Golden Palace.
Itu nama pusat hiburan 'terhebat' di Johor Bahru. Jam 5.40 pagi semalam saya dibawa rakan membuat 'lawatan' kurang 20 minit di premis terbabit.
Mujur tiada siapa mengenali saya kerana majoriti pekerja berbangsa Cina.
Difahamkan, pusat hiburan 3 tingkat itu mempunyai lebih 300 pelayan pelanggan, GRO warga China dan Vietnam.
Saya difahamkan, polis pernah menyerbu Golden Palace sebelum ini. Menghairankan pusat hiburan terbabit masih beroperasi mengikut kehendak pengusaha.
Sewaktu bertemu kenalan, pekerja pusat hiburan berbeza di Johor Bahru, dia berkongsi maklumat bersama saya.
"Di sini ada banyak kumpulan gengster tetapi ada 2 paling berpengaruh. Setiap pusat hiburan dijaga kumpulan tertentu, pemilik membayar wang perlindungan," ujarnya.
Berikutan pengalamannya bekerja di pusat hiburan di tengah bandaraya sebelum ini, saya ajukan soalan berikut.
"Bagaimana membezakan cina dari China berbanding cina Malaysia?," soal saya kepada rakan.
"Rakyat Malaysia ada kesan suntikan BCG di bahu kiri, GRO warga asing tak ada," jawabnya.
Semasa beredar keluar dari pusat karaoke dan disko terbabit, beberapa pekerja berkumpul di muka pintu. Ketika itu jam tangan menunjukkan pukul 5.59 minit pagi.
"Tempat ini tutup pukul berapa?," tanya saya.
"Pukul 7 pagi," jawab pekerja premis itu.
Majoriti pusat hiburan hanya beroperasi sehingga jam 1 pagi manakala sebilangan lagi ditutup pada jam 3 pagi mengikut syarat lesen perniagaan dikeluarkan Pejabat Daerah.
Jika Pejabat Daerah Johor Bahru tidak mengetahui operasi lebih masa pusat hiburan itu, saya dedahkan untuk pengetahuan kakitangan mereka.
Di Kuala Lumpur? Tidak jauh bezanya.
Beberapa pusat hiburan di Kompleks Wilayah juga dilaporkan beroperasi sehingga jam 7 pagi.
Johor Bahru dan Kuala Lumpur, keduanya berstatus bandaraya.
Bro Maz...yg nih pown kategori "kebal" jugak ke??banyak je club yg bukak lebih masa kat KL nih...bile kene rush...sekejap je dgr cakap...pastuh buat balik....
BalasPadamKalau tanya 'pihak berkuasa' kenapa jadi begitu... jawapannya??? Hmmm...
BalasPadamTuan Mazidul,
BalasPadamsbg public figure.. sy rasa majoriti mengenali tuan terutama org Melayu & Bumiputra. sy pasti di klgn org bukan Melayu pun ramai kenal.. klu nmpak mcm x kenal tu mgkin pura2 x kenal... sy cadangkan tuan amik kursus the art of disguise utk memantapkan lg pyamaran tuan.. utk keselamatan tuan jg hehehe
agaknya para pengunjung ni tak bekerja kut sampai boleh lepak hingga jam 7 pagi..
BalasPadam"Bagaimana membezakan cina dari China berbanding cina Malaysia?," soal saya kepada rakan.
BalasPadamjawapan saya, "cina dari china tak pandai cakap melayu, cina Malaysia pandai cakap melayu... hi3x"
Nak sambung sikit komen Kakcik jawapannya??? Hmmm.....HAMPEHHH!!!!
BalasPadamOrang kerja swasta berhempas-pulas bagai nak mati, pihak berkuasa...???
Untung yang derang dapat berganda2 dari saman yg derang kena bayar.
BalasPadam''Untung yang derang dapat berganda2 dari saman yg derang kena bayar.'' >>sokong Mar
BalasPadamkena saman bayar RM30K
selepas untung Rm 100k bersih
wah... untung orang JB seperti Hazrey ada Golden Palace buat gelek gerudi sampai dinihari... sampai 7 tu... keluar je dari pub bleh terus breakfast nasi lemak.
BalasPadam