Isnin, Oktober 04, 2010

Amukan Pengkid

Malam kelmarin, ini berlaku.

Selang beberapa minit, kereta Honda berwarna biru tua keluar melalui pintu berhampiran pos pengawal. Pemandu kemudian menyerahkan kad pelawat kepada seorang penduduk berbangsa India, berkebetulan melintasi  kawasan sama.

"Masa masuk tadi, dia bagi IC kepada guards," kata lelaki itu kepada saya.

Menggunakan nombor tertera di kad pelawat, saya cuba mencari kad pengenalannya di dalam bekas plastik di atas meja di dalam di pos pengawal. Memang sukar, tanpa 2 pengawal keselamatan diberkas polis, semua perkara bercelaru. 

Pengawal keselamatan sepatutnya dilarang menyimpan kad pengenalan atau lesen memandu pelawat. Namun mungkin berikutan kekurangan pengetahuan berhubung undang-undang, sebilangan pelawat mematuhi arahan pengawal tanpa disoal selidik terlebih dahulu.

'Ambil IC orang pandai, nak kembalikan tak boleh!!!!!," jerit pemandu terbabit dari dalam keretanya.

Saya kemudian keluar  dari pos.

"Cik, saya bukan security guard. Dia orang dah kena tangap tadi. Actually I  am helping you to locate your IC. Tak payahlah nak menjerit-jerit.  Park kereta tu kat tepi ni dulu," ujar saya.

Dia kemudian mengikut permintaan saya namun sebaik kad pengenalannya dijumpai dan diserahkan, dia mula menghamburkan perkataan kesat.

"Hanya polis, penguatkuasa Jabatan Imigresen dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) antara pihak berkuasa berhak memeriksa dan menyimpan IC. You pergi serahkan IC kepada guards Pakistan dan Sri Langka buat apa?," ujar saya sedikit marah.

Semasa cuba memandu keluar saya memintanya masuk ke pos pengawal dan menekan  sendiri butang  untuk mengangkat palang. Berdegil, dia bergegas cuba keluar menggunakan laluan motosikal tetapi terlalu sempit untuk dilepasi. Berang, dia kemudian mengundur dan meletakkan keretanya berhampiran pos sambil mulut membebel meluahkan rasa ketidakpuasan hati.

"Hoi! Orang semua kenal engkau! Nantilah," jeritnya kepada saya sebaik palang terbuka.

Kereta dipandu pantas keluar dan kemudian diberhentikan berhampiran pintu masuk. Dia keluar dilengkapi telefon bimbit di tangan dan cuba merakamkan visual (video) saya namun terhalang dek pos pengawal.

Bertindak lebih nekad, dia memasuki kawasan apartment dan mengekori saya berjalan ke unit rumah sambil cuba merakamkan gambar. Mungkin berharapkan saya 'melatah', dia secara berterusan melontarkan kenyataan berbentuk provokasi. Pada masa sama saya merakamkan gambarnya menggunakan kamera digital, Canon G9. Namun kemudian saya terpaksa menepis tangan kanannya kerana terlalu hampir dengan muka saya. Telefon bimbitnya terjatuh ke atas jalan, pantas dikutip.

"Hoi! Engkau ingat aku takut dengan engkau ke? Belasah baru tahu. Lelaki tak tepis tangan perempuan macam engkau buat lah!!!!," jeritnya sekuat hati pada jam 12.45 malam.

Terdetak di dalam hati ...

Bila tangan ditepis, dia mendakwa tindakan itu kasar sedangkan jika melihat perwatakannya di bawah sinaran malam lampu jalan, saya keliru berhubung jantinanya.

Lihat tindakan agresifnya 'memburu' saya.


"Aku ramai kenal orang di TV3 tahu! Nanti aku suruh datuk call engkau!!," jeritnya bagai orang terkena sawan.

Pengkid ingin membelasah saya? Dream on. Biarpun tubuhnya besar dan kelihatan tegap, saya tidak yakin dia mampu menumbangkan saya kerana dia bertenaga perempuan.  Perempuan berketerampilan seperti lelaki, pengkid. Berikut gambar pengkid terbabit saya rakamkan. Buat sementara waktu, biarlah saya kaburkan wajahnya untuk melindungi identiti pengkid itu.


