Semalam saya menghantar kereta untuk diservis mekanik di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Bosan menunggu, saya bersembang dengan kerani bebangsa Cina, 'Jennifer', berusia 26 tahun. Menurutnya, dia mempunyai 2 anak perempuan berusia 2 dan 4 tahun, hasil perkongsian hidup dengan suami, pekerja kedai aksesori kereta.
"Sekarang sudah biasa, perempuan Cina 'kena' dulu baharu kahwin," katanya.
'Kena' di dalam konteks ini bererti mengandung.
"Kalau sudah mengandung, emak dan ayah itu perempuan tak marah ke?," soal saya.
"Kalau sudah 'pak tho' (bercinta) lama, lima, enam tahun, famili semua sudah kenal, itu lelaki baik ke tak baik. Perempuan punya ayah akan jumpa famili lelaki, bincang. Kalau itu lelaki, umur sudah lebih 18 tahun, ada kerja, no problem punya, kahwin lah. Tetapi kalau itu lelaki tak mampu tanggung itu perempuan, anak boleh kasi gugur," jelas Jennifer.
Terasa benar saya tidak mengikuti perkembangan zaman.
"Memang biasa macam itu ke?," tanya saya kehairanan.
"Ya lah, sudah lama lah, mungkin you sahaja tak tahu," balas wanita beragama Kristian itu.
Saya terdiam seketika.
"Tetapi kalau ikut agama Kristian, bukan macam itu kan? Kena kahwin dulu baru boleh 'main', tinggal satu rumah," kata saya.
"Ya lah tetapi Melayu pun ramai macam itu kan?," soalnya yakin.
Saya tidak mengangguk mahu pun menggelengkan kepala.
Barangkali itu antara sebab jarang kita tidak pernah mendengar kes pasangan remaja Cina membuang bayi.
Sejurus sebelum kereta siap diservis, saya mengajukan soalan terakhir kepada Jennifer.
"Kalau nanti anak you besar, 'kena' sama boyfriend dia, you marah tak?," tanya saya.
"Tak," jawabnya ringkas.
Sejurus sebelum kereta siap diservis, saya mengajukan soalan terakhir kepada Jennifer.
"Kalau nanti anak you besar, 'kena' sama boyfriend dia, you marah tak?," tanya saya.
"Tak," jawabnya ringkas.
betul..kawan cina saya sendiri pernah akui..mereka akan tidur bersama dulu dan pastikan perempuan tu boleh lahirkan zuriat untuk laki itu baru mereka kahwin..itu kata kawan saya la..
BalasPadamBenar, agama dan budaya mempengaruhi moral generasi.
BalasPadamYang pasti, tiada agama membenarkan perkara salah dan mungkar.
Tapi jika sudah menjadi amalan dan sebahagian budaya, ianya tidak lagi menjadi salah.
Bak kata orang, “alangkan yang Islam pun berani buat, apatah lagi yang bukan...”
Seriau kiterrrrrr....
salam mazidul..tiap2 hari singgah hanya tak komen je.memang itulah yg terjadi pada pasangan bangsa cina.anak2 kawan makcik tinggal serumah get to know better then only kahwin.mungkin sebab tu kita tak dengar anak2 yg dibuang oleh mereka.
BalasPadamsadis betul bila dia cakap.."melayu pun sama kan?"
BalasPadaminilah bila dosa besar (zina)
seperti dihalalkan.. hanya dipandang sepi..
muslim yang hanya islam pada nam yang merosakkan agama sendiri
huhuhu. ni la zaman skrg ye tak? huhuhu.
BalasPadammintak2 dijauhkan.
speechless!
BalasPadamheh, bila dah jadik budaya maknanya diterima masyarakat tu le sebabnya amoi tu tak marah kalau anak dia 'kena'... dan kita bimbang orang melayu sedang ke arah itu
BalasPadamSalam,
BalasPadamAnak muda melayu pun memang ramai yang tinggal serumah sebelum kawin. Dunia dah jadi makin pelik...ada ketika sedara mara yang tahu pun buat2 tak tahu. Kalau kita beritahu, tuan empunya badan pulak buat2 telinga tebal.
Paling sadis, masa saya tinggal di Jalan Klang lama lebih 10 tahun lepas, depan mak bapak anak2 bawak balik boypren dan masuk bilik. Ternganga tak terkata apa saya waktu tu sebab terkejut.
institusi perkahwinan semakin berkubur..
BalasPadamperkahwinan tidak lagi menjaminkan kesejahteraan hidup..
orang yang dah berumahtangga pun terlibat dengan pelbagai skandal rumahtangga.. jadi macammana remaja nak menjadikan ibu bapa mereka seboai ikon atau idola?
jadilah kita sebuah masyarakat yang sangat pincang..
wallahhualam..
hurmm..
