"Siapa benarkan kisah Mat Komando disiarkan minggu depan?," tanya lelaki terbabit.
"Awak siapa?," tanya saya.
Berikutan tanpa salam dan tanpa memperkenalkan dirinya, saya terpaksa mengajukan soalan itu.
"Adik Mat Komando," kata suara di hujung talian.
"Kelulusan Polis Bukit Aman, hanya dengan kelulusan pihak berkuasa, paparan boleh ditayangkan," jawab saya.
"Kalau kisah itu diungkit, mesti akan aibkan keluarga kami," jelasnya.
Menurutnya, dia memperoleh nombor telefon saya daripada rakannya.
"Saya tak terbabit dengan program (Kes) tu," jawab saya.
"Tetapi itu rancangan TV3, kan?," soalnya kembali.
"Ya, masalahnya TV3 bukan saya. Nanti awak tanya dengan TV3 kalau nak tahu tentang program tu," kata saya.
Dia terdiam.
"Kisah Mat Komando pernah disiarkan berulang kali dek akhbar sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Adakah akhbar meminta kebenaran daripada awak sebelum berita dicetak?," soal saya.
Dia terdiam sekali lagi.
"Penjenayah seperti Botak Chin pun masuk surat khabar, masuk TV juga," sambung saya.
Dia kemudian memutuskan perbualan.
Nama sebenar Mat Komando, Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun dan dia dilaporkan mula terbabit merompak antara mangsanya, pemborong kelapa sawit, pengurup wang dan bank komersil di Malaysia bermula pada tahun 2001.
Gengnya digelar 'Kumpulan 13' dan polis mengambil masa 255 hari mejalankan Ops Api Sawit 2 sebelum berjaya menembak mati penjenayah terbabit di pondok di bawah pada subuh 12 September 2002 di Kampung Hujung Keton, Alor Star, Kedah.
Geng Kumpulan 13 terbabit dalam 52 kes samun membabitkan kerugian wang tunai lebih RM5.2 juta, 2 kes mencuri motosikal dan kes cubaan membunuh.
Polis berjaya menangkap 9 daripada ahli kumpulan sama manakala 4 lagi mati ditembak termasuk ketua mereka, Mat Komando.
Bekas anggota komando itu dikatakan memiliki ilmu selisih, berupaya memboloskan diri tanpa disedari pihak berkuasa dan pada masa sama dia juga didakwa kebal.
Hemat saya, kisah Mat Komando harus ditayangkan untuk ditonton masyarakat khususnya generasi muda agar mereka tidak mengulangi kesilapan dilakukan penjenayah terbabit.
Saya difahamkan, selepas ditembak mati, polis menemui wang tunai RM50, sekotak rokok Marlboro ditubuhnya dan pistol.
Saksikan Kes, Rabu, jam 9 malam di TV3!
Salam,
BalasPadammenarik, ulang saja tayangannya; tiada masalah... ;)
Saya ingat-ingat lupa kes itu, tapi saya ada sorang kawan yg gunakan nick Mat Komando di alam siber...
BalasPadamPada dasarnya, tak ramai orang suka dipapar berita di media, tapi dlm kes ini, sudah jadi skop berita. Mesti tersiar...
topik ini sangat menarik..
BalasPadampasti memberi seribu kefahaman tentang siapa yang pernah terbabit dalam kes-kes besar di Malaysia..
yang baik kita jadikan pedoman, yang tidak, kita jauh kn...
Saya mengikuti 'KES : Kronologi Esklusif Siasatan' - Yang telah saya tengok Kes Botak Chin, Suzaily, Mat Komando tetapi Canny Ong tidak (kenapa? sila lihat rasa hati & rumusan drp pemikiran saya yang tdk seberapanya ini seperti di bawah):-
BalasPadam(1) KES Botak Chin - Pada hemat saya kronologi perlakuan jenayah, lakonan semula watak dan kejayaan pasukan Polis yg berdedikasi amat wajar & sesuai ditonjolkan. Natijahnya drp tayangan kes tersebut, MESEJ sampai kpd saya & keluarga bahawa "Jgn jadi seperti Botak Chin" "Jenayah membawa padah" (pinjam tagline 999) & "Kejayaan sentiasa ada buat org yg tdk berputus asa" (yg ini merujuk kpd kejayaan pihak Polis & kita blh praktikkan di dlm hidup seharian).
