Ahad, Oktober 17, 2010

Sampai Bila Boleh Dicium Dan Dipeluk?

Sebelum ini, katanya ...

"Boleh cium dan peluk tetapi hanya apabila di kalangan keluarga kita sahaja"

Maksudnya, dia tidak mengizinkan dirinya dicium dan dipeluk di hadapan orang ramai terutama rakan sekolahnya. Namanya, Muhamad Azard Faez, 9 tahun, anak kedua saya.

"Mengapa tak boleh dicium dan dipeluk di hadapan kawan?," soalan berbentuk asakan saya kemukakan.

Biarpun kurang selesa, dia hanya mendiamkan diri, kaedah bijak untuk 'menyelamatkan' diri, jika bersuara mungkin akan mengecilkan hati saya. 

Dilema sama barangkali di hadapi ramai kanak-kanak dan remaja. Semakin membesar mereka mungkin berasa semakin segan dicium dan dipeluk di khalayak ramai dek ibu dan ayah. Sebilangan khuatir diejek sekaligus dilabel rakan sebagai anak manja.

Sebelum gambar berikut dirakamkan, satu soalan saya lontarkan kepada Azard.

"Sampai bila boleh dicium dan dipeluk?"


Sekali lagi dia membisu sambil tersenyum. Perhatikan wajah tertekannya.

Ada ibu dan ayah berhadapan reaksi sama? Imbas kembali, sewaktu kita kecil, adakah perasaan kita sama sewaktu dicium dan dipeluk ayah dan ibu?

Kongsilah pandangan anda.

Manakala anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq, 12 tahun, kelihatan lebih 'beruntung'.

Ha! Ha! Ha! Penampilan aksi 'robot'  Afif di sini, kerana katanya dia tidak pandai bergaya sewaktu bergambar.

Hey! It is unfair if I don't post this picture here. Masih kecil tetapi tampak sikap malu-malu kucingnya ketika bergambar bersama pengacara 999, Hazlin Hussain namun tetap tersenyum.


Saya tidak mempunyai anak perempuan, hanya 2 'hero' dianugerahkan Allah kepada saya.

14 ulasan:

  1. cium je peluk erat2 walaupun dah nak masuk sekolah menengah. Sebab benda yang "remeh" macam tu boleh membentuk perilaku anak-anak.

    Having said that, I do wish my parents do more of that to me when I was still young

    BalasPadam
  2. Salam Mazidul..
    Sebelum ini anak lelaki saya memang sangat-sangat mengelak jika saya mahu memeluk dia, apatah lagi menciumnya...

    Tapi, sekarang, setelah masuk asrama, setiap kali bertemu dia yang terlebih dulu menghulur tangan mahu memeluk saya. Kebetulan, hari ini saya memaparkan gambar kami sedang berpelukan di entri saya.

    BalasPadam
  3. mungkin budak lelaki macam tu. tapi saya sebagai anak perempuan tak kisah peluk cium mak ayah saya depan orang ramai. dah jadi kebiasaan bagi kami 1 family.. ^_^

    BalasPadam
  4. Kepada anak-anak lelaki remaja...
    Jangan malu memeluk ibu anda...kerana memeluk ibu sebanarnya satu terapi yang sangat mujarab...merenung wajahnya saja sudah mendapat pahala.


    Tapi...malulah kalau memeluk teman wanita anda...kerana itu akan mengundang bala...

    BalasPadam
  5. Safri, dalam hal ini saya memang tidak mendengar cakap anak. However, my first son doesn't have any problem with that.

    CkLah, saya dah tengok your entry dan your anak bujang.

    Anis, anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya anak2 yg selalu dipeluk cium ibu bapa adalah sgt beruntung. Tidak ramai yg dapat merasa kasih syg & perhatian sebegitu..

    BalasPadam
  7. saya juga tiada anak perempuan, hanya 2 hero.. hehehe

    anak sulung saya x membenarkan saya memeluknya ketika menjemputnya pulang dr sekolah seawal usia 9 thn, malu katanya...

    tapi membenarkan saya mencium pipinya ketika menghantarnya ke sekolah, menurutnya kwnnya x nmpk sb belum kluar dr kereta...

    apa pun setiap kali hari sukan dia membenarkan saya mencium dan memeluknya di kalayakan ramai bila dia menang pertandingan, rasanya mungkin dia bangga kot

    BalasPadam
  8. Anak2 saya pun tidak membenarkan saya dan suami memeluk dan mencium mereka didepan kawan2 mereka. Kalau nak salam dan cium, hanya dalam kereta. Malu katanya klau kawan2 mereka nampak. Budak2 sekarang memang macam tu kot?

    BalasPadam
  9. en mazidul...kami (saya & suami) masih memeluk dan mencium anak-anak walaupun didepan org ramai.setiap pagi sebelum ke sekolah pun saya akan memeluk dan mencium kedua belah pipi dorang dan berpesan "jaga diri baik-baik"(sejak dari tadika lagi).

    anak bujang lelaki saya masa berumur macam azard pun malu-malu bila dipeluk didepan kengkawan dia (segan dicakap anak mak kot.ish2..)tapi sekarang bila dah berumur 18 tahun dan dah masuk kolej,saya nampak dia dah tak kisah walaupun dipeluk didepan kengkawan.

    apatah lagi bila tinggal berjauhan macam sekarang.bila berjumpa atau menghantar dia ke kolej,kami akan berpeluk dan saya akan measihatkan dia supaya belajar rajin-rajin dan jgn lupa solat.

    alhamdulilah...anak-anak yg selalu dipeluk kurang memberi masalah disiplin ketika pembesaran dorang.cubalah!

    BalasPadam
  10. setakat ini saya masih memeluk dan mencium anak bujang bungsu saya yang berusia 18 tahun. saya pernah menciumnya di muka pintu sebelum dia keluar rumah dan terdengar derai tawa dari rakan2nya yg menunggu di luar. namun sehingga kini dia masih lagi menghulurkan pipinya kepada saya setiap kali ingin keluar dari rumah.

    BalasPadam
  11. Bro

    Bestkan ada anak...kesian orang yang tak de anak. Belum ada rezeki lagi tu...

    Teringin nak bergambar dengan celebriti, seumur hidup pernah sekali je, itupun masa melepak dengan azrulhisham kat Nasi Lemak Spring hari tu.

    he he

    BalasPadam
  12. Akibat drpd pengaruh TV dan rakan sebaya.. malu bila dipeluk ibubapa. Peluk awek takper la pulak..

    Mungkin bleh try set/reset/train anak2 that TV dan rakan sebaya r mostly not 100% correct. Ajar anak2 tentang kasih sayang sebenar ~ showing that most parents wants the best n will give only the best utk anak2.

    Wa lelaki macho.. n still peluk n kiss my mom n dad dpn public.. apa nak malu? They are my mom and dad. I happy n proud if I can give everything including my life to protect them.

    BalasPadam
  13. saya berumur 22 tahun dan mempunyai seorg anak.
    saya masih mencium dan dicium serta dipeluk oleh ayah dan ibu saya walaupun di khalayak ramai. abg sulung saya yg sethn lebih tua drpd sy pun masih berbuat demikian. begitu juga dgn adik2 saya yang lain. kadang2 memang ada perasaan malu tapi sedikit bangga sbb mungkin org lain xberpeluang merasai pengalaman spt itu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.