Khamis, Oktober 28, 2010

Ikut Resmi Padi ( Kisah 2 Jutawan Jelita Dan 'Bob' )

Tepat jam 10.30 malam tadi program Hujah dipancarkan TV9 secara langsung dari Studio C, Sri Pentas. Saya bersama 3 tetamu, Salha Md Zain, jutawan muda, Akmar Hanif dan Elynn Hanif mengupas tajuk 'Fenomena Facebook'.

Biarpun berstatus jutawan, hemat saya, dua beradik, Akmar dan Elynn bersikap merendah diri. Selain itu, keduanya mudah mesra dan didekati biarpun ketika bergaul bersama individu tidak hidup semewah mereka, seperti saya.

Buktinya, mereka memiliki beberapa telefon bimbit, saya hanya ada SATU sahaja.


Hujah minggu hadapan akan membawa tajuk lebih 'panas', 'Gerakan Anti Gay'. Jangan lupa untuk menyaksikannya.


[ Gambar: Elynn dan Akmar]

Menyentuh sikap merendah diri, saya tidak dapat lari daripada mencatatkan komen berhubung 'Bob', saya temui ketika krew 999 melaksanakan tugasan di Pengerang, Johor.

Sikap beliau menawan hati semua.

Lihat gambar berikut ...

Bob bersama krew 999 merempuh ombak Laut China Selatan.


Bob membantu mengalihkan batu ketika kenderaan kami tersekat pada jam 3.25 pagi.


Bob sanggup berjaga, menjadi co-pilot ketika krew 999 duduk di belakang, tidur nyenyak pada jam 4.46 pagi.


Bob tenang menunggu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor hampir 7 jam bersama kami sebelum pihak berkuasa terbabit memberkas 29 warga Indonesia.


Of course, Bob bersama kami setiap kali menjamah hidangan enak.


Bob barangkali bosan menunggu kami menyelesaikan tugasan di Balai Polis Pengerang pada jam 2.22 pagi namun tetap bersabar untuk memastikan misi kami berjaya disempurnakan. 


Bob atau nama sebenar beliau, Hj Zulkifli Mat Rawi, pegawai media kepada bekas menteri pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman, kini Ahli Parlimen Pengerang.


Sebagai pegawai media, Bob lazimnya berpenampilan berbeza, berkemeja lengan panjang, berseluar slack dan melaksanakan tugas dalam keadaan lebih selesa. Namun sewaktu menempuh 3 hari 'kritikal' bersama kami, beliau tidak kekok berseluar jeans dan berkemeja-T. Bukan itu sahaja, dalam tempoh 48 jam, Bob hanya berpeluang melelapkan mata kurang 4 jam serta berkongsi kenderaan sempit bersama kami. 

Biarpun penat melaksanakan tugasan, melihatkan sikap rendah diri beliau, jiwa kami bagai dihembuskan semangat kental.

Rumusannya, benar kata orang tua, ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi bukan seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung.

Bob juga blogger tetapi barangkali berikutan kekangan masa, jarang blog beliau dikemaskini sebelum ini.

Justeru, semangat dihembuskan Bob sewaktu kami berada di Johor, saya hembuskan kembali kepada pegawai berusia 32 tahun itu.

Semangat itu dibuktikan dengan tampalan terbaru beliau di blognya, Warisan Bonda.

Saya percaya, biarpun dihimpit ruang masa terhad, Bob sudi berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis beliau bersama semua pembaca blog ini di masa akan datang.

Nota

Sahabat saya, penganalisis jenayah, Kamal, menulis tampalan menarik ini di blog beliau. Hemat saya, penting kita bersama memahami intipati tulisan beliau.

11 ulasan:

  1. hmm akmar hanif & ellyn Hanif ? hmm jutawan muda.. nak tahu juga tentang mereka.

    tapi saya dah missed program Hujah malam tadi. =( ruginya.

