Sabtu, Julai 02, 2011

Laungan Panjang Dan Sayu Di Highland Towers

Tengah malam tadi, saya bersama 8 penyelidik paranormal termasuk 4 ahli kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG tiba di sekitar Highland Towers. Berikut gambar ahli PAG saya rakamkan sebelum kami ke lokasi.


  Azree Ja'afar

 Asyraf Ja'afar

Alfee Ja'afar

Abdul Qaiyum Mohd Suib a.k.a 'Atoi'

Turut serta, bekas ahli kumpulan Seekers, Shahrul Ashraf Sallehuddin a.k.a 'Boy' dan rakan Rahmat Mokhtar, Ashraff Zainon.


Rahmat dan Muhammad Zaki Muhammad juga berada di lokasi.


"Air ini dah dijampi, saya spray sikit kat tangan awak semua," pinta saya.

Pada awalnya saya dapat merasakan, majoriti mereka berasa hairan sebelum menyedari cecair disemburkan ke tangan mereka, mosquito repellant, cecair untuk menghalau nyamuk.

Zaki kemudian mengeluarkan Ridsect dari dalam kereta.

"Just sembur pada kasut, petang tadi masa kita orang masuk recee, banyak pacat di kawasan itu," jelas saya.


Rahmat pantas menyemburkan cecair terbabit ke kasut hitammnya. Untuk rekod, sewaktu tinjauan awal dijalankan petang semalam, dia digigit 2 pacat mengakibatkan darah pada kesan gigitan sukar diberhentikan.


Biarpun bernaung di bawah kumpulan pengkaji paranormal berbeza, semua menyertai tinjauan bersetuju dikenali sebagai kru kumpulan '666', setiap kali kami menjalankan kajian bersama. 

666, sekadar nombor, tidak lebih daripada itu. 

"999 itu normal, siri nombor menggambarkan kecemasan dalam dunia manusia. Kalau diterbalikkan, menjadi 666, dianggap nombor separa normal kerana dihubungkaitkan dengan kajian dunia lain, paranormal," jelas saya.

Ide itu diterima sebulat suara.

Tepat jam 12.30 malam, perlahan, kami menaiki tangga menuju ke arah satu daripada 2 blok masih berdiri. Anak tangga uzur dan pecah, kami daki bersama.


Sebaik tiba di bekas tempat parkir kenderaan gelap, kami bergerak perlahan dengan langkah berhati-hati.


Saya perhatikan, sebahagian daripada kawasan itu basah dan lembab. Jika diteliti fakta tragedi 18 tahun lalu, blok A, kondominium Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993 diakibatkan aliran air di bawah tanah. Jangkaan saya, keadaan tanah masih sama, justeru 2 bangunan tinggal itu  juga dijangkakan bakal rebah, cuma masa akan menentukannya. 


Jam 12.42 malam, kami menaiki tangga ke tingkat satu blok sama. Barangkali sudah menjadi kelaziman, hati sedikit berdebar, mata liar memandang ke kiri dan kanan sambil kaki menghayun langkah. 


Di tingkat satu kru 666 bergegas menggunakan alat pengesan medan elektrik, EVP, mengeluarkan bunyi nyaring jika entiti paranormal berlegar di kawasan sekitar. Infrared, IR Thermometer dan alat pengesan bunyi berparabola turut digunakan, bertujuan menguji kehadiran entiti paranormal di kawasan terbabit.


Pergerakkan kami ternyata mengganggu haiwan malam, barangkali sedang tidur lena di pokok berhampiran. Gambar orbs pelbagai warna juga saya rakamkan di ruang tengah blok sama.


Saya kemudian mengambil kesempatan merakamkan beberapa gambar di dalam dan luar blok. Tapak blok runtuh kini kelihatan bak 'ditelan' hutan menjadi tumpuan lensa kamera saya.

Beberapa minit kemudian, kami dikejutkan.

"Ada polis datang! Dia tengah suluh suluh kita, 3 orang semua," tegas seorang daripada kru.

Sebelum memasuki bangunan, kami terserempak 3 remaja lelaki Cina menyempurnakan acara keagamaan kira-kira 300 meter dari blok kami tinjau. Dua kenderaan kami naiki diparkir berhampiran kereta mereka. Mungkin, maklumat berhubung kehadiran kami di kawasan itu, disalurkan mereka kepada anggota pihak berkuasa terbabit.


"Memang kita jangka dari awal, polis akan datang. Kalau naik ke blok ini, mungkin dia minta MyKad kita untuk pemeriksaan identiti. Kawasan ini tidak berpagar, tak ada signage 'No tresspassing', lagi pun kita semua tahu dah banyak group masuk sebelum ini," kata saya.

"Dia tengah suluh tu! Cerahnya lampu dia orang," celah Rahmat.

Kami semua membatu buat seketika.

"Rasanya dia orang pun tak berani nak naik tempat dikatakan haunted ni. Lampu secerah manapun takkan nampak kita sebab pokok di depan blok ini tinggi," ujar Azree yakin.

