Lazimnya rama-rama terbang bebas tetapi sebilangan 'tersangkut', dijadikan penghias pakaian wanita.
Rama-rama dan tuannya ini 'tersangkut' di pusat hiburan di tingkat satu di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor bermula jam 2.30 pagi tadi sewaktu disko majoriti dikunjungi pelanggan berbangsa India itu diserbu pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
"Abang, hari ini birthday saya ke 20. Saya badan besar tetapi umur muda," ujar 'wanita' bersuara lelaki.
"Happy birthday," balas saya.
Setelah diteliti ternyata dia (tengah) dan 2 rakannya, lelaki berpakaian seperti wanita, pondan. Seorang daripada rakannya, penari di premis terbabit, mengadakan persembahan pada setiap malam Jumaat dan Sabtu diiringi muzik R and B berbahasa Tamil.
Jam 2.40 pagi berlaku kekecohan, 2 lelaki saling tolak-menolak di antara satu sama lain sambil menjerit dalam bahasa Tamil. Mereka berdua terpaksa digari polis kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Pelbagai perkataan kesat dilontarkan pengunjung terbabit kepada anggota dan pegawai polis. Lebih menarik, saya dilarangnya secara keras merakamkan gambar pegun.
Namun entah mengapa, biarpun dia menampilkan wajah bengis, tiada sekelumit perasaan takut menyusup ke dalam diri saya. Alah bisa tegal biasa. Bagaimanapun saya tidak dapat menahan perasaan muak mendengar bebelan anak muda berusia 25 tahun berlagak bak gangster terbabit.
"Mengapa dia orang boleh bersari tetapi orang Melayu kalau ke disko tak boleh memakai kebaya?," tanya jurukamera, Zulhazri Abu Bakar.
Soalan 'cemerlang' itu disusuli jelingan manjanya, lihat gambar berikut.
Nakal.
Selain daripada gadis dan pondan India, 3 perkerja kilang wanita warga Indonesia turut berada di premis sama namun setelah menjalani ujian saringan air kencing, mereka didapati bebas dadah.
Jam 3.55 pagi terjadi satu lagi kekecohan apabila pelanggan bertubuh tegap (berjaket biru) diberkas ketika sedang menghisap ganja di dalam bilik air.
"Sudah urine (ujian air kencing) apa salah hisap ganja?," soalan dilontarkan kepada Inspektor India menahannya.
Sebaik tangannya digari, dia terpaku, senyap dan kelihatan gabrah. Mungkin itu akibat 'badi' gari seperti pernah dimaklumkan kepada saya sebelum ini.
Jam 4.20 pagi ketika saya dan krew masuk ke lif untuk beredar, kami didatangi lelaki dipercayai pemilik pusat hiburan itu.
"Siapa suruh you datang sini? Polis?," tanyanya dengan nada kasar.
"Bos suruh," balas saya.
"Siapa you punya bos?," sergahnya.
"TV3," balas saya.
Dia kemudian mengarahkan bouncer Melayu bertugas mengekori kami ke bawah. Melihat kejadian itu, Zulhazri meminta saya keluar dari lif dan kembali ke dalam premis terbabit. Barangkali dia bimbang perkara buruk berlaku kepada saya.
Terfikir, tergamakkah bouncer berbangsa Melayu bertindak kasar ke atas saya? Tambahan pula mereka dikatakan anggota 3 Lines, kumpulan didakwa menjaga kebajikan Melayu.
Saya kemudian merakamkan gambar bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, ACP Kamarudin A. Aziz (dua dari kanan).
Sebelum melangkah keluar buat kali ke dua, pada jam 4.30 pagi, lelaki sama menghampiri saya.
"Nanti jangan tunjuk gambar di TV3, boleh ke?," tanyanya.
Hairan, kali ini suaranya bernada lembut.
"Tempat ini sepatutnya ditutup pukul 12 malam sebab menggunakan lesen kafe tetapi masa kita masuk pukul 2 pagi tadi masih beroperasi. You tak ada hak pun mahu halang kita siarkan ini cerita. Kalau mahu kasi stop pergi jumpa SKMM," balas saya.
"Apa itu SKMM?," pantas dia menyoal.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," jawab saya.
Saranan itu kelihatan memeningkannya sekaligus memberhentikan komunikasi.
Terus-terang, menyertai pasukan polis menyerbu premis hiburan dimiliki dan dikunjungi majoriti pelanggan India bukan mudah. Di Kuala Lumpur sebelum ini, sebilangan pelanggan menghampiri polis dan wartawan, mendakwa mereka peguam dan kenalan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu.
Kesimpulannya, lebih enteng memeriksa pusat hiburan dikunjungi 1000 pelanggan Cina atau 800 Melayu berbanding hanya puluhan pelanggan India.
Begitu lazimnya.
macam2 orang cari makan yer..
BalasPadamdemi sesuap nasi segelen petrol seorang kekasih seorang anak seorang isteri sebuah rumah..
* content warning..
ada sesiapa yang rasa jadi penternak Malware..elok scan keran ia mengganggu trafik insan lain yang ingin membaca Blog ini..
di..
"saya baca blog berikut"???
Hihi..lebih mudah jika tiada langsung manusia yang sedia membuka tempat-tempat seperti ini...
BalasPadamEntry Baru:
-Insaf sekejap
kalau melayu ke disko pakai kebaya..
BalasPadamerm disko bukan budaya melayu tp dah jadi tempat hiburan org melayu skrg..yg dtg untuk hiburkan hati sikit je kot yg lebihnya nak puaskan nafsu kot..?
Saya tetap berpendapat samada orang itu Melayu or bukan Melayu sekalipun, soal nak masuk disko tiada kaitan dengan bangsa...
BalasPadamjuga nak pakai apa pun tiada halangan sama sekali. Tak nak pakai apa pun boleh. hehehee
Tapi.. lazimnya.. lazimnya orang kita bijak berpakaian, lagi kurang kainnya, lagi berfesyen katanya.
Dan alangkah tercemarnya seni budaya (berpakaian) bilamana kebaya (or baju kurung) dipakai untuk terkinja di dalam disko, kan?
*Pssstttt. kalu bab posing, itu BAPAK GULA2 manyaaaakkkk sukaaa!
selepas kes sosilawati, masyarakat agak memandang serong pada org india tapi sebenarnya semua bangsa sama jer...ada baik, ada jahat.
BalasPadamAskm
BalasPadamTopik saya hari ini agak keluar tajuk. Semalam kenyaatan Pelakon Lucah MCA Dr. Chua Soi Lek jelas ada unsur-unsur menghina Islam.
Walaupun saya bukan ahli PAS dan tidak setuju cara PAS tapi saya tidaklah merendahkan hukum Islam sewenang-wenangnya. Saya masih percaya UMNO masih ada agenda Islam tapi secara berperingkat dan sederhana. Dlm kenyataannya beliau memperlekehkan hukum hudud seolah-olah hudud ini adalah ciptaan bodoh Allah SWT.
Harap semua orang melayu baik UMNO, PAS, Perkasa dan PKR meneliti ucapan ini dan membuat bantahan terbuka
haha..bapak gula tersengih tgk awek pakai sari...
BalasPadamjeling2 skali x tu...
p/s: bang mazidul...bile lg nk buat gathering ni...
Salam sahabat..memang benar,bukan racist,di tempat keje saya juga jadi kecoh dek kerana sorang ja pkerja India..tapi bukan semua lah..kebanyakannya...dan crita ni dikongsi oleh kawan2 lain juga berdasarkan pengalaman sama bekerja dgn India ditempat kerja mereka..
BalasPadam