt melenting, cool kerana benar, hehe...
BalasPadamTo all, kekadang rakyat tempatan terpaksa bertindak untuk menyatakan secara jelas, kita tidak merestui perlakuan sebilangan warga asing bermastautin di negara ini.
BalasPadamMereka barangkali lupa asal usul dan mula menganggap hak mereka sama seperti hak kita sebagai warganegara.
tabik betul dengan en.mazidul kita ni....dan taniah dengan keprihatian.
BalasPadamTahniah Encik Mazidul... Berani kerana benar!
BalasPadamSalam,
BalasPadamtuan buat perkara yang benar, tak perlu hendak dikhuatiri...
Jika benar yang dilakukan maka muncullah kebenaran...
wow...kalau saya pun ada 'kudrat' mcm en mazidul mahu jugak saya lempang dorang mcm lempeng ^.^
BalasPadamkakcik >> tersentuh eh bila en mazidul tulis IO tu solat ye ['bersih jiwanya'].sebenarnya kakcik... ramai yg beranggapan 'dorang'ni tak seperti itukan.
maaf jika salah telahan saya.
kalaulah semua melayu mcm abg mazidul kan bagus...
BalasPadampelik dengan undang-undang malaysia ni. ada undang-undang tidak dikuatkuasakan. bila ditanya kenapa tak kuatkuasakan..... alasannya kakitangan tak cukup. tapi pada saya bukan tak cukup kakitangan tapi depa malas. Contoh larangan merokok, terang-terang ada stiker larangan merokok tapi orang ramai masih merokok di situ. mustahil tak pernah ada penguatkuasa yang lalu di kawasan itu. mesti ada punya. rujuk www.azzadwa.blogspot.com
BalasPadamdi chengmai, merokok di tempat awam denda bath 2000. on the spot. tak der rayuan, budi bicara atau duit bawah meja.
surat khabar hari ini BH 22 okt 2010, SPRM kecewa banyak jerung-jerung rasuah terlepas hanya sebab teknikal yang tah apa-apa. contoh, tangan mana yang terima duit? letak duit rasuah dalam poket mana?
padahal bukti-bukti lain seperti gambar penerimaan rasuah rakaman suara, duit bertanda dll adalah bukti kukuh untuk mensabitkan mereka. malang nasib rakyat malaysia yang bencikan rasuha seperti SPRM. kalau begitu halnya, sampai bilapun rasuah ini akan berterusan.
tak mustahil nanti, pembunuh datuk sosilawati dan rakan akan terlepas walaupun sudah ada yang mengaku buang abu mayat atas arahan tertuduh.
salam...sumpah geram giler dgn pendtg ni.x kire lah haram ke x haram ke.betul cube kalau kejadian ni berlaku kt malaysia.,harus dipijak2 dan dibakar2 lg bendera negara kita.ayuh bangkit rakyat malaysia...!!!! jgn biar mereka memijak kepala kita.kdg2 mkn t/h di fastfood juga dipenuhi dgn kaum mereka shj dan beratur sambil berlagak mcm negara ni dia org yg punye..!!!!
BalasPadamDowang ni besar kepala, sarang tebuan jangan dijolok... kelak diri sendiri yang merana. Kan dah kena.
BalasPadamsalam..bagus tindakan tu.Jgn biarkan mereka jd Raja disini,ini bukan negara kamu.
BalasPadamDi mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Di mana sekalipun kita berada, hormat dan patuhilah peraturan dan undang-undang.
BalasPadamSalam.
BalasPadamTahniah Abang Mazidul!
Saya sudah 5.5 tahun di Indonesia. Saban hari dengar berita yang mengapi-apikan hubungan Indonesia-Malaysia.
Pantang ada seorang sahaja pembantu rumah mereka didera, hampir sebulan isu yang sama terus menerus diulas di media. Bosan jadinya.
Tapi kalau jenayah yang melibatkan rakyat mereka di Malaysia, baik bunuh orang, rompak harta benda orang, sama sekali tidak pernah mereka hebahkan.
Saya pernah cuba jelaskan betapa lebih teruknya jenayah mereka di Malaysia pada rakan-rakan Indonesia bilamana mereka jadi emosi mendengar rakyat mereka diperlakukan sedemikian rupa, tapi mereka tidak percaya. Seolah-olah kami mereka-reka cerita.
Tahniah sekali lagi, dan teruskan :)
senang je abg mazidul...len kali kalo jumpe dgn "Makhluk Asing" yg keras kepala ni, ambik garpu, pacak kat dada dorang. Ni Malaysia...buluh dah tak main. Garpu je :D
BalasPadam