Rabu, Oktober 13, 2010

Bebelan Untie Singapura

Jam 1.26 tengahari, 7 Oktober lalu, saya dan krew 999 membuat intipan di Stesyen Bas Larkin Central, Johor Bahru, Johor.

Lihat gambar saya rakamkan.


Kenderaan serba guna di atas dijadikan 'prebet sapu', membawa penumpang warga Singapura pulang ke negara mereka selepas membeli-belah.

Manakala, lelaki berambut panjang (berbaju biru) di dalam gambar di bawah, pemandu warga Malaysia.


Krew 999 bersama 2 penguatkuasa Unit Risikan dan Siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Johor kemudian mengekori kenderaan ini.


Akhirnya kami dapati kenderaan terbabit dipandu menuju ke Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin, CIQ.


Keesokan harinya, jam 4 petang sekatan jalanraya dibuat di jalan berhampiran  CIQ. 13 minit kemudian kenderaan dipandu lelaki sama ditahan penguatkuasa JPJ.



Menurut pemandu berusia 28 tahun terbabit, setiap penumpang dikenakan tambang 12 Singapore Dollars dan pelanggan dihantar terus ke rumah.

"Kereta siapa punya?," soal saya.

"Sendiri punya," jawab anak kelahiran Kota Tinggi itu.

"Kita dah ikut dan rakam gambar awak sejak semalam lagi. Berapa dapat untung sehari bawa prebet sapu ni?," soal saya. 


"Sehari saya masuk Singapore 2 kali, sekali bawa 7 penumpang dapat 84 Singapore Dollar (RM170)," jelasnya.

Maksudnya, dalam tempoh sehari, dia meraih pendapatan lebih RM340.

Sedang saya menemubual pemandu terbabit, 6 penumpang wanita berusia di antara 50 dan 67 tahun keluar dari kenderaan dinaiki dan mula membebel.

"Kita orang pergi urut kaki sahaja di Larkin Central. Sekarang ini, macam mana kami nak balik? Anak dia nak sekolah, anak dia pula accident. Apa hak awak nak pegang passport kita orang semua?," soal mereka kepada penguatkuasa JPJ.

"Untie dia orang semua penguatkuasa JPJ, passport akan dikembalikan, biarlah dia orang buat kerja dahulu. Kalau saya pergi Singapore, saya patuhi undang-undang. Makan chewing gum dilarang, saya tak makan. Di Malaysia pun samalah. Untie semua naik kenderaan tidak ada permit mengangkut penumpang, prebet sapu, itu salah. Kalau berlaku kemalangan maut, insurance tak cover, jadi semua mati katak," celah saya.

Sebilangan mula duduk di pembahagi jalan sambil merungut, tanda bantahan walaupun mereka diminta duduk selesa di dalam kenderaan berpenghawa dingin.

Seorang daripada mereka menghampiri saya.

"Kita orang panas ni," rungutnya.

"Samalah, saya pun panas juga, tengok baju basah ni, berpeluh. Untie pergilah duduk di dalam kereta, sejuk. Buat apa berdiri di luar?," soal saya.


"Habis, siapa nak hantar kita orang semua?," tanya mereka lagi.

"Tanya driver yang bawa tu," jawab saya ringkas.

Majoriti mereka membebel tanpa henti biarpun baharu berada di lokasi terbabit kurang 15 minit.

"Kejap lagi kami akan hantar ke stesyen teksi atau bas terdekat, semua boleh balik," celah pegawai JPJ bertugas.

"Kalau naik teksi dari sini, driver tak boleh hantar ke rumah, sampai di Queen Street atau Beach Street sahaja, kemudian kena naik bas atau teksi lain," komplen lelaki warga Singapura menaiki kenderaan sama.

Wow! Semua ingin memilih jalan mudah biarpun melanggar undang-undang di Malaysia, bisik hati saya.

