Minggu lalu saya dipanggil berbincang bersama Pengurus Besar Primeworks Studios, TV3, Ahmad Kamaludin Zaba'ai dan krew penerbitan TV9.
"You will be hosting 'Hujah', siaran 20 Oktober," ujar beliau.
Memang benar saya berpengalaman mengacarakan program bual bicara sebelum ini, antaranya Bincang Petang dan Malaysia Hari Ini. Sepanjang 15 tahun bersama TV3 saya juga telah terbabit dalam ratusan lintas langsung samada dirancang ataupun tidak.
Sebilangan bertanya, bagaimana saya mampu bercakap secara spontan tanpa skrip? Itu anugerah Allah, sukar saya menjelaskannya. Melalui pengalaman, letakkan saya di pentas, sebaik siaran langsung bermula, ide datang mencurah-curah dan saya berasa amat selesa berkongsi maklumat bersama penonton.
Ide hadir dikutip dari pengalaman lampau, hasil bertahun bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, tua muda, miskin dan kaya, berpangkat atau tidak. Saya gemar mendengar pandangan orang lain biarpun tidak semua saya terima.
Formula saya, in order a to be a good speaker, you have to be a good listener dan seperkara lagi, in order to be dominant, you have to be different.
Episod program Hujah terdahulu, majoriti membincangkan perkembangan politik tanahair diacarakan profesor universiti tempatan. Bermula, 20 Oktober, program terbabit akan berubah format dan kandungannya. Isu dibincangkan bakal lebih menyeluruh dan bersesuaian dengan tajuknya, membenarkan 2 pihak berhujah berhubung isu dipilih. Hujah disiarkan selama 30 minit secara langsung pada hari Rabu, jam 10.30 malam di TV9 dan diharap mampu menarik minat penonton berusia bawah 35 tahun.
Semoga program seperti itu akan terus mematangkan pemikiran dan tindakan saya di persada penyiaran ini.
Doakan saya berjaya melaksanakan tanggungjawab diberikan.
Semoga program ini akan mencapai sasarannya dan saudara dapat memberikan sesutu yang baru dan lebih segar. InsyaAllah.
BalasPadamTahniah Bro Mazidul!!
BalasPadamAnda sememangnya layak untuk mengacarakan program tersebut.
Good Luck & All The Best!!!!
Orang bagi kerja kat kita maknanya orang percaya kita!!
BalasPadamSemoga berjaya menggalaskan amanah baru!!!
adeh.. cemana leh pi baca tajuk entry hujan.. 2 kali baca baru tau hujah.. huhuu...
BalasPadamwe put our faith on u bro
BalasPadamal the best bro
BalasPadamAll the best, Bro...!1 apa pun kami tetap menyokong dari belakang dengan menonton rancangan Hujah...
BalasPadamAlhamdulillah atas anugerah Allah itu ..moga ia dpt dimanafaat bersama ribuan penonton lain...good luck!
BalasPadamTahniah.
BalasPadamBagi insan yang berbakat dan dianugerahkan pula daya pemikiran yang tajam tentu tidak mensiakan peluang yang ada.
Cekap bercakap, (saya yakin konsep dan garispanduan program diberi juga), tentu pengalaman dan keyakinan banyak sekali membantu.
Saya teringin nak belajar (sebab pernah 3,4 kali jadi bidan terjun mengacara majlis, tanpa skrip tapi boleh lahhh...)
tahniah semoga
BalasPadammereka yang dijemput dan pendengar boleh berAMAL dan berilmu..sekaligis..
dengar dan amal..
Askm
BalasPadamTahniah bro, kerana diberi kepercayaan mengacara rancangan ILMIYAH. Negara kita kekurangan rancangan sebegini. Ini disebabkan kekakangan politik yang bimbang pemerintah kurang pengaruh.
Saya harap rancangan ini tidak menjadi alat kerajaan untuk menutup kelemahan mereka dan membuka pekung orang lain. Biar ada check and balace.
Bro
BalasPadamTahniah dan Selamat Majujaya
Semoga mencapai matlamat yang di cita-citakan.
:)
Salam semua
BalasPadamSemoga berjaya dan terus berjaya Abang Maz
Selagi ada nyawa....selagi boleh bernafas....selagi itu ada rezeki Allah s.w.t bagi untuk hambanya.
BalasPadamSyukur alhamdulillah.
salam
BalasPadamAbg mazidul, Tahniaah di ucapkan..saya pun memasang angan2 utk mnjadi spt abg..
Sy sgt mminati bdg pengacaraan, dan ingin mnjadi newscaster suatu hari nanti. Buat masa ini, saya mengumpul seberapa banyak pengalaman, manalah tahu nanti dilamar stesen TV yang berkenan:) Buat pengetahuan, saya baru ditemuduga sbg newscaster di sebuah stesen TV..Mudah2an berjaya. Nanti, boleh la kita bersua muka..mana tahu saya pula akan menjadi intermediator dan panel pula adalah abg mazidul. Ewah!!
salam..en. mazidul..saya salah seorg warga tg. malim..kalau boleh nak mintak mazidul siasat pekerja2 asing yang terlalu ramai tinggal di Damiana Apartmen, Proton City, Tg. Malim.samada mereka ni PATI atau tidak.coz jumlah nyer terlalu ramai n keaadaan ni boleh dedahkan penduduk tempatan di kawasan apartmen dalam bahaya...
BalasPadam