Jumaat, Oktober 29, 2010

Melancong 20 Hari Dengan Kos RM7.40!

Salam kepada semua pembaca.

Majoriti pembaca setia blog ini pasti tahu, saya baru sahaja pulang daripada menjalankan tugasan di Pengerang, Johor.

Sewaktu berada 3 hari di sana, secara tidak sengaja saya memperoleh maklumat berguna untuk dikongsikan bersama semua dan juga pihak berkuasa.

Berikut kisahnya.

Dimaklumkan, setiap hari purata 100 warga asing dari Indonesia berkunjung ke Johor sebagai 'pelancong' dan mereka memasuki negara ini secara sah melalui Jeti Pengelih. Kesemua mereka memiliki passport dan visa pelancong atau dikenali sebagai pas lawatan sosial. Pas lawatan sosial tidak membenarkan warga asing bekerja di negara ini.

"Baru baru ini Jabatan Imigresen tahan dia orang tu, sebab itu kebelakangan ni 'senyap' sikit. Dua minggu sebelum kejadian, mak cik tengok setiap malam mesti ada satu bas dan 4 van mengangkut dia orang keluar dari jeti. Peliknya, bot tiba malam dan kenderaan bergerak apabila hari gelap, selepas pukul 7 malam," ujar peniaga berusia 52 tahun saya temui.

"Malam semalam ramai masuk, rasanya malam ini pun sama," celah anak remaja lelakinya.

Benar jangkaan itu.

Jam 7 malam, 25 Oktober lalu, saya mengekori 2 van membawa 'pelancong' dari negara jiran. Jika anda menyaksikan rakaman 999 disiarkan malam tadi, pasti semua tahu, majoriti warga Indonesia ditemubual krew saya, jelas menyatakan, mereka datang untuk bekerja dan sudah mempunyai majikan.

"Berapa bawa duit datang melancong 20 hari?," soal saya kepada warga asing berusia 24 tahun.

"Dua puluh ribu Rupiah," jawabnya.

RM7.40 sen nilainya dalam matawang kita.

Wow! Melancong 20 hari dengan kos RM7.40, hairan?

"Kekadang, dia orang datang sini, langsung tak bawa duit pun ada sebab memang dia orang nak bekerja," ujar anggota polis saya temui.

Difahamkan, mereka membayar RM1,600 setiap seorang kepada ejen untuk menguruskan kemasukan ke Malaysia. 

Jelas, mereka bukan pelancong.

Malangnya apabila saya menghubungi Pengarah Jabatan Imigresen Johor pada malam sama, beliau mengatakan, offence is not being comitted yet. Maksudnya 'pelancong' terbabit tidak boleh ditahan kerana mereka bukan sedang bekerja sekaligus, secara fizikal  tidak menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Betul, persoalannya, tidakkah wajar jika status mereka didisiasat berdasarkan rakaman pengakuan dibuat? 

Analoginya begini.

"Malam ni aku nak pergi pecah rumah Hamid, " kata Jijan kepada Halim.

Rakan Halim, Sulaiman terdengar kenyataan itu kemudian bertanya kepada Halim.

"Mengapa tak siasat dan pantau pergerakan Jijan? Manalah tahu dia betul nak pecah rumah Hamid malam ni?"

"Jenayah belum berlaku," balas Halim.

Jika benar dakwaan peniaga saya temui, dicongak, dalam tempoh sebulan, purata 3,000 pekerja haram membolosi sempadan negara kita secara sah.

19 ulasan:

  1. tak kan dah berlaku baru nak bertindak.

    "cegah lebih baik daripada mengubat"

    BalasPadam
  2. Salam MAS...

    Mereka masuk dengan membawa RM7.40 - bila keluar berapa yang mereka bawa? Sumber wang yang di bawa keluar itu pun tak diperlu ditanya kerana kita tak nampak cara mereka mendapatkannya, kan? (Eh! patutnya, tak nampaklah kena tanya... macam mana, ek?)

    BalasPadam
  3. Dahulu saya terlalu mual dengan anda, Sekarang saya terlalu sayang dengan kehadiran anda Mazidul.

    Terima Kasih dan teruskand engan ulasan-ulasan anda yang agak membantu memanaskan kerusi-kerusi mereka yang terlalu lama di buai dengan wang ringgit.

    BalasPadam
  4. Pihak berkuasa, ahli politik yang bijak pandai cubalah buat sesuatu...Jangan sampai "barah" terus merebak samapi tak boleh diubati..!!!

