Kita menetap di lokasi berbeza dan mempunyai kerjaya tidak serupa.
Majoriti bekerja mencari nafkah bertujuan menampung perbelanjaan keluarga dengan kos kehidupan, cost of living semakin meningkat.
Pagi semalam saya berpeluang bersembang buat seketika bersama pemandu teksi, saya anggarkan berusia lebih 50 tahun.
"Uncle pening! Rumah besar, tinggal dengan isteri dan 2 anak sahaja. Bil elektrik setiap bulan RM300. Tinggi! Mungkin sebab selalu guna aircon 24 jam dan 2 peti ais. Boleh kata, uncle bawa teksi semata-mata untuk membayar bil," keluhnya.
Dia mahir berbahasa Inggeris dan menurutnya pernah mengikut isteri selama 5 tahun bertugas sebagai diplomat di Amerika Syarikat. Kini isterinya pesara kerajaan.
"Dulu masa di Amerika, mudah. Rumah, elektrik, air, kenderaan all were paid for," sambungnya.
Itu antara cabaran didepani pemandu teksi ketika bermastautin di negara sendiri.
Dalam institusi keluarga, ayah dilihat sebagai bread winner, pencari rezeki utama biarpun majoriti ibu bekerja.
Lazimnya, antara tanggungjawab bulanan suami, memberikan wang kepada isteri untuk dia sebagai 'menteri kewangan', menguruskan perbelanjaan dapur dan keperluan anak. Namun jumlah wang terbabit pastinya berbeza mengikut pendapatan, bilangan ahli keluarga dan kaedah digunakan.
Tidak dapat disangkal, sebilangan isteri kerap komplen kerana wang diberikan suami didakwa tidak mencukupi sedangkan pendapatannya tidak disentuh.
Wang tunai, RM1500 sebulan, kekadang dilihat sebilangan isteri tidak mencukupi.
Jadi, berapa jumlah mencukupi?
Kekadang terfikir, pekerja kontrak atau kilang meraih pendapatan kurang RM1500 sebulan mampu membesarkan 5 anak sekaligus menampung perbelanjaan keluarganya.
Ini adalah bahana 'kenaikan2 yang tidak membebankan rakyat'! :(
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamrasa bersyukur dengan apa yg ada... insyallah cukup segalanya
BalasPadamPada saya, berapa pun yg dapat tak kisah asalkan kita tahu bersyukur dan tahu membelanjakan kepada yang perlu sahaja. Dan yang penting jangan tangguhkan pembayaran semua bil tiap-tiap bulan yang diterima.
BalasPadamNi namanya belanja tanpa mengukur baju di badan sendiri tapi kat badan orang lain!
BalasPadamSesiapa yang pernah "merana" pada zaman recession akhir tahun 90-an takkan merungut tentang kenaikan harga barang atau perkhidmatan dan mampu berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Kalau sesiapa yang belajar pasal Financial Management mesti tahu pasal Past Value, Present Value dan Future Value bila mengira sesuatu nilai. Contohnya RM10 10 tahun dahulu sama nilainya dengan berapa RM sekarang dan sama nilainya dengan berapa RM 10 tahun dari sekarang?
Dalam apa jua keadaan, kita disarankan supaya bersederhana dan tidak membazir. Bukannya konsep baru tapi saya rasa semua orang tau pasal ini, antara pakai dengan tak pakai saja.
besar periuk, besarlah keraknya....
BalasPadamsaya dulu pun bekerja kilang, menyewa rumah, pendapatan cukup makan...
sekarang bekerja eksekutif, pendapatan pun cukup makan lepas bayar kereta, bayar bil henpon, bayar astro, bayar rumah yang lebih selesa...
bukan soal berkat tak berkat sesuatu rezeki, jangan sesekali menghukum rezeki orang lain, berdosa...!
www.sw33tdarling.com
kita patut mengukur baju di badan sendiri. tapi selalunya kita ukur baju di badan orang lain...
BalasPadam