Ramai rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook tanpa mengira usia dan bangsa.
"Dengan Facebook, saya dapat bertemu semula kawan lama"
Itu komen lazim dilontarkan pengguna, antara kebaikan Facebook.
Persoalannya, adakah Facebook bersifat positif secara total?
Sebilangan pengguna dilaporkan terlalu taksub dengan Facebook. Mereka sanggup kurang tidur hanya kerana 'melayan' laman web sosial terbabit. Bukan sahaja mengemaskini status tetapi berborak melalui kemudahan 'chatting'.
Tidak cukup menggunakan desktop dan laptop di rumah dan pejabat, ketika di luar mereka menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan rakan dan kenalan di Facebook.
Persoalannya, wajarkah ketaksuban terbabit berterusan?
Barangkali majoriti pemilik akaun mendakwa penggunaan Facebook satu keperluan hakiki, malah menganggap Facebook, antara elemen penting kehidupan. Kononnya, mereka tidak mampu hidup selesa tanpa bergiat aktif di laman sosial itu. Sebagai bukti, perhatikan bilangan kenalan anda online sewaktu di pejabat ketika bekerja sekaligus membazirkan waktu bertugas akibat terlalu taksub menggunakan Facebook.
'Aku mengantuk', 'bosan', 'menyampah tengok dia', 'sayang dia', antara status dikemaskini berulangkali untuk makluman rakan Facebook. Hati mereka melonjak gembira jika sebilangan rakan sudi mencatatkan komen berhubung status terbabit. Semua itu dilakukan ketika di pejabat. Adakah majikan juga melonjak gembira andai mengetahui kegiatan mereka?
Ops!
Soalan susulan, apakah faedah diraih? Apakah kepentingan tindakan itu? Barangkali pemilik akaun Facebook juga pembaca blog ini mampu menghuraikan persoalan terbabit secara jelas.
Bagi pengguna Facebook 'gila' berborak di pejabat, mereka mempunyai alasan tersendiri.
"Aku tak boleh kalau tumpukan sangat kepada kerja, kena chatting juga kalau tidak bengap"
Kritikal, kan?
Barangkali, kita semua boleh merungkai antara kebaikan dan keburukan Facebook di sini untuk dikongsikan bersama.
Update
Jika diperhatikan sebilangan pengguna Facebook kurang berkeyakinan, malu menampilkan diri sebenar terutama di kalangan mereka bertubuh tembun. Gambar hanya dirakam dari leher ke atas sahaja.
Barangkali bimbang, tidak ramai sudi menjadi rakan sekiranya bentuk fizikal sebenar ditampilkan.
Pasti ramai menyedari hakikat itu.
Barangkali, kita semua boleh merungkai antara kebaikan dan keburukan Facebook di sini untuk dikongsikan bersama.
Update
Jika diperhatikan sebilangan pengguna Facebook kurang berkeyakinan, malu menampilkan diri sebenar terutama di kalangan mereka bertubuh tembun. Gambar hanya dirakam dari leher ke atas sahaja.
Barangkali bimbang, tidak ramai sudi menjadi rakan sekiranya bentuk fizikal sebenar ditampilkan.
Pasti ramai menyedari hakikat itu.
just wanted to share with you guys. its about facebook addicted. and what had written here i strongly agreed. orang di sekeliling kita lebih penting dari alam-maya sosial ini. happy reading...
BalasPadamhttp://runningmom-haza.blogspot.com/2010/10/girl-with-facebookphobia.html
Salam.
BalasPadamKalau nak delete terus, tekan link ni..
https://ssl.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account
Facebook buatkan kita amat sukar untuk batalkan akaun sebab mereka licik tak mahu kita padam. Kebanyakan orang hanya "deactivate" akaun, bermakna ianya tidak dipadam sebaliknya hanya dinyahaktifkan (segala maklumat dan data masih disimpan oleh Facebook dan boleh diaktifkan semula apabila kita login.)
http://palimol.blogspot.com/2010/09/deactive-facebook-atau-nak-padam-terus.html
Naqib dan Sopon, terima kasih atas panduan dan maklumat dicatatkan.
BalasPadamfacebook sebagai tempat 'ping' blog. Lepas tulis entry post kat wall.
BalasPadamSekarang ni pun dah kurang update status yang tak penting.
saya cadangkan jangan sesekali meletakkan maklumat peribadi yang terpeinci dan tepat dalam laman maya ni lebih2 lg dlm facebook.. sebab kadangkala maklumat kita ni akan di salah guna pihak tak bertanggungjawab.
