Isnin, Oktober 11, 2010

Malaysia Airlines Pinggirkan Bahasa Melayu?

Sewaktu menaiki pesawat Malaysia Airlines, MH 1058 dari Johor Bahru, Johor ke KLIA, pada jam 6.40 petang tadi, tercetus persoalan di benak fikiran saya.

Pesawat Boeing 737 siri 400 terbabit mempunyai kapasiti maksimum 144 penumpang. Dari pengamatan saya, hanya 7 penumpang warganegara asing selebihnya warga Malaysia.

Menghairankan, pengumuman keselamatan dibuat di dalam bahasa Inggeris. Pada masa sama, saya membelek maklumat bercetak disediakan berhubung intipati pengumuman sama.


Perhatikan secara lebih teliti.


Maklumat berbahasa Inggeris dicetak mendahului bahasa Melayu, bahasa kebangsaan seperti tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Mengapa bahasa Inggeris diutamakan? Hanya untuk memenuhi kefahaman penumpang rakyat asing menggunakan perkhidmatan sama?

Biarpun prosedur rutin, pengumuman keselamatan penting difahami setiap penumpang. Malaysia Airlines tidak sepatutnya menganggap semua pelanggan memahami bahasa Inggeris. 

Bagi mendapatkan penjelasan, saya memanggil pramugara bertugas.

"Mengapa safety announcement diumum menggunakan bahasa Inggeris sedangkan ini penerbangan domestik?," soal saya.

"Itu bergantung kepada penyelia (untuk memilih penggunaan bahasa)," balasnya.

Jika benar kenyataannya, penyelia anak kapal, ketua pramugara atau pramugari mempunyai pilihan penggunaan bahasa. Mengapa harus berbahasa Inggeris?

Berkebetulan saya duduk di tempat duduk 11E, barisan kerusi berhampiran pintu kecemasan. Pramugari bertugas kemudian menerangkan, jika berlaku kecemasan, anak kapal memerlukan penumpang duduk di lokasi terbabit untuk membuka pintu pesawat. Pengumuman itu juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Nama syarikat, MALAYSIA Airlines tetapi mengapa kelihatan lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan?

20 ulasan:

  1. jawapanya saudara mazidul.
    yang buat iklan nih melayu jenis malu mengaku dirinya melayu.yang mencetak pula adalah pencetak bukan melayu..tak payah sebutlah siapa bangsa mereka.
    ambil jer contoh paling dekat dengan saudara mazidul.
    iklan hari raya olih tv3 baru2 nih.
    saudara nampak cacat celanya dalam pesawat mas.tapi saudara terlepas pandang dalam rumah tangga sendiri.

    BalasPadam
  2. Salam...sama la juga dengan sesetengah pramugara dan pramugari Airasia.

    BalasPadam
  3. salam...

    hurm..saya pernah kena... airasia pun sama..padahal dalam negeri je.aduhai..dulu ada gak campur oreng puteh ngan B. Melayu tetapi sekrang nie tak dah... hairan jugak..kebanyakan orang tua naik...mana lah kami faham bahasa Inggeris..cuma sedikit sahaja lah.

    saya rasa la..diorang nie tak ada jiwa rakyat langsung la. Yang penting,pihak atasan kena pandangan serius. kalau buat aduan. dipandang tak? hurm...

    hairan bin ajaib tapi macam normal.kan? huhu

    BalasPadam
  4. Putera Makasar, menyedari kesilapan berlaku, TV3 telah menarik penyiaran iklan terbabit dan memohon maaf.

    Mungkin awak terlupa untuk mengulas tindakan itu.

    Saya fikir tindakan itu lebih baik berbanding secara berterusan mengagungkan bahasa asing di negara sendiri.

    BalasPadam
  5. salam,

    aku suka sangat entri ini. asbab suka itu membuat aku mengulangnya kembali untuk menyedar diri sendiri. kredit buatmu, sahabat...

    http://puisikabur.blogspot.com/2010/10/mas-pinggirkan-bahasa-melayu-oleh.html

    BalasPadam
  6. salam sahabat..macam kempen gunakan barangan buatan Malaysia laa..rakyat disuruh beli dan guna barangan buatan Malaysia,tapi pemimpin kita??

    BalasPadam
  7. Bro bukan setakat MAS je tetapi TM juga dan banyak lagi GLC yg guna bahasa penjajah,,,,,, termasuk laman laman web kerajaan seperti Perolehan ,,,, jadi nya mana nya bahasa jiawa bangsa,,, semua ini gimik aja !!!!

    BalasPadam
  8. Ampuan, terima kasih kerana mencetak semula tampalan ini di blog anda.

    Ashaabul, kekadang ada sebilangan lead by example tetapi kekadang tidak.

    BalasPadam
  9. Heran...kebanyakkan maklumat bercetak mmg Bahasa Malaysia didahulukan...kenape pulak jadik cam nih...

