Saya bertemu pasangan Shohimi Shafie, 42 tahun dan isterinya di Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, Klang, Selangor pada petang 30 Disember 2003.
"Apa salah anak saya?," soalan dikemukan isteri Shohimi dalam keadaan berduka.
Berdiri berhampiran tangga di tingkat 5, saya tergamam, tidak mempunyai jawaban kepada soalan dilontarkan sebaik berpeluang merakamkan ucapan takziah kepada mereka sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Sehingga saat ini saya gagal memadamkan memori melihat pisau rambo dengan kesan darah dan cebisan daging dibuang di tingkat bawah flat. Pisau digunakan untuk menikam anak mereka berusia 2 tahun, Muhammad Nurosama dan pengasuhnya, Siti Rohana Baharom, 34 tahun.
Mayat 2 mangsa terbabit bergelimpangan, berlumuran darah di ruang tamu rumah. Nurosama ditikam 2 kali di bahagian belakang manakala Rohana sekali di dada.
Pelbagai kes pembunuhan saya saksikan sebelum itu namun tidak pernah mengundang kesayuan. Petang itu saya menangis, airmata bagaikan tidak berhenti mengalir. Anak berusia 2 tahun, lemah sekaligus tidak mampu melawan. Barangkali hanya bunyi jeritan kesakitan memenuhi ruang rumah ketika mangsa ditikam. Dayus pembunuh itu.
Anak kedua saya, Muhammad Azard Faez ketika kejadian berusia sama dengan Nurosama.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh, bekas konstabel polis, Mohd Nahar Abu Bakar. Dia berjaya mengelak daripada diberkas selama 6 tahun sebelum ditahan polis pada 16 Oktober tahun lalu.
Ketika berada di lokasi 7 tahun lalu polis tidak menjelaskan kepada media berhubung motif kejadian kerana siasatan baharu bermula. Hari ini persoalan itu terjawab. Mohd Nahar membunuh kedua mangsa hanya kerana Rohana dikatakan enggan menyerahkan wang dimintanya.
Wang dan 2 nyawa, disamakan nilainya.
moga selama 7 tahun dia telah solat dan Qiyammualail..taubat nasuha..dan diterima..
BalasPadamrasanya ibu mangsa tak akan memaafkannya..
kejam sungguh.. disebabkan duit yang tidak seberapa, nyawa menjadi gantian.. pembunuh tetap akan dibunuh... syabas PDRM berjaya selesaikan kes ni..
BalasPadamni kes 7 tahun lepas.. sekarang makin bertambah kejam.. kadang2 sy terfikir, sejak bila negara ni dah terdedah kepada keganasan dan kekejaman yg melampau.. dh macam x terasa duduk kat Malaysia.. dh macam duduk kt LA or NY. dulu2 masa sy kecik2, aman harmoni jer negara ni.. susah nk dengar kes yg kejam2.. tp sekarang?? bukak akhbar tiap2 hari ada macam2 kes.. dimana silapnyer??
BalasPadamhttp://www.duitlama2u.blogspot.com/
bila manusia bertuhankan nafsu dan syaitan semua perkara disamaertikan...
BalasPadamhuhuh
BalasPadamsanggupnya bt mcm tu!!!!
T_T
hukuman dunia dia akan hadapi.. hukuman yang lagi satu belum tau lagi macam mana.. moga2 dia bertaubat.. kepada arwah mangsa.. moga roh dirahmati ALLAH.. amin..
BalasPadamSalam,
BalasPadamItu hukuman di dunia...namun, berapa ramai yang fikir tentang hukuman di akhirat sebelum buat sesuatu.
Boleh tabik spring toing toing kat sesape yang boleh maafkan orang bunuh anak dia macam tu je, apalagi kalau sebab duit sekupang dua...iman memang kuat kalau mampu buat macam tu.
alahai kejamnya..betul tu lan..masa saya kecik2 pun.tak lah sekejam mcm sekarang nih.bunuh sana sini..huh!!
BalasPadamGila... polis pun ada sakit mental macam ni. Harapkan pagar, pagar makan padi...
BalasPadamrobeknya hati ibubapa melihat anak kecil mati sebegitu rupa...entah angin gila mana merasuk pembunuh tu ye sampaikan anak kecil x tau apa pun nak ditikamnya ??
BalasPadamvic.....polis pun manusia.
BalasPadamPOLIS~jawatan atau karier :)
kesian budak kecik yg tak berdosa tuh kan.. ntah apa yg merasuk polis tuh sampaikan sanggup membunuh insan sekecil tuh
BalasPadammemang patut kena hukum gantung pun...
BalasPadamperkara kecik mcm tu pun sampai nak membunuh orang...ooh tipisnya iman...
Mungkin si pembunuh tidak pernah memiliki anak, jika ada pun dia tidak merasa dirinya seorang bapa....
BalasPadamsudut Islam;
BalasPadamdarjah kesakitan adalah dikawal Illahi..seksa macamaman pun jika anak2 tak diberi sakit mcm sakit kena cubit jerr.
.kekadang.terfikir tertanya2??
.kenapa pencopet memilih anak kita dalam beratus kanak2 berjalan di tepi jalan raya, kenapa memilih anak kita untuk diragut?? muhassabah diri..'siapa' yang membutakan mata pencopet??
sudut sosial..
dendam sesama insan tak kira pangkat dan profile...
saya pun nangis ni..sedihnye bila dah jadi ibu ni sensitif dia Allah je yang tahu...
BalasPadamsungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.smua yg berlaku kmgkinan pasal kemaruk dadah kot..dgn dadah smua ble buat.mental yg dipengaruhi dadah sukar nak dikawal.kebanyakkan mat rempit biasa dgn bnde2 ni..tu yg tak takut mati sbb fikiran dipengaruhi alkohol/dadah..so jadi lebih agresif dan hilang pertimbangan.tak dpt nk membezakan anak-ibu@keluarga/wang atau nyawa lagi...
BalasPadamsalam
BalasPadamSetelah membaca catatan di blog ini, baru saya ketahui, niat sebenar pembunuh hanya minta wang diserahkan padanya..
(its answer my curiosity)
Kes kekejaman berlaku sehari2..sperti viral pula..
kebuntuan bagaimana pembunuh untuk mendapat duit...? tak cukup sumber rezeki ke? kabarnya dia anggota polis.. cemana ni? tak cukup gaji cari rezeki.. salahke kalau buat kerja tambahan spr bawa teksi, ambil upah potong rumput, cuci kereta.. dan berpada-padalah berbelanja.. takde buat cara takde.. sampai mati akal bua keputusan dangkal tu apasal...
BalasPadamapakah ini sindrom malu tak bertempat, atau tak mau hilang gaya... fikirlah...