BalasPadamSaya nasihatkan kepada semua, kurangkanlah masa bersama facebook kerana tiada manfaat sangat kalau sampai berjam-jam menghadap facebook.cukuplah stakat 5-10minit..
kawan saya ada melancong ke vietnam.. dia kata kerajaan disana telah mengharamkan rakyat mereka menggunakan FB!! adakah benar berita ini? mungkin perkara ini bakal berlaku kepada negara kita jika terlalu teruk akibatnyer kepada negara..
BalasPadamhttp://www.duitlama2u.blogspot.com/
Kakcik ada akaun fb - tapi, amat malas untuk berlama-lama di situ... :)
BalasPadamMana yg bekerja tu, tak payah la buang masa ngadap fesbuk ni.. Tak rasa bersalah ke gunakan masa bekerja untuk buat kerja sampingan sebegini? Kecuali la jika bekerja sendiri, update status untuk memberitahu perjalanan bisnes masing2...
BalasPadam**Saya bekerja sendiri... hehehe...
Saya guna fb semasa menunggu, jika tanpa buku tanpa paper yg nak ditenung.
BalasPadamsy rasa org yg ketagih FB nie org yg hubungannya dgn dunia luar adalah kurang.. FB menjadi saluran utk mrk berkawan.. sy pun kekadang nampak kurang cerdik sesetengah pengguna FB update status yg merapu2 yg remeh temeh.Sy guna FB utk kumpul geng sesama minat antik,english decoration dan memasak... malah kami tubuh group kami bertukar idea dan koleksi... byk dpt idea dan tips dekorasi serta cuci mata koleksi antik yg jarang kami temui.
BalasPadamSuka lagi blog dr FB..suka lagu chat guna YM dr FB
Dengan fb kita dpt mengetahui perkembangan kawan2, orang-orang yg yg kita dah lama lost contact,Dimana mereka? Buat apa mereka sekarang? Pastu buleh arr buat gathering ke or reunion ke semua itu dpt merapatkn kembali hubungan yg dah lama terpisah. Betul tak bro mazidul?
BalasPadamapa saja medium dalam apa bentuk pun...kalau digunakan dengan cara baik...baikla hasil dia...kalau gunakan cara tak baik.....tak baikla produk dia...walaupun medium itu dicipta dengan penuh kebaikan...
BalasPadamkalo medium itu penuh kebaikan,tetapi kalo pengguna sendiri tidak memanfaatnya,malah menggunkanny ake arah kejahatan,maka tak bagus lah jadinya
nasib baik sy bukan gila FB...nak online pon malas..
BalasPadamderang ni seronok berhubung kat online jer..org depan mata taknak semabng pulak
budak2 la kemaruk sgt yg sy tgk skrg ni
Bukan setakat Facebook, apa jua teknologi dan kemudahan yang sedia ada, kalau terlalu taksub, atau disalahgunakan mesti membawa mudarat.
BalasPadamBergantung kepada sebab kita menggunakan Facebook - macam yang saudara Mazidul tulis - jejak kasih kawan lama.. macam MrsNor tulis - mencari geng yang sama hobi dan minat.. macam macam lagi.
Saya guna Facebook untuk jejak kasih kawan lama sejak dari zaman tadika lagi, kumpul kawan baru macam kawan blogger, mengumpul saudara mara yang dah terlalu ramai sampai ada yang tak kenal (saya dah ada cicit saudara tau!)...
kadangkala facebook berguna juga untuk berkongsi maklumat secara cepat dan ringkas.....terutama sekali bagi pelajar, untuk update event ataupun berkongsi gambar...
BalasPadambergantung kepad orang juga, kalau digunakan secara betul kita juga akan mendapat faedahnya....kalau tidak, buat rugi masa jer..
bila kita kata mukabuku banyak membazirkan waktu, nanti akan ada yang kata, itu bergantung pada individu. masalahnya ramai individu yang tidak tahu dan pandai untuk membezakan perkara yang perlu dan kemahuan.
BalasPadamkadang-kadang tengok blog mazidul ini pun rasanya agak membuang masa. ini kerana saya baru seminggun 2 ni minat nak buka blog ni. tapi bila tengok banyak maklumat semasa yang sentiasa diupdate rugi rasanya kalau tak layan. layannnnnnnnnnnn.
soalan??.
BalasPadamapakah niat seorang wanita dan gadis meletakkan gambar "BenGkak" dan 'melurah" di emo atau avatar FB?
