Saya berusaha menghubungi Celcom sejak awal pagi tadi untuk mendapatkan maklumat berhubung pakej talian dan telefon bimbit Blackberry ditawarkan. Saya menggunakan talian khidmat pelanggan 1111 serta meminta bantuan rakan mengenali kakitangan Celcom untuk mendapatkan maklumat sama. Sebentar tadi, saya juga melayari laman web telco tertua di negara kita ini.
Untuk rekod, saya menjadi pelanggan Celcom sejak mula berkhidmat dengan TV3 pada tahun 1995 dan tidak pernah bertukar telco sehingga kini. Sebelum ini jika berhadapan sebarang masalah, saya dibantu, bezanya samada lambat atau cepat sahaja.
Kini saya menggunakan pakej 'Minutes Plan' dan purata bil saya RM250 sebulan tidak termasuk bayaran talian bulanan broadband, RM98.
Setakat ini saya gagal mendapatkan bantuan dan penjelasan berhubung maklumat diperlukan. Kakitangan Celcom dilaporkan akan menghubungi saya barangkali tidak berminat untuk bercakap. Saya tidak menyalahkan mereka, mungkin mereka sibuk dengan ahli keluarga dan pelbagai aktiviti lain pada hari cuti manakala petugas khidmat pelanggan tidak begitu banyak membantu.
Maka saya ingin merujuk kepada hampir 3000 followers blog ini dan pelayar sudi singgah, barangkali sebilangan anda lebih berpengalaman dan sudi membantu. Saya yakin ada antara anda pekerja syarikat telco di negara ini dan mampu menghulurkan pertolongan.
Saya ingin bermigrasi ke pakej Celcom Executive Plan 250 dan membeli telefon Blackberry biarpun tindakan terbabit agak ketinggalan berbanding pengguna lain.
Berikut antara soalan utama saya.
Berikut antara soalan utama saya.
1. Berapakah kos perlu saya jelaskan untuk mendapat Blackberry Touch Screen kerana telefon menggunakan key pad tidak bersesuaian dengan saiz jari besar saya? Apakah jenis telefon bimbit touch screen ditawarkan Celcom?
2. Bolehkah saya mengekalkan nombor sedia ada?
3. Saya kini berada di Johor Bahru, Johor, di manakah lokasi terbaik untuk saya menukar plan terbabit dan sekaligus mendapatkan telefon bimbit diperlukan?
Terus-terang, saya sudah bosan melayari laman web Celcom dan bercakap dengan petugas khidmat pelanggan kerana terpaksa menunggu lama untuk mereka membuat rujukan kepada pelbagai pihak. Saya berhasrat bercakap dengan kakitangan berpengetahuan berhubung keperluan saya.
Jika anda berpengetahuan dan berpengalaman menggunakan Blackberry dan mempunyai pakej lebih baik berbanding ditawarkan Celcom, sila kongsikan dengan saya. Bantuan anda amat saya hargai. Maklumlah, selain Celcom banyak lagi telco di negara ini menawarkan pelbagai pakej lebih kurang sama.
Meneliti senari rakan di senarai kenalan di telefon saya, majoriti pemilik Blackberry menggunakan talian Maxis.
Meneliti senari rakan di senarai kenalan di telefon saya, majoriti pemilik Blackberry menggunakan talian Maxis.
Andai perlu saya menukar telco Celcom ke telco lain, why not? Hakikat nyata, selama ini, biarpun menjadi pelanggan setia Celcom sejak hampir 15 tahun lalu, tidak ada sebarang keistimewaan saya nikmati.
Tolong.
Update
Jam 5.29, 11 Oktober 2010 saya dihubungi kakitangan Ibu Pejabat Celcom di Kuala Lumpur.
"Saya menerima emel daripada Corporate Communication, saya tengok encik Mazidul dah lama menjadi pelanggan Celcom. Bil pun lebih RM300 sebulan. Saya akan carikan plan paling sesuai dan harga Blackberry tu," ujarnya.
Terima kasih.
Update
Jam 5.29, 11 Oktober 2010 saya dihubungi kakitangan Ibu Pejabat Celcom di Kuala Lumpur.
"Saya menerima emel daripada Corporate Communication, saya tengok encik Mazidul dah lama menjadi pelanggan Celcom. Bil pun lebih RM300 sebulan. Saya akan carikan plan paling sesuai dan harga Blackberry tu," ujarnya.
