Berulang kali saya terlihat lori penghantar ais batu ini dipandu laju di kawasan perumahan ketika pelajar sekolah menggunakan jalan sama pada awal pagi. Namun saya tidak berpeluang bersemuka dengan pemandunya.
Jam 8 pagi tadi selepas membeli nasi lemak, saya berhenti untuk sarapan pagi di kedai mamak berhampiran dan memakir kereta di laluan berhampiran kedai runcit warga Aceh, lokasi ais lazim dihantar.
"Pin! Pin! Pin!"
Hon dibunyikan pemandu lori. Lalu saya bergegas menghampiri lori terbabit.
"Saya tengok banyak kali awak bawa lori macam kawasan ini litar lumba. Orang mana?," soal saya kepada pemandu.
"Orang Malaysia," jawabnya.
"Loghat Indonesia, mengaku orang Malaysia," saya 'memancing'.
Pantas dia membalas.
"Saya orang Minangkabau dari Indonesia tetapi dah jadi PR (Penduduk Tetap)"
"Kalau dah jadi PR, suka hati kau lah nak bawa lori laju di kawasan perumahan?," tanya saya kepada pemandu berusia 53 tahun itu.
"Pembantu awak orang mana pula?," soal saya lagi.
"Nepal," jawabnya ringkas.
Tanpa menghantar ais, dia beredar, memandu lorinya laju mengelilingi deretan kedai berhampiran.
Pagi tadi dia malang.
Tiba-tiba dia terlanggar kereta kancil diparkir di kawasan sama. Menyedari kemalangan berlaku, dia kemudian memecut lorinya keluar ke jalan utama.
Melihat tindakannya itu, saya mengejar dan memintas lori di lampu isyarat dan mengarahkan pemandu berhenti tetapi dia enggan. Lalu saya terpaksa menarik pekerja Nepal itu keluar dari lori. Dia meronta dan saya meminta pekerja berusia 35 tahun itu bertenang namun dia tidak mengendahkan arahan itu. Saya terpaksa 'menenangkannya' dengan kaedah tersendiri.
Pemandu kemudian memakir lori di tepi jalan dan saya melepaskan pembantunya kelihatan kemengahan.
"Awak langgar kereta orang, jangan lari. Tinggalkan nombor telefon di cermin hadapan kereta dan pergi buat repot polis," jerit saya geram.
"Ampun encik! Ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki!," rayunya.
Dia kemudian mencapai kertas dan pen dari dalam lori dan menulis maklumat diperlukan lalu meletakkan kertas terbabit di cermin hadapan kereta dilanggar.
Kereta kancil itu bukan milik saya cuma saya berasa tindakannya melarikan diri tidak wajar.
"Awak ingat, awak ada PR boleh besar kepala? Ini bukan Indonesia, ini bukan Nepal, ini Malaysia! Faham?," tengking saya.
"Faham encik! Minta maaf encik!," ujarnya.
Hairan, kenapalah selepas keduanya kena pelempang baharu kepingin memohon maaf.
wow, kena pelempang. memang cara menenang yang baik sekali. haha
BalasPadampergh.. makan pelempang.. tu bukan penenang tu ubat bius separuh badan tu .. hahaha..
BalasPadamerm.. mujur derang tak lawan balik.. nanti tak pasal2 jer jadi tajuk berita
Dapat juga pelempang, ya? Kadang2 orang yang bodoh sombong ni kena diajar juga. Agak2nya mereka buat laporan polis, tak?
BalasPadamkalau kena pelempang dgn cincin GURKA boleh pengsan heee..
BalasPadamAin,tenang sungguh.
BalasPadamSafinaz, tangan saya lembutlah sebab selalu sapu lotion.
Kak Cik, dah, dia dah buat report polis.
ZZ, cincin gurkha lupa pakai sebab tadi makan nasi lemak pakai tangan.
Perggghhhhh,.. mmg betul2 kene tenang ni.
BalasPadamBro
BalasPadamPatutlah pagi tadi ada jiran cakap "Lid, member hang dah lempang mamat Indon yang selalu bawak laju kat Sekolah Seksyen 10 tu"
Bagus bro, lain kali kalau ada kes macam ni, roger aku, sebab aku pun nak join part part melempang tu. Setakat berlari@berjogging ke kawasan tu rasanya boleh lagi tu.
Note: teringin nak lempang orang jahat, namun hajat belum tercapai sampai sekarang.
ha ha ha
pengalaman saya pula, bukan setakat lori ais, tp kenderaan besar termasuklah SUV. mereka sangka mereka besar, boleh bawa laju sesuka hati, boleh cilok sesuka hati tanpa bagi signal, takde toleransi di jalan raya.
BalasPadamsaya tak pahamlah mentaliti pemandu2 tersebut
salam kat semua
BalasPadamBaru ada akai..:)
oh saya setuju.
BalasPadambukan sbb mereka org luar, mereka boleh sesuka hati langgar undang2.kalo org malaysia sendiri pun, harus diberi pengajaran begitu.
tapi adakah pasti nombor yg ditinggalkan itu yg sebenar?pasni kompem lori tu dah tak lalu situ dah.huhu..
mak aihh!!! ganas nye abg nih...i likee..heheheheh..tp mmg ptt pun tindakan abg..org mcm ni ingat ni msia leh wat sesuka ati dorang jerk..mmg ptt mkn pelempang..muahahaha
BalasPadambangsa asing macam ni lah yang merosakkan negara kita selama ini..lambakan mereka di negara kita sebenarnya menyusahkan kita sendiri...mmmmm....