* melayu/islam Malaysia
saya berpendapat sebalik nya Abg Mazidul.. ada yang kata FB nie org yg hubungannya dgn dunia luar adalah kurang or menampilkan diri sebenar terutama di kalangan mereka bertubuh tembun (ke tembam??) dan gambar hanya dirakam dari leher ke atas sahaja... pada saya itu adalah sesuatu trend masa kini.. macam twitter..
BalasPadammacam beza menggunakan nokia 3210 dengan blackberry...
kalau guna nokia 3210 - hanya ada function yang basic jer manakala blackberry - boleh mengakses email, internet, youtube...
jadi sekarang yang mana satu dan kenapa kita nak beli??
berbalik kepada facebook saya rasakan ianya terpulang kepada individu.. pada dasarnya - facebook/friendster/myspace adalah untuk kenalan terdekat tetapi artis/celebriti/ahli politik pun ada juga dan menerima untuk menjadi kenalan - dan dari situ la kita 'terpaksa' membaca status2 update yang mungkin tidak perlu di mata kita.. walaupun kita boleh 'hide' mereka yang begini tapi kenapa di add mereka at the first place...?
tentang penggunaan di tempat kerja - majikan boleh menyekat laluan akses ke apa - apa website jika mahu...
lebih baik kalau tak suka jangan gunakan - tak menyakitkan mata..
yang lebih buang masa - bermain permainan di dalam facebook itu.. yang lain saya secara peribadi tak ada masalah...
saya sendiri pengguna facebook tapi taksub Insya Allah blom taksub lagi (contoh update status setiap sejam dan sebagainya..) - cukup untuk saya membuka 'group' untuk kelab sahabat saya, untuk saya berbual dengan ahli keluarga saya yang tidak tinggal serumah sekaligus (tak payah sms setiap seorg setiap masa)... terpulang la penerimaan seseorang...
Allahualam....
masa awal-awal ada akaun fb je macam lama dok kat situ.. tp itupun lebih pada addicted to farmville dan cafeworld...
BalasPadamlepas tu dah rasa, xde pun xpe... sometimes rasa kat situ hanya utk baca status2 harian.. sekali sekala ok, tp hari-hari nak buat apa... saya sendiri malas nak update status tu...
blog walking or login to forum lg berfaedah rasanya, at least kita boleh dapat info dan share info.. :)
mula-mula ada FB dulu rajinlah meng"update! lama2 jadi bosan. it's good to say hi, and keep in touch!tapi taklah menarik mana klu kita terus2an dihidang perihal apa kegiatan yg mereka sehari2 dan kadang2 ada statement2 yg ntah hapa2. so skng FB sya dah lama bersarang labah2.
BalasPadamDah menyampah dengan facebook..
BalasPadambiasalah manusia dah terhantuk baru nak terngadah... vic la tu antaranya.
jarang2 sekali jer berFB.. takmo try main2 kat FB. takut addcited plak nnt
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamSokong dengan entry terbaru. Saya tak punya smartphone, jadi dah tentu tak boleh access FB via mobile. Bila tak boleh access di pejabat, secara tidak langsung minat berkenaan terpinggir sepi. Lama2 baik pikir benda lain nak buat.
Adik sendiri begitu taksub dgn FB, tp tugas beliau juga memerlukan ia dikemaskini setiap masa. Oleh itu, ada juga keperluan FB.
Tp pandangan peribadi, total waste of time and effort. Kenapa? sbb buang masa baca update yg tak penting, ttg apa yg kawan kita baru makan, apa yg dia marahkan (kita sendiri tak pasti kenapa dia marah kadang2 tu) dan bergaduh dengan pasangan sbb ada org 'tag' gmbr kita yg kita sendiri tak ingat bile di ambil dan dimana.
Total waste of effort, menghabiskan tempoh sekian lama mencari 'rakan lama' lost buddies dan yg sewaktu dengannya, hanya sekadar puas dapat menjejaki beliau, period. Setelah x berjumpa lebih 15tahun, entah dia masih ingat atau tidak?
t/ksh pada fellow blogger yg share camne nak delete account. dlm pertimbangan utk delete terus. Jom?
..nak kena beli kopiah RM100 yang mahal punya..boleh masuk FB buat ceramah copy dan paste..
BalasPadamagaknya adatak org panggil ustaz??
Sudah kurang berFB... nak berFB pon lepas waktu kerja..
BalasPadamkemungkinan ada betulnya juga ramai pengguna facebook tidak berani bersemuka secara real di luar kerana kekurangan2 nyata pada diri. boleh salahkan facebook atau gambar profile sendiri kerana memberi impresi kurang tepat terhadap diri mereka.
