Khamis, Oktober 14, 2010

Premis Menjual Nasi Kandar Di Georgetown 'Bebas Tikus'?

Akhbar The Star terbitan 9 September 2010 mencatatkan berita berhubung peniaga nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang digigit tikus.

Berita ini bukan illusi tetapi realiti.

Baca di sini.

Berikutan itu saya berasa amat tertarik dengan pendedahan berani Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris di dalam akhbar Kosmo!.

Beliau menganggarkan lebih 2 juta tikus berkeliaran di Georgetown.



Lihat gambar dicetak semula daripada akhbar sama. Menurut kenyataan di sebelah kiri SM Mohamed, 1300 tikus dibunuh setiap bulan.

Lazimnya, tikus hidup di persekitaran kotor.

Yuks!

Majoriti gerai dan restoran menjual nasi kandar terletak di Georgetown.

Saya percaya jarang benar pelanggan menjenguk ke dapur kerana kebanyakkan mereka taksub menikmati hidangan sehingga ke awal pagi dan sanggup beratur panjang.

Bersihkah premis terbabit? Adakah kesemuanya 'bebas tikus'?

Saya TIDAK mendakwa gambar di bawah dirakamkan di Pulau Pinang kerana lokasi gambar ini diambil tidak dinyatakan secara jelas.


Tetapi jika benar dakwaan bilangan tikus di Georgetown melebihi statistik penduduk, segalanya berkemungkinan.

Lagi pun, Pulau Tikus terletak di Georgetown.

17 ulasan:

  1. Merujuk kepada gambar yang paling bawah tu - bagaimana tikus itu boleh 'terletak' dengan elok dalam bungkusan nasi? Takkan masa 'membungkus' tiada yang sedar!

    Tapi.. di mana-mana gerai makan pun, selalunya adalah tempat tikus membiak. Datang sahaja ke Pandan Indah ini, akan kelihatan tikus mondok yang montok berlari-lari sewaktu kita menjamu selera.... Yerk!

    BalasPadam
  2. yucks~ geli la tgk gambar last tu.. x lalu dah nak makan lepas tgk ni..

    BalasPadam
  3. alaaaaa baru plan nak pergi bercuti jalan2 cari makan di pulau pinang =(

    BalasPadam
  4. hahaha.. ayat paling last tu watkan saya tersenyum pagi2... :)

    BalasPadam
  5. Bukan saja restoran nasi kandar yang perlu dipantau, malah semua jenis restoran harus dipantau.Jangan lupa pada yang menjaja ditepi-tepi jalan juga.

    BalasPadam
  6. Bila cerita pasal tikus ni teringat bila suami bawa makan sup kambing di jalan Doraisamy, KL... banyaknya tikus di jalanan tuhan aje yang tahu...
    Tak sanggup nak bayangkan apa yang ada kat dapur tapi hubby dengan ayah makan selera betul, katanya the best sup kambing in Malaysia.
    Sekali si pekedai tertumpahkan periuk air panas di atas meja masak... beribu2 lipas, kumbang dan serangga dari celah2 kayu meja masak bertempiaran ke arah pelanggan yang tengah menjamu selera termasuk la kami. Menggeletek vic kegelian sampai menangis merayu ayah ngan hubby balik waktu tu juga..

    Baru2 ni bila lalu depan jalan Doraisamy tgk kedai tu dah tak ada, ada pembinaan bangunan baru kat tapak kedai tu.

    Tapi sampai skang mmg tak boleh lupa. Agaknya ramuan asli tu yang buat dia dinobatkan the best sup kambing in malaysia..

    BalasPadam
  7. geli tekak tengok gambar last...confirm hilang selera seminggu..huhu

    BalasPadam
  8. sy org penang, tp tak suke ns kandar sbb kotor. xcaye, sila g toilet kedai ns kandar ni. beras dlm periuk utk tanak nasik dia letak tepi pintu toilet ja..kalo terpercik sket 'bhn penyahtinjaan' tu takke 'sedap'?

    BalasPadam
  9. Salam sahabat,

    Tidak dinafikan memang banyak tikus di Penang ni,kt celah-celah batu kt tepi pantai pun ada..ni kan pulak kat kedai2 makan..lagi la banyak..so..pilihlah kedai yg anda yakin bersih..mungkin boleh masuk ikut pintu belakang kot..sebelum order makan..

    BalasPadam
  10. kalau nak tgk tikus sama saiz ngan kucing singgahlah mkn di kg baru

    BalasPadam
  11. Isu tikus...bkn kat penang je! kat seluruh Malaysia ada..cuma x d canang seantero. hehe..gerai kat Padang Tembak, Kat Jln TAR lagi la byk.

    kalo bleh letak papan tanda "TIKUS DILARANG MASUK KEDAI MAKAN PAK MAIL" alangkah bagusnya! x de la isu cam nie berlaku..nak ditambah risau, pasal kencing si tikus nie leh bawa maut...lagi la ngeri!! ermmm ckp pun x guna...

    BalasPadam
  12. tempat makan kat bawah supermarket larut matang pun banyak tikus.kat restoran terkenal disini(lintas)pun ada tikus siap berkejo ditepi meja walaupun ramai orang.ha ha ha mesra alam punya tikus :D

    vic...hubby combi pun sama makan selamba je kat restoran mamak ditepi laluan hotel-hotel jln brickfields walaupun nmpk cik ti berjln lenggang kangkong disitu.adedeh combi yg loya tekak!:p

    asal ada jer tempat makan mesti ada tikus punyalah.tapi sehingga kini belum pernah nampak tikus berkeliaran di kfc atau mcd. :)

    mungkin depa alergic ekon kot..hiks ^.^

    BalasPadam
  13. Banyak cerita kalau nak cerita tentang nasi kandar ni....Harap saudara Mazidul boleh turun dan tengok sendiri, kalau nak harap pbt dan kami orang awam ni tak jalan punya...Harga makanan punye le mahal, sedap tu memang le sedap tapi jaga la kebersihan. Tapi kalau diikutkan bukan kedai nasik kandar je...kedai lain pun sama dan merata2, termasuklah kawasan perumahan...mungkin salah satu sebabnya adalah tabiat orang pulau pinang itu sendiri yang tak tau jaga kebersihan, main buang sampah merata2 menyebabkan longkang tersumbat, kalau kat flat tu siap main campak je sampah dari atas, siap kita buleh dengar sampah tu bergesel dengan dinding pastu kecepak, jatuh...Masalah ni bukan baru tapi dah lama dah...tapi ada gak perubahan bila pihak kerajaan pulau pinang kempen tuk hijaukan negeri...harap2 berjaya...

    BalasPadam
  14. Di Vietnam dan Thailand, tikus dijadikan makanan eksotik. Dia orang tak geli pun.
    Pulau Tikus di Pulau Pinang, nama asalnya Pulau Tee Koay, bukan Tikus, tapi dah tertukar akibat tersalah sebutan mengikut peredaran zaman. Tee Koay pula nama sejenis kuih Cina yang terkenal di kawasan tersebut...

    BalasPadam
  15. kekotoran itu akan terserlah jua... lambat cepat jerr... So pilih ar permis makanan yang bersih...

    BalasPadam
  16. bayangkan jika makan dalam gelap sinar neon..

    yup..persekitaran kotor senang membiak..

    sila pusing pusing,ke belakang Foodcourt di tempat anda..

    lebih besar tikus dari kucinngg

    jika nak pelihara Helang makan tikus nanti kesan kepada benda lain..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.