Dua adik-beradiknya berusia 24 dan 32 tahun, Asyraf dan Alfee, hanya mendiamkan diri.

Untuk rekod, petang sebelum tinjauan dilakukan, saya, Rahmat dan Zaki menemui penghuni rumah berdekatan jalan masuk ke Highland Towers dan menyatakan tujuan kami.


"Ada guna generator ke when you do the shooting?," soal penghuni rumah.

Ternyata dia bimbang, jika kami berbuat bising pada waktu keluarganya tidur.

"No untie, thank you," balas Rahmat.

Perhatikan jalan masuk ke kondominium pada waktu awal pagi, gelap. 


Hemat saya, anggota polis berada di lokasi itu hanya membuang masa jika bertindak mengesan kedudukan kami, sekadar datang untuk menjalankantinjauan serta beberapa ujikaji ringkas.

Untuk rekod, 2 blok masih berdiri biarpun condong dilaporkan pernah dijadikan sarang penagih dadah melepaskan gian sebelum ini. Lihat bekas bungkusan makanan bertaburan di lantai ruangan bawah blok, bukti nyata, kami bukan kumpulan pertama berkunjung ke situ.


Jam 1.20 pagi, sejurus pasukan polis peronda beredar, 2 kamera video berupaya merakamkan visual di dalam gelap dipasang.


Melalui pengamatan saya, keadaan di lokasi itu kelihatan agak berbahaya. Papan terbuang bersepah, lubang di lantai tidak bertutup, kaki boleh terperosok jika cuai, sebahagian konkrit tiang runtuh manakala lantai pula dipenuhi puing puing batu bertaburan.


Setelah berpuas hati dengan kelengkapan dipasang, kami beredar ke bahagian hadapan blok, berkumpul di tanah lapang. 


"Atoi cuba gunakan alat pengesan bunyi  dekat tapak blok A runtuh tu," ujar saya.

Kelihatan teragak-agak, dia berjalan ke arah kawasan dimaksudkan.

"Alah! Sekejap lagi, dia pusing baliklah tu," usik rakannya.

Beberapa kru tertawa.

Perhatikan gambar orbs saya rakamkan, 'menyambut'  kedatangan Atoi di sekitar kawasan 48 nyawa terkorban sebelum ini.


Tapak runtuhan di hadapan lokasi Atoi berdiri, kini ditumbuhi pokok rendang dan lalang, menyimpan seribu satu rahsia ngeri.

Sedang kami berada di situ, tiba-tiba ...

Dum!!

Bunyi seperti objek besar jatuh di dalam bangunan lokasi kamera ditempatkan, jelas kedengaran sekaligus kami saling berpandangan.

Malangnya, rakaman video  di tingkat satu tidak memaparkan petanda kehadiran sebarang entiti paranormal. Kami kemudian beredar ke blok bersebelahan.


Tit! Tit! Tit! Tit! Tit! Tit! Tit! Tit! Tit!

Alat EVP dipegang Rahmat tiba-tiba berbunyi tanpa henti. Pantas dia berlari, menerjah kawasan tangga. Sewaktu kami berkumpul berhampirannya, alat terbabit berhenti mengeluarkan isyarat.


Sebelum itu Rahmat dan Alfee berjaya merakamkan suara ganjil. Rakaman itu diperdengarkan semula kepada semua kru 666.


"Macam bunyi laungan suara perempuan," kata saya.

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu ... 

Semua kru bersetuju, laungan panjang dan sayu berjaya dirakamkan. Mendengar bunyi itu, bulu roma spontan berdiri dan perasaan takut mencuit hati. Terbayang keadaan ngeri 9 mayat putus dan berkecai anggota badan, ditemui di bawah runtuhan blok bersebelahan.

IR Thermometer digenggaman Rahmat kemudian menunjukkan suhu sekeliling turun secara mendadak di antara 9 dan 12 darjah Celcius. 


Tepat jam 3.20 pagi, semua kru 666 kembali ke jalan utama sebelum berkunjung ke restoran mamak berhampiran untuk menghilangkan dahaga.

"Macam ada tak lengkap tinjauan kita kali ini," ujar Rahmat.

Saya bersetuju dan jika keadaan mengizinkan kami ingin kembali semula ke lokasi dianggap 'lagenda', tidak dapat dipisahkan dengan kisah ngeri dan dianggap masyarakat berhantu itu.

39 ulasan:

  1. Rasa nak join je korang kalau ke sana lagi. Boleh ke?? hehehehe

    BalasPadam
  2. Salam Bang
    SMTI
    Lu memang bran la bro..hihii..:)

    BalasPadam
  3. Salam,abang Mazidul apa cerita ye dengan mangsa yang terselamat dlm tragedi tu..baby 6 bulan tu mesti dah anak dara sekarangkan..maknya juga masih hidupkah?nak tahu pengalaman daripada mulut si ibu masa tertimbus tu kan..
    tak sabar nak tahu kisah selanjutnya selepas ini.