    BalasPadam
  5. Kita aje yang benci pencerobohan pendatang haram tanpa izin (mereka cuma berizin datang sebagai pelancong bila datang tak sebagai pelancong saya anggap HARAM) tetapi sesetengah daripada orang kita seperti pelacur yang memakai baju Imigresen serta rakan-rakan yang sewaktu dengannya seronok.

    Kita kena tiru negara CHINA rasuah boleh ditembak di depan umum bila sabit kesalahan.

    Ada ka sesiapa yang sanggup rasuah jika begitu?

    Kita perlu follow Taiwan, sesiapa nak pergi kena ada tiket balik dulu. Mesti ada akaun bank yang secukupnya, duit yang ada seekian had sebelum boleh melancong. Takde la orang jadi pelacor=pelancong.

    Dah takde akal ke orang kita nak gubal undang-undang begini? Ke saja tak nak gubal?

    BalasPadam
  6. Fakta menarik :) Lagi dia orang nak 'Sweeping Malaysian' lagi ramai penduduk dia orang yang tersapu ke Malaysia ..hmmmm

    BalasPadam
  7. biasa la tu.. kalo ada yg mati kena bunuh, rompak, ragut kang baru kelam kabut.. selagi x jd memang dorg wt pekak jer..
    http://duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Offence is not being comited yet??
    Bagus betul jawapan, nak tunggu buat salah dulu baru nak tangkap.Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.
    Atau nak tunggu laporan dibuat atau pihak media buat liputan baru nak tunjuk buat kerja???

    BalasPadam
  9. Tunggulah dulu sampai ada yang mati baru leh ambik tindakan... kan selama ni mmg macam ni kan? kan? kan? kan?

    BalasPadam
  10. saya menonton 999 semalam.dan saya tersentuh dgn pemuda yg hanya ada $7.40 sen sahaja datang ke sini(untung sabut timbul,untung batu tenggelam) tak tahu dimana lagi tempat utk bekerja dan bermalam.HANYA ada $7.40 sen SAHAJA.

    bersyukur lah wahai anak-anak ku kerana malaysia bumi bertuah sehingga ramai yang datang utk mencari rezeki.

    hal yg lain saya tak mahu sentuh kerana en mazidul lebih tahu.

    BalasPadam
  11. Semua ini sebab pihak berkuasa tidak berlaku tegas. Dan mereka juga mungkin dapat rasuah dari pihak tertentu.

    BalasPadam
  12. salam...senang cakap malaysia ni lubuk rasuah...buat apa bising2 kantungku sentiasa penuh...lantak kau org lah...janji periuk nasiku tak diusik....

    BalasPadam
  13. Pagar rumah kita dah tak berapa kuat, sbb tu senang dibolosi...

    BalasPadam
  14. ikutla cara Taiwan tu...
    takkan takle gubal akta...
    ke ada kepentingan gak..
    diorg dah siap bakar jalur gemilang...
    kita masih bersabar...
    diorg ditimpa bencana, kita tlg..
    diorg dihukum dinegara kita akibat buat kesalahan, diorg demo..

    BalasPadam
  15. Org atas dgn caranya sendiri.masyuk kantong terlepas, org bawah pun ikut tauladan, tunggu rumah mereka kena rompak,atau anak kena culik tak?..bila tada wang jenayah merebak..bukan negara mereka pun.

    BalasPadam
  16. bodoh punya org tu semua tahu amik gaji goyang kaki ja...

    silap2 org tu mmg dah tahu plan diorg tu.. dapat komisen gamaknya!

    meluat betul cara imigresen malaysia

    BalasPadam
  17. please laa...aku nak bgtau sikit...bukan imigresen yang salah..jgn salah faham ngan imigresen...imigresen cuma melaksanakan arahan..dalam akta imigresen 1959/63 seksyen 8(3) memang ada orang2 yang macam ni kita boleh halau..alih2 ada pekeliling dari pihak atasan yang tak benarkan imigresen tanya tentang duit mereka, sekaligus akan melanggar arahan..bukan imigresen rasuah...tapi pekeliling ini yang mengikat imigresen.. cilanat PTD...

    BalasPadam
  18. please laa...aku nak bgtau sikit...bukan imigresen yang salah..jgn salah faham ngan imigresen...imigresen cuma melaksanakan arahan..dalam akta imigresen 1959/63 seksyen 8(3) memang ada orang2 yang macam ni kita boleh halau..alih2 ada pekeliling dari pihak atasan yang tak benarkan imigresen tanya tentang duit mereka, sekaligus akan melanggar arahan..bukan imigresen rasuah...tapi pekeliling ini yang mengikat imigresen.. cilanat PTD...

    BalasPadam
  19. Bagaimana pula jika ada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan....adakah tindakan hanya akan diambil setelah kerajaan tumbang?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.