(2) KES Suzaily - Ketika itu saya sedang mkn malam dan dek kerana kencangnya degupan jantung & perasaan yg bagai ditusuk sembilu, nasi yg ditelan membuatkan saya hampir tersedak! Ya,lakonan semula watak Perogol itu sewaktu menyeksa Suzaily amat berkesan! Thanks, but No Thanks! Mengapa? Kerana Saya amat sedih bagaikan saya sendiri merasai detik yg amat mengerikan tersebut & seolah Suzaily itu adalah ahli keluarga saya sendiri di mana lakonan semula itu cukup merobek hati saya. Natijahnya, adengan kekejaman & cara2 Perogol tersebut terlalu detail & pd pendapat saya yg tidak seberapanya ini, ianya bagaikan memberi idea kpd bakal2 Perogol di luar sana (juga mungkin dipraktikkan utk meragut juga). Pada hemat saya cukuplah jika hanya suara latar menceritakan bagaimana Suzaily diperlakukan, tdk perlu visual si Perogol yg bersungguh2 mendera & melemahkan Suzaily. Sebaiknya di dlm KES Suzaily apa yg WAJIB ditonjolkan adalah bagaimana kuatnya raungan si Perogol tersebut sewaktu menerima hukuman sebat (tdk perlu ditunjukkan punggung yg luka berbirat, terkoyak & berdarah ttp perdengarkan kpd penonton raungannya, jeritan kesakitan & keinsafannya). Juga detik2 si Perogol itu di tali gantung - Bkn hanya visual tali gantung yg ditayangkan beberapa saat di kaca TV yg menoktahkan bahawa Oh! ke tali gantung akhirnya dia! Tetapi, jika raungan kesakitan & keinsafan si perogol diguna pakai saya pasti MESEJ yg sampai kpd penonton pd hari tersebut adalah "Uiihhh... sakitnya, teruknya balasan jd perogol & pembunuh..." atau "Ya, Allah! Aku tak nak buat jahat" atau "Eeee... mintak simpanglah... aku takkan buat spt itu, seksa sangat hukumannya..."
(3) KES Mat Komando - Saya tidak rasakan ianya membuka aib arwah & keluarga. MESEJ amat jelas bahawa "kecuaian mendatangkan mudarat" (hingga senjata api didlm simpanan pihak berkuasa dpt dicuri keluar). "Berfikir sebelum bertindak" (hendaklah rasional & ingat kpd Tuhan & keluarga sebelum melakukan sesuatu jenayah) & "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"(Jgn buat sesuatu yg sia2).
(4) KES Canny Ong - Minta maaf kerana saya tdk menontonnya. Saya tahu ini kes rogol & bunuh, maka kenangan adengan tragis & sadis KES Suzaily msh menghantui & kebetulan saya sibuk membuat kerabu Jantung pisang memenuhi hajat Suami utk mkn malam pada hari Rabu tersebut.
Saya cukup menyokong & menyanjung tinggi para Penerbit yg mengisi program dgn kaedah Menerobos Minda-Mendidik Jiwa sebegini. Perhalusi setiap pengisian sebelum ditayangkan agar kami para penonton dapat sesuatu yg positif.
sayang sekali kemahiran yg ada pada dia digunakan pada jalan yg salah.
BalasPadambukan mudah untuk menjadi seorang 'komando'.hanya mereka yang punya semangat kental,kebal dan degil saja layak diberi gelaran komando.
paparan Kes mmg sentiasa menarik. akan ku tunggu!
BalasPadamRasanya siri-siri seperti KES,999 ataupun Hujah patutunya disiarkan pada pukul 9malam hari ahad.Ada lebih banyak faedah berbanding siri sitkom bodoh MR BEAN...
BalasPadamMungkin ini dapat membantu kesedaran anak-anak muda...
Izinkan saya buat pembetulan ya :-
BalasPadam(3) KES Mat Komando - Kalau tak silap yg telah saya tonton adalah Al-Maunah. Mat Komando bakal disiarkan pd minggu depan.
Minta maaf ya, Terima kasih.
Bro
BalasPadamCuma satu soalan - Kenapa semenjak kebelakangan ini kes jenayah semakin menjadi jadi, adakah kerana himpitan ekonomi?
:)
Risau dengan tugas susah kawan-kawan. Selamat bertugas!
Setuju sangat dengan userzworkshop...
BalasPadam