Ahad, Oktober 03, 2010

'Pengawal Keselamatan' Diberkas Polis

Jam 12.26 malam tadi 2 pengawal keselamatan warga asing diberkas 2 anggota polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Mereka bertugas mengawal apartment tempat tinggal saya.

Jam 3.15 pagi hari sebelumnya, sewaktu pulang ke rumah saya berhenti di pos pengawal.

"Where are you from?," soal saya kepada pengawal keselamatan muda.

Dia hanya membisu.

"Awak orang mana?," soal saya lagi.

Dia tetap membisu. Ketika itu saya dihampiri rakan setugasnya kelihatan lebih berusia.

"We are from India," jawabnya.

"Tell your boss, you cannot work as a security guard," ujar saya ringkas.

Dia menganggukkan kepala tanda faham.

Untuk rekod, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal SAHAJA  dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Selain itu, mereka menyalahgunakan permit sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/1963.

Petang semalam saya menghubungi pengurus syarikat pengawal keselamatan terbabit. Dia berjanji akan menggantikan pengawal warga asing itu setelah saya menjelaskan tindakannya menugaskan warga asing sebagai pengawal keselamatan menyalahi undang-undang.

Namun, berikutan kedegilannya, saya terpaksa menghubungi pihak polis.

Sewaktu ditanya anggota polis bertugas, mereka mengaku berasal dari Sri Langka dan Pakistan. Berikut gambar saya rakamkan ketika tangkapan dilakukan.


Sewaktu dibawa ke kereta peronda lelaki Pakistan ini tidak melawan dan mengikut arahan.


Manakala seorang lagi anggota polis bertugas terpaksa menunggu lelaki ini memakai kasut. Maksudnya ketika 'bertugas' di pos pengawal, dia hanya berkaki ayam.


Saya rakamkan nama syarikat menggajikan mereka sebelum kedua 'pengawal keselamatan' terbabit dibawa ke Balai Polis Kota Damansara.


Jam 3 pagi pengawal keselamatan warga tempatan dihantar mengawal aliran keluar masuk penduduk dan pelawat ke apartment.


Pengawal keselamatan bekerja secara tidak sah di hadapan mata, usah dipandang remeh. Mereka tidak berhak menyimpan lesen memandu mahupun kad pengenalan pelawat. Namun kerana berselindung di sebalik pakaian seragam, ramai keliru dan menurut sahaja arahan mereka lalu menyerahkan dokumen pengenalan diri.

Sedangkan mereka pekerja haram.

Kepada pembaca, jika terserempak pengawal keselamatan warga asing selain daripada mereka dibenarkan bertugas di negara kita, hubungi polis untuk memberkas mereka. Mereka ditahan kemudian akan disiasat penguatkuasa Jabatan Imigresen.

Ramai melontarkan ketidakpuasan hati berhubung lambakan warga asing di Malaysia. Sebahagian mereka memperbodohkan kita secara mudah. Justeru, mari bersama kita tunjukkan, rakyat negara ini berkemampuan membantu mengurangkan bilangan mereka.

Jika tempat tinggal anda mempunyai pos pengawal keselamatan, cuba risik identiti mereka dan laksanakan tanggungjawab anda.

9 ulasan:

  1. terima kasih kerana memberikan maklumat ini

    BalasPadam
  2. Good job bro..

    Agak2, kat maintainance sector ~ warga2 asing nie ada attend kelas kemahiran idup tingkatan 4/proper training/course x?

    Ada yg jenis tarik wire, janji on bleh nyala.

    BalasPadam
  3. terima kasih ...atas pendedahan anda..cuma yang jadi kemuskilan..
    apakah polis akan mengambil tindakan yang serupa jika yang melapornya orang2 awam seperti saya.
    polis bertindak pantas mungkin yang melapor adalah saudara MAZIDUL,orang TV dan pemberita yang dikenali ramai.
    bagi saya dan orang awam lain adakah sepantas itu tindakan mereka?
    sebenarnya pihak berkuasa seperti polis atau imgeresen tidak perlu laporan dari orang awam,mereka sendiri lebih tahu kehadiran warga asing yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kediaman,kilang,pasaraya atau di sekolah2 diseluruh negara.
    tugas pengawal keselamatan bukan ditempat tersembunyi atau tersorok.
    ada kisah atau benda yang menutup penglihatan mereka,maaf jika ada pihak yang rasa tidak senang atas apa yang ditulis.
    fikir2lah secara rasional maksudnya.
    pendatang dari indonesia lagi ramai jadi pengawal,menyamar sebagai penduduk dari sabah dan serawak,sampai ada yang dibekalkan lesen senjata api.
    ini berlaku baru2 ini di PANDAN PERDANA seperti yang dilaporkan didalam surat khabar.
    orang ramai bukan tidak tahu dan tidak mahu melapor,cuma kadangkala kita yang melapor sudah jadi orang yang bersalah pula.
    satu lagi....dalam melapor benda2 macam ini,ibarat menggali perigi.
    penat2 kita gali..ada pihak yang senang dapat minum air.
    banyak yang bolih kita pertikai dalam kes penguatkuasaan undang2 dan peraturan di negara kita.
    sekarang kerajaan telah menarik balik kebenaran mengambil warga nepal sebagai pengawal.
    yang akan mengambil alih tugas mereka nanti adalah warga indonesia,bangla,india dah tentulah..sebab payah nak bezakan warna kulit.
    ini belum diambil kira warga vietnam dan mynmar.
    terjadinya perkara begini disebabkan mata dan pengetahuan serta kesedaran pihak penguatkuasa kita yang amat mudah kelabukan pandangan mereka.
    "ini pandangan pengawal tua,bukan VIP.

    BalasPadam
  4. Betul lah. Ada kala, pengawal keselamatan yang muka bukan tempatan langsung, selalu berlagak macam ada power. Pandang orang awam semacam seolah kita buat salah.

    Nanti dia, kalu dia pandang saya lagi, saya sergah dia macam BRO buat tu. Pastu bleh la saya report polis gak.

    BalasPadam
  5. Saudara MAS,

    di ampang banyak syarikat kawalan keselamatan yang mengawal apartmen dan kawasan perumahan berpagar menggajikan BUKAN WARGA NEPAL...antaranya
    1. DE CASA CONDO - Jalan Wawasan 1/10 Bandar Baru Ampang
    2. Kawasan Perumahan Jalan Wawasan 3/2 Bandar Baru Ampang...

    sudahlah tidak layak bekerja, hanya sekadar duduk di pos pengawal...tanpa sebarang tugas dijalankan...kenderaan tanpa pas / pelekat keselamatan dibenarkan masuk keluar sesuka hati, hanya angkat tangan...palang akan diangkat untuk masuk-keluar...

    Jika tidak keberatan, saudara boleh turun ke ampang untuk lihat keadaan sebenar...

    semoga allah balas JASA baik Saudara mencegah dan membanteras jenayah dalam masyarakat...

    BalasPadam
  6. Hisham, aduan tidak ada kena mengena dengan nama dan identiti pengadu.

    Aduan kepada polis WAJIB diterima siapa sekalipun pun sipengadu. Usah bersikap persemistik, usaha ini harus dilakukan bersama.

    Rakyat Malaysia mempunyai suara dan hak sama.

    BalasPadam
  7. Last night 11.30pm, I went to the last 'open last' for the day - the security guard was sleeping & the guard post was in a very deplorable state.
    What does it shows?

    BalasPadam
  8. salam...
    kalau indon ada PR bole ke jadi pak guard?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.