Sabtu, Oktober 16, 2010

Stok 'Betik' Dan 'Ais Krim' Tanpa Had DAN Ha??????????? (Updated)

Kolej swasta.

Apabila malam menjelang tiba, dilaporkan banyak pasangan bermadu asmara di ground floor terbuka bangunan berhampiran asrama.

Sebilangan mereka meratah 'betik' muda manakala sebilangan lagi menjilat  'ais krim' segar, kedua stok tanpa had.  

Kegiatan mereka pernah dicegah pihak bertanggungjawab namun kesannya tidak begitu ketara. Malah usaha mereka  ditegur pihak pengurusan kolej.

"Majoriti pelajar bangsa?," soal saya kepada pihak terbabit.

"Melayu," jawab mereka.

Tidak hairan sebelum ini, bayi ditemui mati di dalam beg di tebing sungai, dipercayai dicampak dari asrama berhampiran.

Malam ini, selepas jam 12 saya akan membuat tinjauan.

Hasilnya akan saya kongsikan di blog ini.

Update

Saya ke lokasi dimaksudkan bertemu pemberi maklumat.

"Setiap malam minggu, kumpulan motosikal RXZ berlumba di jalan di hadapan ini. Tengok di depan 7-Eleven tu, dia orang dah berkumpul," katanya.

Jam 12.30 saya menghampiri kumpulan dimaksudkan.

"Adik-adik semua, kalau terasa nak 'main' motor malam ini, saya minta tolong, jangan. Nanti saya banyak kerja nak buat. Lagi pun kita sama-sama Melayu, tak perlu saling menyusahkan antara satu sama lain. Saya minta tolong sangat kepada awak semua," ujar saya.

"Terima kasih bang," jawab mereka sekaligus.

Mujur 'permintaan' saya itu ditunaikan. Mereka kemudian beredar dari kawasan terbabit dan suasana menjadi sedikit lengang.

Mereka juga manusia seperti saya, bezanya berusia lebih muda, jiwa mereka mudah tercabar. Justeru jika diperingatkan secara baik, InsyaAllah mereka mendengar nasihat itu.

Saya pernah melakukan tindakan sama beberapa bulan lalu di Puchong, Selangor. Sewaktu itu sekumpulan Mat Rempit sedang bersedia untuk mula menunggang secara melulu dan berbahaya.

Saya memberhentikan kereta berhampiran mereka di tepi jalan pada jam 2.30 pagi dan keluar.

"Adik, saya banyak kerja lain. Kalau semua 'main' moto di sini, saya terpaksa terpacak di sini dan kerja lain tak dapat diselesaikan," kata saya kepada mereka.

Seorang demi seorang beredar dari kawasan terbabit, Alhamdulillah.

Oh! Ada perkara lain belum saya jelaskan.

Berikut dakwa pemberi maklumat kepada saya.

"Saya dengar lebih kurang 30 budak perempuan kita (Melayu) tengah mengandung di asrama ini"

Ha????

Saya berharap maklumat terbabit tidak benar.

Saya pulang ke rumah pada jam 2 pagi dan krew belum lagi berjaya merakamkan visual pasangan bercengkerama.

Next time, probably.

11 ulasan:

  1. kena cegah dgn lebih keras ni..pastu bagi kuliyyah agama kat dorang seme. Semoga insaf..

    BalasPadam
  2. astagfirullahal azim.. apa nak jadi muda-mudi zaman sekarang..

    BalasPadam
  3. Bila nafsu dah mengatasi segalanya....
    Maruah diletak ke mana-mana..

    Menyesal dahulu pendapatan...
    Satu hari bila dah tua..
    Sejarah hitam tu akan jadi bayang2...
    menghantui kita sampai mati..
    tak takut ke?

    BalasPadam
  4. haha mati2 ingat ade makanan free.. rupenyer berkias..

    BalasPadam
  5. salam mazidul,

    Dedahkan budak kolej mana yang buat kerja tak bermoral ni! Penat mak bapak dia hantar belajar... buat kerja maksiat....

    BalasPadam
  6. pihak kolej pun tido ke?? xkan la kalo kolej swasta dapat bayaran yuran bnyk pun buat pejam mata jer.. jgn bg pendidikan la kalo benda cmni pn x boleh didik..
    www.duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Salam sahabat

    Saya harap sahabat hati-hatilah bila dgn geng-geng moto ni..saya sokong perlu dedahkan kegiatan zina ni..inilah amal makruf..nahi mungkar..

    BalasPadam
  8. moga bjaya rakam visual pelajar kolej ni...da bnyak sngat sye dengar n nampak perangai budak kolej ni yg memualkan...sakit mata sye coz sye mmg bkerja berdekatan kolej tu...

    BalasPadam
  9. kebanyakan yang punya kolej swasta ni atau tenaga pengajar bukan melayu berugama islam.
    kalau ada pun mereka ini bukan ambil kisah pun,yang penting mereka dapat gaji.
    pihak2 yang berwajib pula cuma tunggu laporan,bila ditanya maka jawapan mereka senang saja"kami tidak sedar ada kejadian macam ini.
    itulah susahnya bila melantik orang2 yang tidak ada kesedaran.
    yang pelik mereka cepat pula tersedar bila tiba masa nak ambil gaji dan bila pm tak bayar bonus.

    BalasPadam
  10. saya tau asrama mana ni...
    sebuah kolej perubatan kan...

    tiada gunanya dikaitkan Melaka dengan isu ini.

    adakah gelombang kemaksiatan seluruh Malaysia ini dikambing hitamkan kepada Melaka semata mata sekolah harapannya?? itulah dakwaan manusia terbodoh di dunia.

    Sekolah Harapan fungsinya utamanya sbg usaha menghalang remaja terlanjur membuang bayi di lonkang semak dll.

    Sedangkan semua bersalah kerana membiarkan gejala maksiat... mak bapak,,. masyarakat... alim ulama..pemerintah..

    Dan jangan disalah media sahaja. Andai media takde pun maksiat tetap akan berlaku berkat kecanggihan internet,Facebook,Telefon bimbit dll..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.