"Kami dah 15 tahun, gunakan kenderaan macam ini," ujar isterinya.

"Tak apalah, hari ini kami berhentikan," ujar saya.

Pemandu kenderaan ke dua ditahan berusia 24 tahun dan mendakwa dibayar majikan mengikut gaji bulan. Setiap perjalanan ke Singapura, dia dibayar RM40.

Kedua pemandu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, jika sabit kesalahan kenderaan milik mereka boleh disita.

Jangan lupa menyaksikan laporan lengkap berhubung kes ini di 999, jam 9 malam, Khamis, 14 Oktober.

8 ulasan:

  1. nasib baik sy bukan kamu..
    kalo tak dah lame org2 singapore ni kene lemmpang laju2...
    -_-''

    BalasPadam
  2. hmmm...sampai x tau nak komen apa. Satu pendedahan yang jujur. Naa dok JB dulu...dah tak lrt tengok cara diorang bwk keter...they dont care about our law while kat negara diorang mcm "tikus"...

    BalasPadam
  3. pernah naik kereta sapu.. memang demanding sungguh.. amik SD12 sorang.. lepas tu pusing merata baru sampai rumah.. memang kebanyakan Singaporean yg turun ke Larkin utk beli belah gunakan khidmat kereta sapu ni.. alasan.. mudah tak payah naik turun teksi & MRT utk angkut barang yang belambak2 tu..

    BalasPadam
  4. teksi sapu ni mmg ada..tahun lepas saya anto pnumpg dr klia ke Spore..tapi taxi atau limo mmg xbole masuk anto pnumpg terus ke spore..jadi turunkn pnumpg d stesen taxi JB..ingatkan nak bagi taxi JB anto ke spore...rupanya taxi sapu jer yg bole p...taxi JB x d benar masuk anto pnumpg ke spore...taxi sapu tu sossah 60 sin dollar utk trip jam 2am tu...baru la saya tau camtu lak undang2 nya...

    BalasPadam
  5. satu benda lagi...aku cukup xsuka perangai pemandu keter dr spore bila d jalanraya d malaysia..bawa laju melebihi had yg d tetapkan...pastu bagi lampu suruh org lain ketepi sbb dia nak lalu ngan laju...negara kita patut kuatkuasakan saman serta merta sebelum keter tu kuar dr msia..kenakan saman maksima baru ada akal sikit org spore bila ada d jalanraya msia...saya mmg anti ngan pemandu spore yg merempit d highway d msia...

    BalasPadam
  6. pinggu!
    memang betul, pemandu singapura memang kurang hajar. dekat negara dia apatah lagi. asyik kena hon je memandu di singapura, ada je nak cari kesalahan kita, plat malaysia kan. sejak tu, kalau memandu kt sini nampak kereta plat singapura yang agak2 macam nak kurang hajar, memang saya tak bagi can!

    BalasPadam
  7. Ini pendedahan yg amat baik, setiap hari saya menggunakan perkhidmatan bas di Terminal Larkin, bukan sedikit kereta sapu ni ... banyak, saya perhatikan mereka ada agen bergerak disekitar kawasan bermula dari restoran RasaMas hinggalah kawasan berdepan tempat parking motor.

    Orang singapore ni, dia bukan kira, janji senang dia ... jalan. Agen-agen ni siap pastikan, setiap kereta ada destinasi masing-masing mengikut daerah di singapore. Senang nak hantar secara kelompok.

    Kalau En Mazidul ada masa ke JB, mintak singgah pula di JB Sentral, sy dah naik tak faham sistem bas awam kat JB ni. nak cakap pun susah .... pun ada Agen juga. Sy hari-hari naik bus pergi pejabat, murah sikit, parking kereta mahal dekat City Square.

    Datang JB kalau nak informasi mengenai pengangkutan awam boleh hubungi sy. Sy anak kelahiran JB. Boleh juga bagi sedikit maklumat pd En Mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.