Dia dipercayai menghubungi rakannya. Beberapa minit kemudian muncul lelaki bertubuh besar dan lembik bersembang dengannya di dalam kawasan apartment berhampiran pos pengawal.

"Macam inilah, kalau awak rasa tak puas hati, pergi report polis," ujar saya kepada keduanya.

Tujuan awal saya, cuma cuba membantu pengkid terbabit untuk mendapatkan kembali kad pengenalannya tetapi suasana bertukar keruh sebaik saya menegur cara dia melontarkan ketidakpuasan hatinya.

Saya percaya sebagai manusia, wujud kebarangkalian dia mengenali individu kenamaan di syarikat televisyen swasta pertama di Malaysia, TV3. Namun, kes ini tidak ada sebarang hubungkait dengan TV3. 

Hemat saya, 'dahsyat' benar penampilan pengkid terbabit. Tidak hairan jika sebilangan gadis mahupun wanita mendakwa pernah dikecewakan lelaki, buta hati dan perasaan, mampu terpikat dengan keperkasaan mereka.

Semangat juang tinggi, berani dan ingin memiliki keterampilan lelaki sehingga sanggup mencabar lelaki sebenar untuk membuktikan hasrat itu.

Mujur saya tidak emosi. Jika tertumbuk dadanya pasti dia senak dan kemudian dijangka mengeluh ...

"Mana ada lelaki tumbuk dada perempuan!"

Oh! Perempuan rupanya!

Mari kita lihat sekali lagi stail pakaian dan penampilannya.


Lihat secara lebih teliti, apakah ciri fizikal membuktikan dia perempuan? Mungkin hanya suara. Itu pun cuba diubah menjadi sedikit kasar.

37 ulasan:

  1. perempuan ka tu? adoyaii.. huhuh malu sy sebagai perempuan.. huhuhu pakai mcm jate.. ketat gila.. lemak pun macam jate.. huhuh ampunn lah pagi2 dah ngutuk orang.. harap2 'cik' tu sedar diri.. huhuh pms kot.. tu tetiba angin tuh..

    BalasPadam
  2. nape la pilih jalan yg camni..elok2 jadi pompuan nak jadi laki..dulu pernah serumah ngan pengkid..tapi kejap jer la..xsanggup..sedih tgk kaum sendiri jadi camtu huhuhu..

    BalasPadam
  3. Ganasssssss....takut saya! Malu saya melihat dia!

    BalasPadam
  4. Salam Abg Mazidul...

    Ala diorang nieh nak berlagak macam lelaki.. biarkan saja.. entah - entah malu sendiri kot..

    tapi yang peliknya kenapa dia marah sangat macam abg ada 'terpijak ekor dia'...

    mungin sebab artikel abg tentang pengkid kot.. hahahaha....

    BalasPadam
  5. pengkid. mereka selalu fikir mereka seperti lelaki. sebab tu suka hati marah-marah macam tu. tapi bila tengok, perempuan-perempuan yang couple dengan pengkid ni, cantik-cantik juga. pelik kenapa pengkid yang jadi pilihan mereka.

    BalasPadam
  6. Salam en.mazidul..
    Nak tergelakla pulak baca n3 ni..
    Mengaku perempuan rupanye..kihkihkih..

    BalasPadam
  7. "Those who live by the gun, usually die by the gun."

    Maksudnya, sesiapa yang biasa bertindak kasar dengan orang lain, biasanya menemui ajal dengan cara yang kasar juga.

    Walaupun kita di pihak yang benar, tapi berhati-hati ye, En. Mazidul :) .

    BalasPadam
  8. Mr. Mazidul,
    paparan nie..satu gambaran yg nyata dlm Malaysia skrg nie. Menarik isu ni..pengalaman Mazidul blh jd pengikhtibaran..

    BalasPadam
  9. nmpk cm laki benarrr. buruk btul prngai -___-"

    BalasPadam
  10. cik Mazidul..

    masa jumpak ic dia tu apa namanye??

    BalasPadam
  11. tiada lagi orang yang dakwa..
    saya kenal penggali kubur jer..sebab saya hari hari melawat kubur orang.. huhu..

    BalasPadam
  12. Sdr Mazidul,
    masa jumpa Ic dia tulis

    warganegara
    " Islam lllalaki"

    ker?

    BalasPadam
  13. Salam,
    waaaaa dia boleh jimat gaji untuk beli make up, kasut tumit dan handbeg...