Terima kasih.
Ahaks,
BalasPadamBro daripada pakai blackberry touch screen better pakai Iphone. Ini kerana skrin Iphone lagi lebar daripada blackberry, jadi lebih mudah memicit dan lebih jelas bila membaca sms, chatting, berfesbuk, atau mengambil gambar.
Setahu saya maxis ada menawarkan pakej iphone dengan bayaran permulaan sebanyak RM600. Kalau bro nak maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan khidmat pelanggan maxis. Sejak mula menggunakan maxis kira2 10 tahun yang lepas sy tak pernah berhadapan dengan kesukaran mendapatkan maklumat mengenai masalah yang saya hadapi dengan talian saya. So far customer service dia saya percaya lebih baik dari celcom.
Lagipun kalau dulu nak tukar talian telefon kena tukar nombor, kini tak perlu lagi sebab kita masih boleh mengekalkan no. yang sama walaupun perkhidmata telco yang berbeza. Apa lagi... inilah masanya pengguna boleh menggunakan hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan telco terbaik untuk diri sendiri.
bro kat jb? nak tanya psal CELCOM?
BalasPadamhaha..xde orang lain lebih layak nak jawab, selain dari bro hazrey.. huhuhuhu...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam, tergerak nak tolong en mazidul nih =)
BalasPadam1. hmmm, baik masuk www.celcom.com.my tanya selera
2. Boleh kalau nak tukar ke mana-mana telco lain, boleh saja retain nombor. tanya pembantu di pusat telco. Maxis dan Digi selalunya friendly
3. Minta maaf tak pernah pergi JB lagi
kalau perkhidmatan blackberry diperlukan, ada 3 sahaja yang touch screen. Storm, Storm 2, yang baru torch. Kalau lasak saya sarankan jangan pakai iphone, sebab depan belakang kaca, silap jatuh retak.
tapi kalau tak pakai bbm, apps, heavy email, hanya sekali sekala email, bukak web, check twitter, sms dan call sahaja, nokia E52 pun okay, keypad besar =B
(sorry promote telefon sendiri)
selalunya iklan syarikat telekomunikasi ni lebih indah dari rupa. Banyak benda yang tersembunyi yang dengan niat untuk menjerat pengguna. Tidak macam semasa perkhidmatannya di bawah kerajaan dulu (sebelum diswastakan, ketika itu pengguna akan diberi penerangan sejelas-jelasnya.
BalasPadamsalam
BalasPadamabg mazidul..begini,
1) pergi ke Celcom Center yg terdekat. kalau di JB ada beberapa cawangan. abg juz call 1111 dan tanya celcom center berdekatan lokasi abg skrg
2)pergi sahaja, dan sebarang pertukaran pelan atau pertanyaan ajukan terus di sana.
saya juga merupakan pelanggan setia celcom sejak tahun 2000. yang sedih, celcom x ada rewards utk their loyal customer.
berpindah ke iphone4 melalui maxis
BalasPadamheheheh...
bila dah nama telepon pintar..mcm2 boleh buat...cuma bateri kureng skit la...
dan bila dah copnyer apple kena gigit..maka ianya hanya suka berinteraksi dgn alatan yg bercop apple kena gigit...
-bro dah tk payah bawak kamera ke lokasi...kamera iphone mmg cantek dan gambar pun boleh edit2
Salam abang Maz
BalasPadamBenda nie lebih baik jumpa dengan celcom biz. Biasanya diorang byk buat promo kat comp2..kalau tanya dgn org celcom 1111, diorang maybe tak aware sgt because setahu saya pakej yang ditawarkan dengan black berry tu dipromosikan oleh celcom enterprise. If you would like to get more info, i can get the contact number for you sbb diorang selalu datang Perodua Rawang utk buat promo. Basically, dalam kes abang, apa yang Celcom nie promote is celcom plan P148 dimana call minute tu 148 min dan boleh layari internet free. harga BB lain..kalau kat P2 tu, harga storm is RM899. tapi rasanya itu pakej company..but i guess, you may call the celcom biz punya number..will get back to you if u would like to have the contact ok?