BalasPadamsaya juga punya kekurangan tapi jika diajak berjumpa saya tidak punya masalah yg membabitkan kurang keyakinan akibat fizikal.
tapi facebook ada juga kebaikannya. terutama sbg tempat berkongsi ilmu dan maklumat sesama rakan.
kalau taksub youtube macam mana bang? rosak betul cikgu dalam video ni... patut masuk raja lawak je jangan jadi cikgu.
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=qL9o9La48eU&feature=related
Matlamat asal Facebook ialah untuk nak menggantikan e-mail atau massenger atau sidang video demi mengujudkan perhubungan yang mesra pengguna, tapi dah terpesong jauh - akhirnya jadi tempat buang masa dan menjejaskan kerja serta bil2 majikan.
BalasPadamSelain memperkayakan pengasasnya, seorang berbangsa Yahudi - Mark Zuckerberg. Beliau sekarang seorang billionaire dah ada RM 2 bilion dalam akaun bank nya...ho ho
salam
BalasPadammasa buka akaun dulu aktif juga.mcm en mazidul ckp..suak post sb ada kwn2 komen..lepas tu mabuk main game dlm fb..
skrg ni..hanya layan gtu2 aje..komen post kawan2 dan byk ping blog kat fb..hehe
tapi fb ni ada baik iaitu dpt jumpa kwn lama masa skolah dahulu..tu yg seronok..tau2 dah anak 4 masing2..
apa2 pom..tepuk dada..tanye selera..fikir yg +ve..
Assalamualaikum...
BalasPadamSaya ambil kata-kata adik saya, "Facebook ni macam pisau. Betul cara guna, dapatlah kebaikannya. Salah cara guna,mudharatlah jawapannya."
Pada mulanya, saya buat FB atas keperluan. Saya mula berniaga sambilan melalui FB setelah mengenalpasti pasaran atau target market.
Kemudian, saya cari kawan-kawan lama. Paling mengejutkan, jumpa rakan lama yang dikatakan telah meninggal dunia.
Sekurang-kurangnya, masih ada yang kenal saya apabila mereka add saya namun apabila saya sememangnya tidak kenal, memang pendinglah request mereka jika add sekadar menambah rakan maya.
Agak menjengkelkan apabila ada rakan yang terlalu taksub dengan FB. Komputer riba sentiasa on jika ada di rumah. Bangun pagi, salamnya di FB, sampai dia tertidur. Memang ada yang sangat-sangat menjengkelkan apabila sentiasa mengemaskini status atau mengisi ruangan "what's on your mind?" setiap jam!!!(Orang macam ni aku dah remove dari friend's list aku walaupun aku kenal dia. Buat semak je.)Lebih teruk apabila ada yang sanggup buka bekung sendiri dalam FB, cerita masalah keluarga dan sebagainya.
Kepada mereka yang menggunakan kemudahan ini secara baik, tidak menjadi masalah langsung tetapi kepada orang yang menjengkelkan ini, ubah-ubahlah sikap yang buat orang meluat itu.
apa pun semua terletak pada kita sendiri,jika digunakan kearah kebaikan baik lah jadinya...kalau kejahatan yang dipilih maka jahat la jawabnya...
BalasPadamp/s:bro bila nak ambush kafe cyber bukit minyak BM..open 24 jam berdekatan dengan balai polis
Well, memang Facebook ni boleh buat kita jadi addicted. Kalau tak online memang tak sah, rasa macam menggelabah. Haha.
BalasPadamsaya skarang ni deactivate sementara akaun facebook sbb nak fokus buat kerja-kerja lab. selain tu, nak kurangkan rasa addiction tu. alhamdulillah, setakat ni addiction tu takde dah. kalau tak online pun tak apa, sbb tak ada apa yg penting pun dlm facebook tu.
lagipun facebook skarang ni mcm dah bosan skit.
FB sekarang jadi tempat orang jual barang~
BalasPadamsigh~
bosan kalau camtu~
Kesian gologan yg tiada Fb, bila mereka tiada ruang menangkis oleh pengikut2 yg seiras bertopeng agama menegak benang basah .membenarkan kes yg salah.
BalasPadammenangis bengkak mata 2 minggu kerana fesbuk...
BalasPadamTIDAK SEMESTINYA
BalasPadamfb guna baik hasilnya baik
fb guna tak baik hasilnya tak baik
tak suka org tu kita remove ajer
kan senang...