    BalasPadam
  4. Bang, saya ada bertanyakan melalui email apa itu orbs. Ada gambar turut saya sertakan yg mana saya rakam di Bandung. Mungkin boleh bagi sedikit penerangan ttg orbs.

    BalasPadam
  5. Abg Mazidul, saya pernah terbaca tentang rumah sewa berhantu diShah Alam (seksyen berapa saya lupa) ramai student ITM penah menyewa dan penah kena sakat, rumah 2 tingkat, boleh la masuk dalam list anggota paranormal ini ye.

    BalasPadam
  6. Menarik kalau ada lagi leh kongsi ...

    http://ipeynhmetro.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Sdr Mazidul,

    SMTI. Kalau tak keberatan boleh upload bunyi 'Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu' di dalam tampalan berikutnya.

    sekian.

    BalasPadam
  8. Seram. En Mazidul tak risau ker, kot-kotlah bangunan tu runtuh. Saya pun nak tahu juga, apa itu orbs. Hantu gak ker??

    BalasPadam
  9. terbaik dari crew paranormal 666!! semoga team ini kekal membuat kajian mencari kebenaran alam ghaib...

    abang mazidul memang sporting habis...

    BalasPadam
  10. klu baca ini tgh2 mlm pun buleh tegak bulu roma ... :p

    alhmdllh tiada yg disampuk yer ;)

    BalasPadam
  11. eee...menyeramkan...
    er...korang seme ni tak takut ke kalo tiba-tiba...???

    BalasPadam
  12. salam abg mazidul;
    blh x terangkan skit bagaimana gambar ORB tu blh terjadi?? itu masih menjadi kemuskilan pd saya...

    BalasPadam
  13. smti.
    seram pulak ddk sorang dkt rmh ni .haha

    BalasPadam
  14. tahniah kerana mengexplore di blok B.. kami the others, explore di blok a.. tidak terfikir kami utk ke tapak blok runtuh..
    akan kami cuba pergi utk dptkan gambar di sana

    BalasPadam
  15. cara penulisan memang terbaik.. memang menimbulkan ketakutan

    BalasPadam
  16. Orb tu mcm pecahan lampu sbb lembapan udara je? Lain kali cube bawak alat ukur kelembapan udara skali. Sbb saya pernh tngkp gmbr tepi laut mlm2. Mmg byk 'orbs' tu sbb tepi laut udara lmbap. Cahaya flash terbias tu yg jd cmtu

    BalasPadam
  17. Bang Mazidul, kalau saya nak join buat tinjauan jgak boleyh tak ???
    tp umur tak cukup...baru 24thn... camner ek ???

    BalasPadam
  18. Bang Mazidul, kalau saya nk join boleyh tak ??? tp umur tak ckup baru 24thn...camner ek ???

    BalasPadam
  19. ABG MAZIDUL .. DEQ NAK COPY .. N AKAN DIKREDITKAN KE BLOG ABG :) MEKASIH

    BalasPadam
  20. Upload la suare heeeeeeeeeeeeee tu... nak dengar...

    BalasPadam
  21. ala paranormal mcam tu dia cuma kuar bunyi pas tu lalu sekejap je..bukan nak gigit tenguk korang pun.

    BalasPadam
  22. gambar orbs yang dirakam pada hemat saya adalah sebenarnya pencahayaan akibat 'aperture' yang rendah digunakan pada kamera, berlaku apabila cahaya yang timbul dari latarbelakang menjadi 'blur' akibat teknik fotografi tersebut. Selalunya gambar Orbs yang dirakam rasanya ada sedikit berlainan dan di dalam bentuk seakan bergerak...

    BalasPadam
  23. smti.

    saya dengar ada pihak bank buka balik tanah di situ. tak pasti benar atau tidak.

    diharap tak jadi buat.

    BalasPadam
  24. kat minden height gelugor penang ada satu banglow besar gedabak tp kosong. ada prm cina dirogol dibunuh dan dibuang di rumah tu, sbb tu kosong terus. ramai jumpa dia berjalan2 makan angin waktu angin termasuk polis dan pengawal kawasan perumahan tu. tp itu 22 tahun dulu. cik mazidul try la pg sana kot2 ada rezeki boleh jumpa. masa tu saya student kat pusat pengajian tinggi di situ. tak taulah banglow tu masih ada lagi ke tidak sb sayapun dah tak boleh pijak penang lagi lps abis belajar. kena sumpah dek rumah n isi rumahnya sekali..

    BalasPadam
  25. bayi yg dlm tower satu kn dgn mak die,tapi sayang,mak dia dh mati...mak dia sebagai pembantu rumah kat blok satu tuh..

    BalasPadam
  26. Assalam..ambil perhatian...kpd spe2 yg nk “terjah” highland tower ni..tlong ajk aku..aku nk follow..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.