Selasa, Oktober 12, 2010

OKT Takut Naik Bas Delima

Laporan akhbar mencatatkan kondisi jalan di lokasi kemalangan bas Ekspres Delima mengorbankan 12 nyawa, baik.

Bas dan tayar, baharu.

Pemandu terbabit tidak mempunyai saman tertunggak.

Berikut perbualan telefon di antara saya dan penumpang bas Ekspres Delima, berkebetulan dia Orang Kena Tahan, OKT dipercayai terbabit sebagai penonton sabung ayam kini ditahan di balai polis di Melaka. 

"Bas syarikat Delima memang dipandu laju. Saya selalu berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur sebelum ini. Kalau waktu siang, boleh sampai dalam masa 2 jam, malam 1 jam 30. Kelajuan di antara 110 dan 120 kilometer sejam," kata penumpang.

Untuk rekod, kelajuan maksimum bas di lebuhraya, 90 kilometer sejam.

"Kalau awak naik bas syarikat lain, berapa lama?," soal saya.

"2 jam 30 minit, kelajuan di antara 90 dan 100 kilometer sejam," jawabnya.

"Takut tak kalau laju sangat?," tanya saya lagi.

"Kalau takut, saya tidur," ujarnya.

Saya difahamkan, pemandu bas turut terkorban dalam kemalangan sama, berbangsa India, berusia 52 tahun.

11 ulasan:

  1. Memang banyak bas ekspres yang dipandu melebihi had yang dibenarkan di lebuhraya. Kadang2 dapat dirasakan, kereta yang kita naiki bergoyang terkena 'libasan angin' bas yang dipandu laju itu! :(

    BalasPadam
  2. Bro,

    Saya ada dua pengalaman membabitkan bas ekspress ni.. ada saya catatkan di blog saya.. jemput ziarah.

    Sebagaimana OKT berkenaan, secara umumnya mengikut pengamatan saya, bas ekspress amat jarang dipandu 90 km/j..

    BalasPadam
  3. ada sesiapa yg memandu stemroll elok sesekali masuk lorong laju semasa bas berada di belakang anda..

    BalasPadam
  4. agaknya mmg polisi syarikat ni.. supaya sampai cepat ke destinasi

    BalasPadam
  5. tak mustahil klu ade driver bas yg kejar trip... lagi banyak trip maka lagi banyak elaun diorg dapat... sbb tu la bawak laju...

    BalasPadam
  6. betul tu abg mazidul, fira dah 2 kali drive di highway kl seremban dan memandu di lorong kiri sekali dan pernah di lorong tengah, pemandu bas yg tak sabar2 akan bagi lampu suruh kita laju...kalau dia dah bengang, die bagi hon buat2 macam nak langgar... bas merah tu lah, mmg ingat sampai bila2.

    BalasPadam
  7. Apa fungsi sebuah kotak hitam pada bas tersebut?

    Bukankah sepatutnya kotak tersebut untuk mengawal kelajuan bas? Harap dapat membantu.


    Do you want lots of web traffic? Then you better read this!

    BalasPadam
  8. salam,

    Perkara ini telah lama berlaku. Tapi bila kemalangan baru kita nak kaji balik mana silapnya. Bila rakyat dah lupa pihak berkuasa buat tak tahu semula. Bukan kita tak tahu yang pemandu bas ini selalu membawa bas melebihi had laju yang ditetapkan terutamanya bila dilebuhraya. Lebih lebih lagi bila bas yang dipandu tersebut merupakan bas baru. TV3 juga pernah menyiarkan reaksi pemandu semasa dilebuhraya melalui rakaman dari helikopter.

    Persoalannya apa yang kita boleh lakukan? Seringkali bila dilebuhraya saya akan memberi "high beam" jika saya dapati bas yang dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Tapi perbuatan itu seperti menuang air ke daun keladi. Mereka sebenarnya telah mengetahui dimana ada "speedtrap" kerana mereka saling berhubung antara sesama mereka. Cuba saudara tanya PDRM berapa banyak saman ekor yang mereka dapat dari pemandu Bas atau Lori dilebuhraya. Saya pasti jumlahnya jika ada adalah terlalu sedikit. Kenapa? Saya biarkan persoalan ini untuk saudara leraikan.

    Pada pandangan saya undang undang yang ada di negara ini sudah mencukupi. Cuma penguatkuasaan sahaja yang masih longgar. Tidak guna kita memperketatkan itu dan ini tapi penguatkuasaan dibuat mengikut musim sahaja. Sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan raykat dan bukannya pengusaha pengusaha bas ini bertepatan dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Kenapa kerajaan perlu akur dengan kehendak pengusaha bas yang meminta kenaikan tambang tapi dalam masa yang sama gagal memastikan keselamatan penumpang mereka. Apa guna subsidi minyak yang diberikan kepada mereka jika tiada penambahbaikan dari segi mutu dan perkhidmatan. Kita boleh menunding satu jari kearah pihak lain tetapi sedarkah kita yang tiga jari lagi sedang menunding kearah kita.

    BalasPadam
  9. salam....saya cuma berkesempatan naik bas transnasional dan plusliner utk travel ke utara...sebab saya paling yakin dengan bas2 tersebut. kelajuan agak munasabah walaupun kdg2 melebihi 100km/h.

    tapi semasa memandu sendiri, saya selalu dikejar dan dipotong oleh bas2 lain yg bukan transnasional atau plusliner yang dipandu sgt laju. bayangkan pada kelajuan 140km/h saya masih dipotong oleh bas! terlalu laju. mcm terbang!

    kesimpulannya, sikap pemandu sendiri adalah faktor utama penyebab kemalangan berlaku. harap2 tidak akan berulang lagi.

    BalasPadam
  10. Salam sahabat

    Sebenarnya dah penat..bila ada xcident,kecoh satu Malaysia..barulah pakat-pakat nak check jalan,check pemandu ada saman tak,mabuk tak,amik dadah tak,ada service bas tak..dan yg paling best..laju tak???Dah bertahun-tahun rakyat dok komplen..bas xpress memang laju..kena la cari makanisme terbaik supaya bas tak leh laju melebihi 100km/h..sekurang-kurangnya,dapatlah kurangkan kematian jika terjadi jugak xcident

    BalasPadam
  11. Salam...semuanya kerana sikap pemandu..bas company mana pun,tp kalo yang bawak jenis driver F1,kecut perut dibuatnya..saya sering travel naik bas ke pantai timur..trans,adik beradik,maju ekspress jadi pilihan..pengalaman terbaru bila naik trans..pecut dr kuantan ke pekan 30 minit..pekan ke mersing 2 jam..laju tuhh..xde 2nd driver..lepas mersing air suspension meletup...baru dia gelabah then bawak perlahan..disarankan kat setiap kerusi penumpang ader no telefon pegawai dr sykt bas dan no telepon polis..kalau tn mazidul turun jb, boley tgk bas merempit kat 2nd link..start dari exit tuas sampai la ke exit senai,time: waktu malam..bas 2 tingkat biasanya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.