Soalan 1:
BalasPadamCelcom offer blackberry touch screen Storm 2. Harga RM1388 sekiranya encik ikat contract 1 year with upfront payment of RM300.RM300 tu akan dipotong balik dalam bill bulanan cik mazidul RM50 pada 6 bulan pertama.
soalan 2:
boleh kekalkan number sedia ada sekiranya number sedia ada takde terikat dengan apa2 contract
soalan 3:
Boleh buat kat Celcom Branch Taman Molek atau Jalan Kempas (dekat2 dgn bangunan YPJ). Kalau nak buat new registration (baca: number baru) boleh buat dekat mana2 bluecube yang berhampiran
p/s ini utk mass customer. Kalau corporate package lain lagi..
hehe sekian terima kasih..
Terima kasih kepada semua, maklumat anda catatkan di sini amat dihargai.
BalasPadamThanks again.
terimakasih jg kpd bro mazidul yg buat kaunter pertanyaan ni jg terimakasih kpd pemberi maklumat..sy jg sama bro mazidul tengah bercadang nak tukar phone..
BalasPadamSalaam Bro Mazidul,
BalasPadamIf you're staying with Celcom just because you wish to reatain your number, I guess the bes solution is to switch to Maxis, better plans, better customer service (Though from my point of view none of them give the best ;) )
They maybe able to reatin your existing number through MNP, where you only switch your network operator and still keep the number you desire.
Some have already suggested iPhone, which I personally would recommend for 'chubby' fingers like us ^_^.
BB Storm maybe a good touchscreen phone, but I would suggest you go through the review first. A really canggih phone without poper processing power would cause a lot of frustration as well. Akhir kata, 'tepuk dada / dompet / dahi tanya selera' :-)
salam bro mazidul,
BalasPadamtolong ulas sket insiden ni dalam blog. supaya rakyat malaysia tak kira bangsa tolong patuh pada undang2 kalau nak hidup aman..
http://www.youtube.com/watch?v=gU_JgSccHLE
link : http://www.loyarburok.com/the-system/bolehland/video-police-intimidation-caught-on-video/
nama dia :
PAMELA LIM CHENG YOKE
Salaam Mazidul,
BalasPadamKalau tuan risau bab nombor berubah sekarang ni kita ada MNP- tak payah ubah nombor wp kita ubah telco.
Saya pakai kedua-dua wp semua famili guna maxis TAPI saya amik pakej BUSINESS cuma bayar RM148 atau RM158 [ada detail bills] termasuk 500 minit masa bercakap bagi local calss (tak pernah terlajaka melainkan sekali ngam2 pakai RM158). Broad band pakai sampai download 5GB sebulan; tapi depends kepada area lah, sesetengah tempat ok dan sebaliknya.
Call 1111 x pernah ada masalah; macam langit dengan bumi jika banding Astro. Celcom careline lebih mudah dan senang banding dengan Maxis wp maxis mcm sedikit mesra (tapi tak berapa clear sangat pakej nya).
Kalau kerana marah nak pindah baik tak payah sebab maxis sama dengan astro; mudah kena hidden cost. Dak pernah kena itu sebab tau, bukan sekali tapi dua kali.
Bro,
BalasPadamRasanya better tunggu few weeks more.. network tengah kelam kabut tu (Digi + Celcom)
Salam.
BalasPadamPelan Celcom tak pula kawan tahu bagaimana. Kawan pengguna Maxis (postpaid) dan 3 orang ahli keluarga saya pengguna Celcom (prepaid).
Kawan pernah berurusan dengan khidmat pelanggan Celcom di JB atas urusan membuat kad sim baru untuk datuk kawan kerana handphone datuk kawan hilang dalam beg di airport.
Layanan yang diberikan sangat-sangat memuaskan berbanding khidmat telco yang kawan langgani sekarang ni. Penerangan yang sangat jelas dari pekerja di kaunter khidmat pelanggan memudahkan urusan kawan ketika itu.
Kalau di JB, kawan SANGAT-SANGAT syorkan awak pergi ke Celcom Taman Molek, JB. Tapi pastikan kupon parking dipamerkan ketika berurusan. Kalau tidak, pasti awak dapat "surat cinta" dari majlis perbandaran nanti.
Harap dapat membantu.
salam,
BalasPadamHarap dapat muatkan lebih banyak artikel mengenai etika kewartawanan dan hak2 rakyat sebagai pelanggan kepada PDRM. Sebab ada terjumpa video ni
http://www.youtube.com/watch?v=gU_JgSccHLE
Terima kasih
bro, secara ringkas... baik gi melawat mana2 Celcom Blue Cube centre. What ever package u want, they can settle for u there & then.
