Selasa, Oktober 19, 2010

Ganjaran RM50,000 Jika Ada Boleh Potong Tangan Saya ...

"Ganjaran RM50,000 jika ada orang boleh potong tangan saya dan bawa kepada bos dia orang"

Itu dakwaan penarik kereta, 'Along' menghubungi saya awal malam tadi dari Johor Bahru, Johor.

"Sejak 2 tahun lalu, lebih 12 groups penarik kereta beroperasi di Johor. Ahli  kumpulan menarik kenderaan kalau pemilik gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan lebih 2 bulan 21 hari. Tetapi lazimnya bank akan keluarkan surat tarik selepas bayaran tertunggak di antara 3 dan 4 bulan, mengikut budi bicara," jelasnya.

Menariknya, kata Along, sewaktu pemilik kereta bersemuka dengan ahli kumpulan, dia akan ditawarkan untuk membayar sejumlah wang kepada mereka jika enggan kenderaannya ditarik pihak bank. Jumlah bayaran mencecah ratusan ringgit, bergantung kepada perbincangan di antara 2 pihak.

Sebaik 'wang perlindungan' dijelaskan, pelekat, sticker, bergantung kepada identiti kumpulan akan dilekatkan di plat pendaftaran di bahagian belakang kenderaan.

Antara pelekat dikenal pasti, bergambar harimau dan bertulis 'Ripo Malaysia' membabitkan kumpulan Melayu, Cina dan India.

Jika penarik kereta tidak bernaung di bawah kumpulan terbabit cuba menarik kereta ditampal sticker, berselisihan faham dan pergaduhan akan tercetus ketika proses penarikan kenderaan dilakukan.

Itu antara pengalaman buruk ditempuh Along sebelum ini.

Saya difahamkanm ketua kumpulan Melayu berasal dari Kelantan dan menetap di Pasir Gudang manakala kumpulan India dari Taman U juga dilaporkan bergiat aktif.

Saya telah berjanji untuk membantu Along menangani masalah terbabit biarpun kumpulan saya tidak memiliki sticker.

Cuma '999', itu nombor dikenali lebih daripada 2 juta penonton televisyen di Malaysia.

10 ulasan:

  1. taman yu = taman "u", taman universiti..huhu..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Wahhhh mahalnya harga sdr...

    Macam terbalik pula...patutnya nak tangkap penjenayah yang bagi saguhati macam tu...ish! ish! ish!

    Sila hati-hati sebab sdr tak de stiker

    BalasPadam
  3. Jangan pinjam duit dari along kecuali kalau ingin mati cepat.

    BalasPadam
  4. Agaknya berapa rm ansurance cover keja yg byk risiko.
    Di pahang penarik kereta byk asal kelantan, kalau p.mas dekat rantau panjang, sedaramara byk belah sana pistol asli rM600 je.

    BalasPadam
  5. keadaan di bumi malaysia sungguh nampak tenang di permukaannya. tapi hakikatnya banyak kejadian2 melibatkan gangsterism yang sungguh menakutkan. apabila semakin didedahkan semakin banyak yg kita tahu dan semakin pula rasa tak selamat. kesiannya menjadi penguatkuasa... itulah pasal agaknya bila tertalu banyak kes, mereka dah tak kuasa...

    BalasPadam
  6. Patutla anak2 kat umah susah nak lembut hati,keras pedal, melawan ibubapa, bini melawan, bg duit nak beli beras sumber subhat..

    BalasPadam
  7. banyak penarik kereta berasal dari KELANTAN?????kat kl pun apa kurangnya..bukan penarik kereta saja...yang jadi broker AYAM dan AYAM SEPARUH PENCEN pun ramai dari KELANTAN.
    maaf..bukan semua orang kelantan tak baik,orang2 dari negeri2 lain pun bukan semua baik sangat.

    BalasPadam
  8. hisham,

    tak baik dek kerana berkawan dgn org sebelah sana..sedara mara kaki jual beli pistol..

    BalasPadam
  9. baru -baru ni saya tengok filem "budak kelantan".

    apa yg dipaparkan memang dari pengalaman penulis sendiri seperti yg pernah saya baca.

    mungkin betul seperti kata en hisham bukan semua orang kelantan tak baik dan bukan semua orang dari negeri lain pun baik sangat.

    tapi bila anda melihat filem tersebut membuat anda 'terfikirkan' sesuatu tentang orang kelantan dari persepsi masing-masing ^.^

    preview disini:

    http://www.manggaonline.com.my/jom-libur/1392-budak-kelantan-filem-jujur.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.