Selasa, Oktober 19, 2010

Blogger 'Liat' Mengemaskini Entry

Kita tidak perlu menyertai parti politik untuk melontarkan pendirian berhubung soal politik negara.

Terkini, media baharu, antaranya Blog, Facebook, Twitter dan laman sesawang digunakan secara intensif sebagai platform berkongsi maklumat politik di kalangan orang muda (21-35 tahun).

Kekangan tetap ada. Media terbabit tidak begitu interaktif, lebih bersifat komunikasi sehala. Lihat sahaja berapa ramai blogger 'liat' mengemaskini entry mereka barangkali kerana kekurangan masa atau ketiadaan ide.

Apakah lagi kekurangan media baharu berbanding berpeluang melontarkan pandangan berhubung soal  politik secara langsung di dalam mesyuarat atau perhimpunan parti?

Beberapa pandangan bernas anda akan dilontarkan kepada tetamu dalam program secara langsung, bakal saya acarakan buat pertama kali, esok, Rabu, jam 10.30 malam di TV9.

7 ulasan:

  1. Rasanya topik bro kali ada kaitan kot dengan topik ni: Dunia Blogging Akan Mengalami Kejatuhan?

    Btw, ramai yang cakap masa yang terhad dan terlampau busy menyebabkan mereka tidak sempat mengemaskini entri terbaru... Bro boleh baca kat blog aku, ada pelbagai blogger bagi pendapat mengenai topik ni...

    BalasPadam
  2. apa topik bakal di bincangkan?

    BalasPadam
  3. InsyaAllah, kami sekeluarga akan menontonnya - Tetapi 1/2 jam waktu siarannya berkongsi pula dgn tayangan iklan...? Mana cukup... paling kurang 45 min-60 min barulah 'sampai'.

    Berkaitan dengan tajuk sulong 'Politik dan orang muda' yg akan dihujahkan dgn kata kunci penggunaan medium media baharu, saya terfikir beberapa kekurangannya :-
    (1) Medium facebook, blog & sebagainya adalah tidak rasmi (betulkan saya jika tersilap fakta) makanya, sebernas manapun lontaran idea, kadangkala ianya bagaikan anjing menyalak bukit sahaja... Tidak diendahkan oleh pihak yg berkaitan. Namun, bagi yg sering menjolok sarang tebuan, maka pahitlah habuannya. Yg maklum, maka teringatlah penama2 blogger yg sedang di dalam kes.

    (2) Kebarangkalian utk sukar mengawal emosi peratusannya adalah tinggi buat org2 muda - Maka cakap2 politik mereka yg disangkakan betul oleh diri mereka tetapi dibidas/disangkal oleh pembaca yg lain mengundang perdebatan yg kadangkala mencetuskan ketidakharmonian di dalam sesuatu hubungan.

    Natijahnya :-
    (1) Seiring dgn zaman millenium di mana dunia mengamalkan dasar langit terbuka, berfikiran terbuka, yakin diri & berani bercakap serta bertindak, maka medium media baharu yg menjadi kegilaan muda-mudi untuk menukilkan apa yg difikirkan & pengisian isu2 politik drp kacamata mereka dirasakan amat berguna utk diperhalusi & diambil endah oleh pihak yg berkaitan.

    (2) Idea kecil ttp relevan dgn keperluan politik semasa bagaikan 'sebutir permata di dalam lumpur' - Gilaplah ia.

    (3) Cakap2 mahupun penulisan politik yg berasas adalah tdk salah jika diselaraskan dgn acuan yg sedia ada di landasan politik agar seiring & senada.

    En Mazidul, saya cadangkan Hujah bersiaran 45-60 minit. Jika tidak pun, biarlah solid 30 minit tanpa iklan. Tak mungkin ye...? Jika kebiasaan Pengantara berkata "kita berehat sebentar" yg membawa maksud kru/team benar2 perlu berehat beberapa minit, maka saya sarankan iklan yg disiarkan biarlah yg bermanfaat & memberi kesedaran kpd penonton spt : Iklan jangan buang bayi, Galakkan membaca di tempat awam, Patuhi undang2 jalan raya & lain2 iklan yg 'berisi'. Biar bersesuaian dgn program Hujah yg bercorak ilmiah-buka minda-mendidik

    Rasanya, apa yang tidak biasa, InsyaAllah jadi luarbiasa...

    BalasPadam
  4. bila bercerita tentang politik,ia tidak akan habis..believe me..either nak mempertahankan sesuatu atau nak membangkang sesuatu,ia pasti berlaku...

    tetapi bila nak ber blog tentang sesuatu yang natural,tiada kaitan dgn politik,akan sentiasa buntu...aku pon ade 2-3 blog,susah beb nak maintain yang bukan politik tuh..asyik kering je idea..

    pasal masa??if u dont have time,why should u open a blog at the first place??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.