BalasPadamJgn buang masa layan web ngan call careline... Celcom support isn;t the best, but they are improving
patut ler tokey maxis dah jadi no 2 terkaya di malaysia.
BalasPadamcelcom sejak bersatu emak dan bapa dengan tm telah jadi biul.
BalasPadam8hb lepas call careline celcom..30minit masih dijawab...semua pembantu khidmat pelangan dia orang sedang sibuk..disuruh kita buat call semula.
nak tamatkan jer talian celcom terfikir pula yg di kampong hanya celcom saja ada line.
tahun lepas aku mengamok kat celcom center sungai petani..nasib baik tak aku bakar pejabat dia orang..
lepas bising2 macam namawee..baru line ok..
Bro maz... ni alamat celcom di johor.
BalasPadam1.CELCOM BRANCH - JALAN KEMPAS (C-MOBILE SDN BHD)
Lot 161, Jalan Kempas, Tampoi,
81200 Johor Bharu, Johor
Mon to Fri: 9.00am - 5.00pm
Sat (All): 9.00am - 12.30pm
Sun: Off
Tel: 07-234 8908
Fax: 07-234 8914
2.CELCOM BRANCH - BATU PAHAT (C-MOBILE SDN BHD)
No 22, Jalan Maju, Taman Maju,
Batu Pahat 83000, Johor.
Mon - Fri : 9.00am - 5.00pm
Sat (all) : 9.30am - 12.30am
Sun : Off
Tel: 07-432 3520
Fax: 07-432 3441
3.CELCOM BRANCH - TAMAN MOLEK (C-MOBILE SDN BHD)
1 -3 Jalan Molek 1/9, Taman Molek
Johor Bharu, 81100, Johor.
Mon to Fri: 9.00am - 5.00pm
Sat (All): 9.30am - 12.30pm
Sun: Off
Bro boleh pergi kemane2 branch tu utk maklumat pakej yg disediakan...
tetapi utk utk utk ready stock device (kalau nak beli terus) kene telefon tanye dulu...sbb tak semua branch yg ade device...device hanya diberikan kepada branch yg permintaannye tinggi...
dan utk semua pembaca...saya pernah mengendalikan khidmat pelanggan celcom dulu...dan bukanlah semudah yg anda sangkakan...call yg masuk sangat lah banyak lagi2 time cut off bill... kat IVR (Interactive Voice Response) akan bgtau, "Dear valued customer, we are currently attending high volume of call...please wait...we will attend u shortly...thank you"...ini terjadi apabila bill sampai rumah dan customer tak reti baca bill (detail bill)...mereka akan call dan cust service akan menerangkan kepada mereka supaya mereka paham dan tidak ada keraguan...masa yg diambil bknlah sekejap utk memahamkan mereka. kita semua customer...jdlah customer yg bijak...memarahi atau memaki bknlah cara yg betul...saya tidak menyalahkan sesiapa...anda ada hak sbb anda bayar...dan cust service jugak ada maruah diri mereka...fikirkan....
Saya nak anda pikir pasal bende nih :
Celcom : ade 3G
Maxis : ade 3G
Digi : TAKDE 3G...
mengapa ini berlaku?? pernahkah anda berfikir...kengkadang anda ke sesuatu tempat...celcom full bar...siap dapat 3G...telco laen takde line or ade 2 atau 3 bar je dan tak dapat network 3G...fikirkan...
Eh Bro Maz...lupe nak bgtau...klu nak hp murah...pakai plan digi...tp dalam kl ok lah..luar kl kureng skit...hehehe...Bab broadband nih plak rasenye bulih pakai maxis or celcom...sbb Bro Maz slalu outstation... Itu cadangan saya...terpulang kepada Bro Maz...hehehe...mintak maaf ulasan saya sebelum nih panjang skit...
BalasPadamen mazidul...kami satu famili pelanggan CELCOM dulu,kini dan selamanya.
BalasPadamcareline 1111 service dorang sangat bagus dan memang thumbs up CELCOM...! (*.*)
*kalau i call 1111 terus dorang sebut nama i tau...wow *prasan*
Entri kali ini memang menarik, sbb komen2 yg diberikan dapat saya jadikan panduan. Saya pun tengah survey telco terbaik gak utk digunakan bagi blackberry dan N97 yg sedang famili daya gunakan.
BalasPadam