Itu fakta.
Pada usia 21 tahun kebanyakkan mereka masih berada di kolej atau bekerja jika menamatkan pendidikan pada tingkatan 5.
Hakikatnya, setakat ini, tiada undang-undang mewajibkan generasi muda menyertai parti politik tetapi penting bagi golongan sama mendaftar untuk mengundi agar suara mereka diambil kira dalam sistem pemerintahan negara.
Lazimnya, rakyat Malaysia menjadi ahli parti politik untuk memastikan pandangan politik mereka didengari.
Kini, senario itu berbeza.
Generasi muda berpeluang menggunakan platform media baharu, antaranya Blog, Facebook, Twitter dan laman sesawang untuk melontarkan pandangan mereka berhubung senario politik negara.
Selepas Pilihanraya Umum ke 12, hemat saya, semua parti politik sedar berhubung kepentingan peranan media baharu dalam proses meraih sokongan sekaligus keputusan pilihanraya.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA, Datuk Prof Dr Ramlah Adam berkata media baharu, sumber rujukan utama masa kini, diguna pakai semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik.
Antara kelebihan media baharu, majoriti bersifat interaktif, membenarkan golongan muda berinteraksi secara langsung tanpa perlu menunggu mesyuarat berbanding jika menjadi ahli parti politik.
Media sama mampu diakses 24 jam sehari.
Seperti saya tuliskan dalam tampalan sebelum ini, bermula pada 20 Oktober 2010, saya telah ditugaskan untuk mengacarakan program bual bicara secara langsung 30 minit, Hujah.
Tajuk minggu ini, 'Politik dan orang muda'.
Sebelum ini, Hujah barangkali dilabel program hanya menyentuh isu berhubung politik hardcore namun selepas ini situasi itu berubah. Program terbabit akan merungkai pelbagai tajuk lain, antaranya 'kebaikan dan keburukan Facebook', 'Anti Rempit' dan 'Gerakan anti gay'.
Sebelum ini, Hujah barangkali dilabel program hanya menyentuh isu berhubung politik hardcore namun selepas ini situasi itu berubah. Program terbabit akan merungkai pelbagai tajuk lain, antaranya 'kebaikan dan keburukan Facebook', 'Anti Rempit' dan 'Gerakan anti gay'.
Hujah diterbitkan Nurul Rodhiah Zulkifli (gambar: tengah) disiarkan pada setiap Rabu, jam 10.30 malam di TV9!
Sila kongsikan pandangan bernas anda berhubung tajuk di atas dan bantu saya menjadikan perbincangan kelak lebih berkredibiliti.
Terima kasih kepada semua pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.