Ahad, Oktober 03, 2010

011001 (Updated)

011001.

Itu siri nombor binari. Nombor mempunyai keistimewaan tersendiri.

Apakah signifikannya nombor terbabit?

Saya akan update tampalan ini sekaligus berkongsi bersama pembaca, selepas jam 6 petang hari ini.

Terima kasih.

Update

1 Oktober 2001.

Muhammad Azard Faez dilahirkan pada hari itu, 9 tahun lalu. Majlis Sambutan Hari Ulangtahun kelahirannya dianjurkan ibu dan bapa saudaranya berhampiran kolam renang di tingkat 5, Casa Indah 2 Condominium, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Terima kasih kepada keduanya dan semua ahli keluarga bertungkus-lumus menjayakan majlis dirancang.


Azard seperti anak kecil lain, nakal cuma dia keletah serta kuat bercakap. Hari ini dia kelihatan lebih gembira meraikan hari jadi bersama beberapa rakan karib dijemputnya. Itu impiannya sebelum ini dan kemudian direalisasikan.


Berikut beberapa gambar saat gembiranya saya rakamkan.


Bukan cuba mengasingkan gadis perempuan, barangkali sifat malu menyelinap di jiwa mereka ketika mandi bersama di kolam renang ini.


Berikut antara gambar makanan kegemarannya, drumsticks.


Majlis sama juga meraikan rakan, kenalan dan saudara mara  sempena sambutan hari raya tahun ini.


Terima kasih kepada semua sudi menghadirkan diri sekaligus memeriahkan majlis berakhir pada jam 6 petang tadi.

6 ulasan:

  1. uncle untie yang baik hati..selamat hari jadi

    BalasPadam
  2. selamat hari jadi azard...dah besar,comel sgt, sbb ikut muka mamanya.
    banyak dapat hadiah???
    semoga panjang umur dan berjaya dlm hidup...

    ikhlas dari makcik anntaj.

    BalasPadam
  3. Salam kat semua
    Abang Mazidul, muka kak Mai maintain..hihihi..

    BalasPadam
  4. Selamat Ulangtahun Kelahiran to Muhammad Azard Faez.

    Moga menjadi anak yang cemerlang dan sejahtera selamanya.

    aminnnn...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.