Tengahari semalam saya menerima panggilan telefon polis berpangkat Sarjan dari Mahkamah Majestrit Tawau, Sabah.
"Encik Mazidul perlu hadir sebagai saksi dalam pendakwaan kes pemerdagangan orang di Tawau," ujarnya.
Penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi juga akan bersama saya, cuma tarikhnya belum lagi dapat ditentukan setakat ini.
Barangkali sebilangan pembaca blog ini terlupa berhubung perkara berlaku, biar saya imbas kembali.
Saya masih ingat pada subuh 4 Mei 2010 sewaktu menulis tampalan ini sambil berbaring di katil hotel, saya mengalirkan airmata. Hati berdebar, jiwa tercabar. Misi kami menyelamatkan 2 pelacur warga Indonesia, manusia diperdagangkan dan anak kecil berada di tahap 'kritikal'. Pada ketika itu saya dan krew berada di dalam keadaan terkapai-kapai dalam usaha cuba mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa.
Bagaimanapun berkat kerjasama pelbagai pihak, misi terbabit berjaya kami sempurnakan, baca laporannya di sini.
Risiko tugasan kami tinggi berikutan jaringan sindiket pelacuran di Tawau dipercayai besar seperti dilaporkan Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin di sini.
Berikutan pembongkaran kes itu, 7 Mei 2010 polis Tawau telah menahan 3 suspek. Saya dan Shahnun akan hadir di mahkamah untuk membantu pendakwaan terhadap mereka.
Atas usaha terbabit kami tidak diberikan sebarang penghargaan, lagipun bukan itu objektif sebenar. Mungkin usaha terbabit dilihat tidak signifikan.
Namun, izinkan saya berterus-terang. Menurut rekod, kejadian terbabit, kes PERTAMA pembongkaran membabitkan dakwaan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 di Tawau.
Pastinya, penduduk Tawau tersenyum sinis jika membaca kenyataan di atas.
Berikutan daripada pembongkaran kes terbabit, sewaktu berada di Lahat Datu, saya dan Shahnun menerima ugutan jenayah dan dipercayai panggilan ke talian peribadi kami dibuat dari Tawau.
Lazimnya begitulah.
Bukan senang untuk melakukan kebaikan, cabarannya bertali arus.
Nota Penghargaan
Hari ini, hit counter mencatat jumlah pelawat unik lebih 2 juta. Terima kasih kepada semua sudi memberikan sokongan melayari blolg ini.
Thanks again.
Nota Penghargaan
Hari ini, hit counter mencatat jumlah pelawat unik lebih 2 juta. Terima kasih kepada semua sudi memberikan sokongan melayari blolg ini.
Thanks again.
Kami menyokong segala usaha bro menyekat sebarang kegiatan jenayah... jangan takut bro.. orang benar InsyaAllah akan dilindungiNYA. Kami akan sama-sama doakan.
BalasPadamSalam,
BalasPadamPergi ke Tawau lagi...sila hati2. Moga selamat pergi dan selamat kembali
Semoga DIA tetap melindungi Saudara dan pasukan selagi apa yang Saudara lakukan tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang. (Walaupun kadangkala undang-undang manusia dibuat untuk diingkari!) :)
BalasPadambukan senang nak menolong..
BalasPadamlepas ini jika diletak ke atas bahu mereka yang kerja sendiri kais pagi kais petang atau kerja company yg kedekut nak bagi cuti..
lepas cuti kena kerja 3 kali ganda masa cuti..semata2 nak jadi saksi..
alahai..
tahniah..teruskan usaha2 abg mazidul..smg Allah mempermudahkan setiap urusan...amin
BalasPadamBro
BalasPadamTahniah! Segala usaha murni brader Mazidul saya sokong dengan sepenuh hati. Semuga Brader beroleh kejayaan dan sentiasa dilindungi olehNya
Teruskan berbakti.
BalasPadamAllah is always by ur side...
BalasPadam