Isnin, Oktober 25, 2010

Kubu Tanpa Tembakan : Lambang Kegagalan Tentera British

"Masa tu pak cik baharu lahir, tahun 1942, 3 tahun lepas itu Jepun menyerah kalah," ujar Abdullah Mantek. 

Nelayan pantai berusia 67 tahun, dilahirkan di Kampung Lepau, Pengerang, Johor terbabit saya temui di gerai menjual makanan miliknya berhampiran Jeti Tg. Pengelih.

"Saya tak pandai sangat dalam sistem baharu ni (matrik) tetapi keluasan Pengerang Battery ni saya anggarkan dalam 10 ekar. Sekarang ni cuma ada dalam 20 (struktur) masih berdiri," tambahnya.

Saya berasa amat bertuah berpeluang meninjau kubu pertahanan peninggalan Britisah, Pengerang Battery dibina sebelum Perang Dunia ke II  ketika mendapat perkhabaran kebarangkalian tentera Jepun bakal menyerang Malaya melalui Johor dari Singapura. Menurut sumber, kubu terbabit dilaporkan siapa dibina sebelum tahun 1936. 

Kos pembinaan kubu di lokasi strategik menempatkan senapang dan meriam di Bukit Pengerang itu dianggarkan 60,000 Pound Mark namun dilaporkan tidak satu tembakan dilepaskan dari lokasi terbabit kerana tentera Jepun memasuki Malaya melalui Kota Bharu, Kelantan.

Berikut beberapa gambar saya dirakamkan di lokasi sama.

 
Khabarnya, delegasi dari Johor pernah cuba membongkar sejarah Pengerang Battery tetapi pihak British enggan memberikan kerjasama.
 
Barangkali kerana kubu terbabit, legasi kegagalan tentera mereka 74 tahun lalu.

11 ulasan:

  1. Kalau tengok documentary, History/Discovery Channel, BBC, historical movie. (kat internet, kat TV jarang tunjuk, banyak citer Indon je. Astro banyak ulangan je)

    Kerajaan British mmg confident Selatan Tanah Melayu adalah kubu kuat yg amat strategic. Impossible di penetrate melalui laluan laut. Tak sangka Jepun telah mendarat di Tanah Melayu. Ya! Jupun telah mendarat di Tanah Melayu, siap naik mospeda!

    Dlm masa yg sama, Winston Churchill kaki stim alcohol x mampu berfikir dgn waras dari segi tactical. Idea aircraft carrier drpd bongkah ice x menjadi.

    Seb baik ada Hassan ~ Rambo Tanah Melayu, apek ~ informer, dan pelakon2 pembantu yg lain.

    Seperti sekarang, Allied Forces menggunakan taktik menipu n kejam ~ so called "Morale Warfare". Membunuh civilian as many as they can utk membangunkan "Military Industrial Complex" impian organisasi tertentu walaupun tidak dipersetujui/warned by Eisenhower.

    Salute kat pejuang2 yg bermati matian mempertahankan tanah air ~ Jepun, Tanah Melayu, Korea, Vietnam, Iran, Iraq, Afganistan, dll negara yg ditindas.

    Ultraman adalah ekspresi universal rakyat Jepun pembakar semangat utk menentang penjajahan/kemusnahan dari pihak luar.

    Layan video kat internet.. bukak buku teks sejarah. Baca 2 line.. zzz.. zzz..

    BalasPadam
  2. Ihiks.... sayangnya 60ribu pound... dh le zaman dulu nak dapat RM100 pun payah.

    BalasPadam
  3. malu nak cerita kegagaln sendiri la tue gamaknyer...

    BalasPadam
  4. sejarah wajib utk lulus SPM.marilah kita mendidik anak-anak mengenal jati diri.

    eh...en mazidul nampak dah kurus disitu :p

    BalasPadam
  5. Kenal sejarah kenal jasa org zaman dulu, hormati adab dan perjuangan...untuk bakal indivdu pemimpin pembgkang atau penyokong....

    *mana byk indivdu pembesar pembangkang atau penyokong kerajaan di Malaysia?..kenapa byk skit skandel yg menyalahi undang2 oleh ahli pembesar penyokong kerajaan?' ?bawa wang..,bunuhdiri ,tanah,.wanita,dll?

    BalasPadam
  6. Err.. En Mazidul jgn marah pulak ya? Takut kesilapan tatabahasa tidak diperbetulkan terus. Penggunaan perkataan baharu iaitu BAHARU (menggantikan baru) sebenarnya hanya untuk menunjukkan NEW (baharu).
    Tetapi perkataan BARU masih digunakan untuk menunjukkan situasi JUST (Baru)

    Contohnya saya baru membeli jam BAHARU.

    Contohnya lain, Saya BARU saja sampai di sini.

    Perkataan BARU untuk di depan sesuatu subjek.
    Manakala BAHARU di belakang sesuatu objek.

    Contoh, BARU sampai & Jam BAHARU.

    BalasPadam
  7. Kubu ini ada dipaparkan dalam dokumentari Garis Waktu di RTM1 setiap Isnin 12tghari. Cuma waktu yang ditayangkan tu kurang sesuai. hanya utk makcik2 yg nak pi masak tghari je kot yg boleh tengok. Memang tak bergaris waktu dokumentari ini diberi waktu mcm tu.

    Namun begitu, kami byk meneroka kawasan2 sekitar kubu pengelih ini dan mendapati ianya boleh dibangunkan cuma sekarang ini, pihak berwajib masih bertolak tarik antara mereka untuk mengetahui siapa yang wajib membangunkan kawasan ini. Jika dibangunkan, kawasan ini boleh maju sebagai pusat pelancungan dan sedikit sebanyak membangunkan kawasan sekitar Pengelih yang sunyi.

    MHG

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.