Emosi terganggu, mengada berlebihan dan menuntut dimanjakan berikutan perubahan hormon, antara sikap sebilangan wanita mengandung.
Barangkali individu bujang tidak mengetahui tetapi boleh cuba memahami.
Selain itu perempuan mengandung juga sering sakit kepala, muntah, dahaga, buku lali bengkak dan gusi berdarah. Bukan semua wanita, sebilangan mereka dipercayai menempuh dugaan terbabit.
Namun itu semua lumrah, bukan mudah melahirkan jasad bernyawa, anak.
Semua itu cabaran untuk wanita.
Apa pula cabaran suami ketika isteri mengandung?
Ha Ha Ha!
Petang tadi saya berborak dengan beberapa individu disahkan lelaki dan berstatus suami. Maklumlah, sekarang ini ramai kelihatan seperti lelaki tetapi belum terbukti 'kejantanan' mereka. Maksud saya, mereka tidak berminat terhadap perempuan, lelaki lebih mengghairahkan.
"Masa isteri mengandung, suami banyak cabaran. Bukan sahaja melayan setiap kerenah isteri, bersabar memenuhi segala kehendak malah ketika itu 'ruang' kita dipikat gadis atau wanita lain di luar sana terbuka luas," kata rakan.
"Maksudnya?," soal saya.
"Ketika itu kalau cuba mengurat, selalu dapat biarpun kita sekadar bergurau. Perempuan mudah terpikat," jelasnya.
Saya kurang pasti sejauhmanakah kesahihan dakwaan itu tetapi percaya sebilangan pembaca lelaki dan wanita blog ini mampu berkongsi pengalaman terdahulu.
Bukan sahaja hormon isteri berubah, 'hormon pemikat' suami juga dikatakan bertambah.
Namun pada masa sama kita tidak dapat menolak faktor penyebab lain. Sewaktu mengandung feel isteri tidak konsisten. Majoriti mereka cepat marah, hati dan jiwa mudah terhiris sekaligus membosankan suami.
Tips penting kepada suami, jika isteri mengandung, sewaktu bangun pagi, tanpa diminta atau isteri perlu merengek, cuba urut kaki dan betis mereka.
InsyaAllah, kehidupan mereka seharian akan lebih tenang dan 'terkawal'.
owh..
BalasPadammacam mana nih? :p
.: Terima kasih. jadi ilmu ni, nak guna bila dah sah nanti, he :-) :.
BalasPadam..dan urut semua kalu boleh..
BalasPadamLepas itu bgitau wanita lain, isteri mengandung..lagilah ada peluang nak goda suami org.
BalasPadamwalau dalam keadaan apa pun, jgn reservekan hati kepada yang tidak berhak...
BalasPadamBagusnya entry ini....
BalasPadam:) :)