    Saya perempuan, terdidik untuk pertahankan diri bila kena ganggu je (maknanya reti juga mengganas) tapi saya selalu ucap "terima kasih" kalau orang tolong saya walaupun hanya tolong angkat tangan. Saya juga penah frus dengan lelaki tetapi...saya tetap perempuan yang suka pakai kasut tumit ;)

    setakat ni, tak pernah la pulak terfikir nak jadi lelaki...best sangat ke jadi lelaki?

    Best tak jadi lelaki?

    BalasPadam
  14. Pengkid tu tetap lah perempuan, tapi berlagak macam lelaki yang bengap!
    Tak sedar diri betullah perempuan yang hilang 'identity' nya ni....

    BalasPadam
  15. inilah yang dikatakan sesat di jalan lurus yang terang benderang dan penuh berpandu papan tanda....:)

    BalasPadam
  16. Bila da tersepit baru ngaku pompuan...klu x beriya bagaila pulakk....adehhh, tp betul..dorang ni kasor kalah jantan seh!!

    BalasPadam
  17. adoi.. knp la begitu perangainya.marah org tak tentu pasal.pelik sungguh

    BalasPadam
  18. londeh seluaq dia bru tau...arrrhhh
    nyampah aku punkit nih

    BalasPadam
  19. jangan tumbuk kat dada bro, nanti xpasal2 nnt naik court pasal die serangan seksual.. haha..

    BalasPadam
  20. Memang dia kelihatan seperti lelaki - tetapi tidak 'selelaki' Sdr! Hehehe....

    BalasPadam
  21. pengkid buncit! x sedar diri! boooooooooooo

    BalasPadam
  22. aiyo..
    tercabar ego "lelaki" dia bila bro dtg membantu.. ego lelaki + piyet, x mungkin bersatu.. tu yg hangin n emo terlebih tuh..

    BalasPadam
  23. Pernah terjadi - pengkid kena rogol - ha ha ha memang lawak betul la...
    Tapi perogol tu memang geram sangat kot...terpaksa pejamkan mata...hu hu

    Kalau dah perempuan tetap perempuan.
    Jangan berlagak lelaki...

    BalasPadam
  24. salam

    huii, dasat beno kes ni..
    kalo saya lah, mmg sy maki balik pengkid 2..tp bile die brtindak agresif, cuak saya bang..
    saya dhla kecik jer, kene debik ngan die..mati saya..ish2..harap2 xjumpe org cmni..memalukan jer
    pe kata abg mazidul siasat latar belakang dia? saya rasa kata kesat dia mencabar kredibiliti abg la..
    kwang hajaq punyer pengkid!

    BalasPadam
  25. apa lah cik pengkid nih.nak marah2 tak tentu pasal..

    BalasPadam
  26. hadijah..
    itu laa sifat wanita..
    orang MAKI dia balas,,

    sampai bila nak habis kes.maki..


    tak elok MAKI insan 3 alam..nanti jangkit baru tau...

    BalasPadam
  27. Samada gay, pengkid, lelaki gagah sasa atau perempuan tulin ayu jelita... bukan soal kot..

    Di sini adalah SIKAP.

    BalasPadam
  28. as-salam..

    Aanyss
    yang baik dariNYA

    nak berHUJAH baik boleh..
    nak BERAMAL baik itu yang seksa kekadang tersasar dalam praktikal bila terjadi secara spontan..

    BalasPadam
  29. mulia azieazah semulia bicaranya. ye SIKAP...dan cuba cermin sikap sendiri masing2(sebab kalau fizikal lebih kurang je boroinya)

    BalasPadam
  30. kalau dapat kt saya tu, lembik pengkid tu saya kerjakan..Jangan bagi muka ngan pengkid2 ni, besok sedara pompuan kita dia bawak lari..

    BalasPadam
  31. kat pondok pengawal ni,selalu bila nak kerumah adik,kena tinggal lesen memandu.tapi yg jaga org m'sia.ok laa skit.

    BalasPadam
  32. ada jugak pengkid yang asalnya seorang gadis biasa.tapi pernah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. dek kerana serik dia pun menukar penampilan diri supaya tak ada lelaki berani dekat. saya pernah kenal seorang pengkid yang mempunyai seorang anak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.