    BalasPadam
  2. jap lagi nak terjah blog abg bob...
    xrugikan klu kita ni merendah diri.
    org lebih selesa utk mendekati kita

    BalasPadam
  3. Tidak susah untuk merendah diri bila ego ditolak ke tepi.. dan bila diri mudah didekati, pastinya tidak lokek orang mengingati... :)

    Hujah tu tak boleh diawalkan sikit ke waktu siarannya? Sekarang kakcik sering terlepas segala program selepas pukul 10 malam... :(

    BalasPadam
  4. saya cukup hormat orang macam bob.
    payah nak cari.
    sekarang kalau jadi tukang jawab telefon di pejabat pun sudah mula 'kerek'.
    hahaha

    p.s. 'post', dalam konteks 'blogger posting' bermakna 'hantaran'. bukan hantaran kahwin, tapi hantaran. itu kalau ikut kamus lah. tapi tak sesuai bukan?

    BalasPadam
  5. 3 wanita jemputan 'Hujah' mlm tadi membuktikan jika sesuatu perkara dilakukan dengan niat yg baik, bertanggungjawab & menggunakan saluran yg betul, maka sudah pasti akan berjaya.

    En. Mazidul, belum panas punggung, 30 minit 'Hujah' sudahpun mencapai titik noktah. Saya amat berharap 'Hujah' berdurasi 60 minit & ditayangkan di waktu perdana.

    Buat saudara Bob, TAHNIAH kerana pangkat tidak membuai diri saudara utk diangkat - Jika bekerja dgn ikhlas, walau diceruk mana & apa situasi sekalipun 'aura hangat' itu akan dirasai oleh org yg berada di sekeliling.

    BalasPadam
  6. Salam Bro Mazidul, nak komen sikit la pasal rancangan Hujah. Saya rasa tak cukup la 30minit, rasa baru perbincangan nak panas dah habis...apapun memang BEST ( berkenanan cadangan nak panjangkan masa Hujah, tolong la panjangkan heheheh )

    BalasPadam
  7. jutawan muda?alhamdulillah mereka melayu dan islam..bangga aku...

    BalasPadam
  8. untung kita yer..
    duduk dalam rumah sambil rehat boleh tengok cerita subuh sunyi..nyamuk banyak woo..sejuk lagi..hheee

    Di salah sebuah Kantin Putrajaya..
    ada 3 biji HP atas meja..

    satu semacam berbunyi "'..lori pickup tong gas
    '',dailek dgn pekerja Indo agaknya.

    satu mcm ada nada kekawan pejabat..

    "order tea ikat tepi"..

    satu lagi mcm order simen.."".cukup tala cukup.."

    dua lagi sepi..(yang ke 4 sarung di pinggang)

    sketsa..cari duit buat mengisi minyak kereta di kota besar..

    BalasPadam
  9. Yeahh... hidup abang Bob...
    Moga berkekalan sifat terpuji ni.

    BalasPadam
  10. heh.jutawan ni.

    teringat kisah dulu menyewa rumah mereka. rumah rosak teruk,kipas rosak.lantai leaking. hampir separuh rumah rosak senang cerita. namun bila dihubungi P.A dia hanya kata akan hantar kontraktor.

    2 tahun menyewa azab tak mahu perbaiki lansung sedangkan agreement dah tulis owner kena baiki kerosakan rumah.

    penyewa rumah ambil inisiatif sendiri repair kipas semua dan kononnya jutawan akan membayar kembali bila dah hantar resit namun tiada jawapan diberi. sehingga P.A sendiri dah berapa kali bertukar ganti.

    dah keluar dari rumah tu pulak haram deposit satu sen tak bayar balik. inilah realiti jutawan tu.

    err janganlah jutawan ni kaya dengan menganiaya orang lain. kalau encik mazidul tak percaya jika berkesempatan jumpa jutawan ini lagi tanya apa dah jadi di E77B cyberjaya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.