BalasPadamlain bangsa lain fahaman...
klu lah islam ikot mcm tu..
alamatnye???
nauzubillallah...
'Adat' ni memang biasa pada kaum Cina. Tidak jadi janggal kerana cara remaja2 Cina bercinta tak sama macam remaja2 Melayu. Remaja2 Cina bercinta adalah caranya suka berterus-terang : dengan bawa pasangan jumpa keluarga dahulu supaya boleh kenal hati budi diri dan keluarga masing2.
BalasPadamSetelah okay pada tahap peribadi, kejujuran (niat) hati pasangan masing2 baru lah dapat lampu hijau untuk bercinta. Dan cinta bukannya boleh dibuat main2 macam pasangan remaja Melayu, mereka betul2 bercinta dan setia pada pasangan masing2, jadi tak jadi masalah tak bertanggung-jawab jika mereka terlanjur dan mengandung. Lagipun tak jadi larangan dan dosa jika mengadakan seks asalkan setia dengan kekasih mereka. Bila sudah mengandung mereka akan membuat persiapan untuk berkahwin ; Jadi mana ada masalah buang anak? Tak macam remaja Melayu yang tahu nak berseronok2 untuk seks sahaja, kononnya bercinta tapi sebenarnya tidak - cuma teman seks sahaja, maka jadilah macam bohsia akhirnya buang anak dalam tong sampah - sebab 'kekasih hati' tak mahu bertanggung jawab sebab - buat apa kahwin dengan bohsia! Malu!
ape yg bro dengar dari jenifer tu betul.. saya ada 2-3 org kawan cina juga yg macam tu.. muda2 lagi tiba2 sudah ada anak. nk buat majlis besar x mampu, register je dulu.. ada duit baru buat majlis..
BalasPadamcina 'kena' dulu tu dah lama lah...mmg macam tu.
BalasPadamcina tak buang bayi sbb bukan macam kita. malu melebihi sayang. sbb tu sanggup buang bayi.
sama ..saya pun baru tahu. MALU nak tanya..
BalasPadamkita sebenarnya tak sama seperti mereka cuma kita kini meninggalkan ajaran agama yang maha agong ini.
BalasPadamsebab tu la cina itu boleh kata Melayu pun sama .
tak malukah kita?
alamak....patutla....
BalasPadammemang memalukan. cina di Sandakan ni pernah tanya kami orang Melayu, "kenapa orang Melayu suka buat seks di tangga, di kerusi public dan macam-macam tempat. Kenapa orang melayu suka buang anak? Melayu tak pandai sorok?.Kami orang Cina mana ada macam tu"
BalasPadamOrg melayu buang anak pasal takde duit nak jaga.nanti keje pusat urut masuk metro.main judi jabatan agama tangkap.nak niaga modal takde untung ciput.keje makan gaji apa sen sangat.ikut kajian aku.melayu yang buang anak ni terdiri mat rempit.mat kilang.operator kilang yang mana pendapatan kecik.kais pagi makan pagi kais petang makan petang.tetiba boom ada anak...nak bagi orang tak tahu nsk bagi siapa.so letak kat luar la.kaum cina kebanyakksnys takde halal dan haram.berjudi.bertikam nombor.kasino.etc etc...peringkat teruk ahlong berlesen.kebanyakaan diorang ni berniaga dan ada kompeni sendiri.income stabil.tu pasal takde fikir nak buang anak.makan pakai semua cukup.ada untung lebih bini buka salon buka pub.kasi cuci duit tu baagi bersih.
Padamtapi cina ni satu je kelemahan allah bagi.
Suka judi.ramai cina collapse pasal main judi.
cina buat anak dulu mmg dah lama...sebab diorg tanak kawin dgn perempuan yg tak boleh lahirkan zuriat diorg..rugi woo..anak penting bg diorg, lebih2 lagi lelaki...
BalasPadamsaya setuju dgn komen Nota Fikir..
baru tahu jugak hal ini..
BalasPadamlogik la kenapa tak pernah dengar kes cina buang bayi..
tu la bila hudud tak dilaksanakan, orang Islam pun ramai yang nak ikut budaya bangsa lain yang lain agamanya kerana manusia ini memang sentiasa nak cuba tambah benda tu "sedap" pulak... bila dah berisi baru nak gelabah, pastu buang anak merata...
BalasPadamsapa nak tau bab hukum zina dalam Islam blh tgk dalam ni : http://wansaidin-sinarhidayah.blogspot.com/2010/09/zina-muhsan-bagaimana-hukuman-rejam.html
rasa gli hati dgn jawapan terakhir amoi tu.. tapi rasa sedih bl bangsa lain pun dah pandang rendah terhadap melayu dan islam di sebabkan tindakan mereka sendiri..hmm..
BalasPadam