BalasPadambagus mazidul, mmg patut di ajar...status PR bukan lesen utk dia tunjuk lagak kat sini......
BalasPadamWah! Makan pelempang? Bravo! Salah satu tindakan terbaik - Saya rasa adil buat ke dua-dua mereka.
BalasPadamlepas kena pelempang cik Mazidul mau rasanya depa dua tu hilang terus loghat Indon & Nepal.. hahaha... :)
BalasPadamhuhuh..
BalasPadamgeli hati baca entry ni..
cakap baik2 tak paham..amik ko pelempang..baru reti..
Bro Mazidul,
BalasPadamHati-hati ye.. walaupun kita di pihak yang benar.. selalunya orang yang kena akan berdendam. Amalkan selalu baca surah lazim, tak kira waktu. Semoga Allah melindungi kita semua.
Salam Abg Mazidul...
BalasPadamkenkadang bila adrenalin panik menyerang boleh menyebabkan org meronta2... selain ubat penenang, Istigfar tapi kalau tahap cengini.. pelepang mmg kenalah...!
Ntah2 PR tuh betul ker tak??
Rasa nyer, kalau orang lain tgk jer kot.. takkan kejar sampai abg mazidul buat... hahahah...
masa ag mazidul nabbed dorang tadi ada backup ker??
terror, terror.. bro... tapi satu tindakan yang bahaya
BalasPadamWarga kota yang bertanggung jawab.Syabas Encik Marzidul.
BalasPadamNak melempang orang kena hati yang berani.Susah nak cari orang yang sanggup macam tu sekarang ni lebih-lebih lagi bukan melibatkan harta benda sendiri.Orang selamba buang sampah bukan tempatnya pun ramai yang tak berani tegur.
Syabas la bang..mmg "spesis" macam tu tak boleh di beri muka.
BalasPadambagusnya mazidul ada masa tu..
BalasPadambagi ajar sikit kat dorang tu ek..
baru PR dah besau kepala, haaaiii!
kereta saya pon pernah kene langgar lari mase park di d'cova..saksi ckp yg laggar lori ais.mungkin lori yg sama.kalau btol,terima kasih kerana tolong tampar pemandu tu.. :)
BalasPadamsalam abang mazidul..
BalasPadamFobia lori ais ni bukan sekadar di kawasan abang mazidul..malah di kota setar ni jadi tempat berlumba lori2 ais serta lori2 tanah..berhenti sesuka hati di tengah jalan semata-mata nak hantar ais..langgar kereta orang pastu blah..bila ais dah abih satu lori..bawak 30km/j ja di atas jalan sehingga mengganggu orang lain..
bila di adu ke talian pihak berkuasa..jawapan memang menyakitkan hati..benda on the spot mana la sempat tgn nak menggagau kamera ka apa..mana nak pegang stering kereta..gilo punya cadangan..
hakikat di sini..lori2 ini bermaharaja lela kerana kurangnya penguatkuasaan..
kalau dulu..nak jumpa seminggu satu eksiden pon susah di kota setar nih..sekarang tidak lagi..hari2 leh tengok eksiden..kelalaian yang amat jelas tetapi tiada tindakan..
untuk rekod abang mazidul..kota setar ni ada sejarah tersendiri lori ais dan tanah berlumba..antaranya seorang untie mati di langgar lori berlumba..keajaiban telah menyelamatkan cucu keciknya tanpa sebarang kecederaan..lori tu? blah camtu ja..
saya sendiri dah muak dengan pihak yg berkenaan..memacam alasan di beri..terutama kurangnya pegawai untuk meronda..kalau di 'fire'..baru nak adakan roadblock..tu pon memasing muka masam..
camna pemandu bas/lori nak takutkan undang2?
Salam,
BalasPadamuntung betul tuan punya kancil tu...ada orang sanggup kejar lagi tu
tah btol ke tak PR tu, tah2 indon pendatang haram..
BalasPadamtahniah abg mazidul..saya sokong dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..takziah kepada warga indon dan nepal tersebut.
BalasPadamBaguz2...berani kerana benar.Berani menentang kezaliman & penganiayaan.
BalasPadamcaya la bro...memang terbaekk saya bangga dgn tindakan bro...syabas!!!!
BalasPadamorg2 camtu x blh dibiar..naik kepala
sgt2 HERO!!!!!!!!!! seyes mmg bukan kt tempat encik je...mane2 la lori yg bawak ais ni mmg bwk laju...mayb xnk bg ais cair kot! tp plz la...lalu kt kawsan perumahan kot! xde akal ke??? huhuh
BalasPadambagus saudara mazidul,
BalasPadamkita x perlu takut pd warga asing yg sering mbuat onar d bumi kita
len kali kalu lempang tu, jgn sekali je, 2-3 kali pun xpe..
Askm
BalasPadamSyabas Bro...nasib baik bro lempang je...kalau aku silap2 naik flying kick.
Tapi aku risau sebab ramai polis sekarang mudah kena beli. Dengan mamat Indon RM10 pun jadi.
Tempat aku di Pasar Malam B...r, bila Indon lalu sahaja polis tahan pastu minta RM10 atau RM20. Pelikkan. Gaji dah naik nak rasuah lagi