    BalasPadam
  10. AirAsia pun sama... kadang2 sebab terlampau 'Inggeris', sampai sebutannya pun boleh mengelirukan Orang Inggeris sendiri! (ataupun sebab kakcik yang tak faham Bahasa Inggeris?) :(

    BalasPadam
  11. Orang melayu dia malaysia mengambil mudah terhadap kepentingan bahasa, sikap 'tak apa' masih menebal. Takes things for granted. Seolah2 mereka pasti bahawa bahasa Melayu akan tetap utuh.

    Sepatutnya mereka sedar, kalau bukan orang Melayu sendiri yang pertahankan bahasa Melayu. Siapa lagi? Adakah mereka mengharapkan Dong Jiao Zhong untuk mempertahankan bahasa Melayu?

    BalasPadam
  12. Lupa untuk maklumkan, sesetengah syarikat personnel lebih suka menggunakan bahasa inggeris apabila bertutur membuatkan saya terasa seperti berada di UK atau US.

    Seperkara lagi, ada sesetengah iklan hanya memuatkan bahasa Inggeris dan Mandarin. =.=' Malaysia bukan hongkong...

    BalasPadam
  13. Salam

    Abg mazidul, terpanggil untuk mengulas komen "Putera MAkasar"berkenaan iklan di TV 3. saya akui, iklan tersebut memang menyentuh sensitiviti sbg umat islam. memang iklan tersebut telah ditarik balik oleh TV 3, TETAPI, saya ada terpandang dalam beberapa majlis cth majlis sambutan hari raya, TV 3 masih menggunakan banner yang sama dengan bunga teratai dibelakang. saya memang pasti akan itu setelah meneliti beberapa majlis yang tersiar secara tak langsung di TV 3.
    saya amat kesal dengan perkara ini.

    dan orang islam pasti kenal dengan pembikinan iklan oleh musyrikin..betulkan? siapa agaknya yg di outsource TV 3 utk buat banner dan iklan ini ya?
    (harap abg boleh kupas isu ini dalam lembaran yang lain)

    BalasPadam
  14. Terkadang kagum juga dengan negara jiran kita, Indonesia. Walaupun mereka banyak mengacau kita, tapi pemerintahannya berjaya membuatkan rakyat mereka cinta dan menggunakan bahasa mereka....Tapi kalau nak tengok jauh sikit, Jepun walaupun mereka lebih mengutamakan bahasa mereka, tak mempengaruhi kemajuan mereka yang jauh lebih kehadapan dari kita...Jadi tak timbullah kata-kata yang menyebut, kita akan mundur kalau terus menggunakan bahasa kebangsaan..!!!

    BalasPadam
  15. salam, tuan saya rasa kita perlu kembali menggunakan Bahasa Malaysia.
    Pemimpin juga perlu menunjukan teladan. janganlah program dalam negara yang hanya dihadiri oleh orang Malaysia, pemimpin menggunakan bahasa asing. kenapa pemimpin kita guna bahasa asing? Ini perlu dijawab oleh mereka.

    Mungkin atas faktor atau contoh ini, kebanyakan syarikat swasta menggunakan helaian iklan mereka menggunakan bahasa asing.

    papan iklan juga menggunakan bahasa asing, kenapa? Dimanakah letak Bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan?

    Dari pemimpin dan seterusnya rakyat kena menggunakan bahasa Malaysia dalam urusan rasmi, baru orang akan hormat kepada bahasa kita.

    Inilah pandangan saya, kalau baik terima, jika tidak boleh berikan komentar.

    BalasPadam
  16. kENAPA mesti penyelia anak kapal, ketua pramugara atau pramugari yg menentukan sedangkan yg membayar gaji mereka adalah penumpang.. kenapa perlu di ambil bekerja mereka2 yang tak fasih berbahasa melayu??

    BalasPadam
  17. di Dewan Bahasa sendiri pun bila meeting cakap bahasa omputih.. apa nak heran..

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. ::di Dewan Bahasa sendiri pun bila meeting cakap bahasa omputih.. apa nak heran..>>>> SOKONG EJA

    kepimpinan melalui.amalan..

    ..puan Hadijah..
    TV3 sokongan swasta..bisnes..gaji dibayar oleh iklan..ikut diaorang.kuasa dijari anda.tak paksa tonton.tv radio swasta jika ia nak buat hiburan 24 jam pun ..terpulang..

    tetapi jika TV kerajaan gaji dana rakyat pencukai.
    .terpaksa tonton..kerana wadah kerajaan melalui tvnya..saluran info dari kerajaan untuk rakyat..

    BalasPadam
  20. Salam,

    Khabarnya Malaysia Airlines dalam proses penjenamaan baru. Terbaru pesawat Malaysia Airlines akan bertukar wajah "livery" baru seperti gambar yang telah dirakam semasa ujian pesawat rego 9M-MXA Boeing 737-800 di Boeing Field - Seattle, WA pada 15 Oktober 2010 lepas. Penjenamaan baru ini dijangkakan akan dilancarkan dalam masa terdekat November ini.

    http://www.flickr.com/photos/65483667@N00/5085229092/

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.