Jumaat, Oktober 22, 2010

Roti Canai 30 sen

31 tahun lalu, ketika berusia 12 tahun, jika ingin makan roti canai, saya terpaksa berbasikal sejauh 3 batu untuk ke kedai mamak di pekan terdekat, Slim Village, berhampiran Slim River di Perak.

Jalan ke pekan cowboy terbabit, sunyi, bengkang-bengkok dan berbukit. Separuh jalan, tubuh berpeluh dan kaki lenguh mengayuh basikal.

Tiba di restoran ...

"Mamak, roti canai 3," pesan saya.

Pantas mamak akan menguli roti canai, menebar dan memasaknya. Usah bayangkan peluh mungkin menitis di kuali leper.

"90 sen," ujar mamak sambil menghulurkan roti canai dibungkus.

Gembira, saya mengayuh semula basikal balik ke kampung dan berkongsi makanan bersama abah dan emak.

Jarak total perjalanan pulang balikm 6 batu dengan kos roti canai hanya 90 sen sahaja.

Kini untuk makan pizza, anak saya berusia 12 tahun hanya mengangkat telefon dan membuat pesanan.

"One regular and one large pizza"

Kurang 30 minit menunggu di rumah dalam keadaan selesa, pizza dihantar.

RM62.80 harganya.

Mudahnya kehidupan anak berusia 12 tahun sekarang.

14 ulasan:

  1. large pizza tu anaknye or apaknye yg makan?

    hehehhe. lama dah tak baca entry yg mengingatkan nostalgia ni (^_^)

    BalasPadam
  2. zaman dah berubah. gaya hidup pun berubah. Kita sendiri pun sekarang dah tak sanggup bersusah-payah apatah lagi anak-anak kita yang memang tak pernah merasa susah.

    BalasPadam
  3. salam semua
    Senangnya anak..sakitnya ayah..rabak rm62..huhuhu..tapi takpe..demi anak kan..:)

    BalasPadam
  4. zaman dh berubah.. nilai matawang juga semakin rendah.. itulah hakikatnyer.. rm50 skrg ni x smpai setengah hari dh habis.. kalau 20 tahun dulu, cukup seminggu..
    http://duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Sesuatu yang sangat berharga untuk dikenang... Masa yang berlalu tak akan berulang lagi.....

    BalasPadam
  6. Anak2 sekarang diibaratkan seperti lahir di dalam dulang ems...

    BalasPadam
  7. Haha... memang berbeza lah anak2 zaman dulu dan sekarang...

    budak2 sekolah menengah sekarang pon pergi sekolah naik moto... kalau kita dulu, basikal pon tak lepas. huhu

    BalasPadam
  8. Skang masuk toilet pun kena bayar. Kat KL 50sen. Bukan kata nak masukkan air dalam perut... nak kuaran air dari perut pun tak free lagi.

    BalasPadam
  9. ish..teringat zaman aku darjah 1 dulu..roti canai 40sen,teh tarik 60sen..ngam2 singgit...

    kalo kat kantin sekolah,air sirap gelas besar 20posen,mee goreng 30posen...duit blanje singgit,belen 50posen buat beli eskem mesia sebatang ngan tikam 20posen dua..perrgghhh...

    nostalgia bro...

    BalasPadam
  10. tu belom kira duit yg aku kumpul untuk beli dvr cerita baru...hahaha...tragis2...

    BalasPadam
  11. masa kecik2 dpt makan roti canai pun dah rasa mewah..kalau arwah bapak belanja senyum sampai tinger.. kalau abg buat lg best..mkn tanpa had..~eh kena catu gak, adik beradik ramai...

    BalasPadam
  12. salam bro,
    ejaan 'roti' kat tajuk entry salah lah bro..hehe

    BalasPadam
  13. Samalah dengan anak kakcik yang berusia 13 tahun. Jumaat dan Sabtu lepas dia ditinggalkan bersendirian bersama sedikit wang untuk mudah membeli makanan. Rupanya, dia juga menempah pizza melalui panggilan telefon. Hmmm... di usia kakcik 13 tahun dulu, dapat RM2 untuk belanja sekolah sudah terasa mewah...

    BalasPadam
  14. Hmm..cuba buat panggilan dan pesanan kepada kenny rogers roasters melalui talian 1300-888-878. Adakah perkhidmatan operator diaorg bagus?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.