Khamis, Julai 14, 2011

Sekiranya Saya Ketua Polis Kuala Lumpur ...

Nama beliau, Datuk Seri JJ. Raj berusia 88 tahun. 


Barangkali kini tidak ramai mengenali beliau kerana Datuk Seri JJ tidak lagi bertugas menjaga keselamatan negara. 

"Saya sudah berkhidmat untuk negara, berniaga dan sekarang waktu berehatlah, syukur kepada tuhan, now I am happy," ujar beliau.


Ayah 3 anak kelahiran Ulu Chemor, Perak itu pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. 


"Masa saya masuk polis tahun 1948, training 12 bulan, hujung tu ada periksa. Kalau lulus terus masuk Inspektor, kalau gagal, dia orang tendang you keluar," jelasnya.

"Elaun masa training berapa Datuk?," soal saya.

"Kalau tak silap saya, tiga puluh lima ringgit," balas beliau ringkas.

Datuk Seri JJ pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah, OCPD Pagoh, Muar,  Segamat, serta Tangkak di Johor, Kuala Kangsar, Perak dan Kulim, Kedah.

Tiba-tiba perbualan beralih arah.

"You tengok, baru baru ini dia orang buat perhimpunan BERSIH, illegal rally. Di negara kita ini freedom of speech, freedom to assembly, kena ada had. Bukan apa, mungkin lebih 90% datang ke perhimpunan dengan niat lurus, lima enam peratus lagi berniat jahat then problem came in," kata beliau.

Datuk JJ kemudian terdiam buat seketika.

"Masa tragedi 13 Mei 1969, saya jadi Ketua Polis Negeri Sembilan. Saya waktu itu ada di istana bersama Yamtuan Besar dan sebaik mendapat arahan dari Ibu Pejabat terus balik ke balai. Sebaik sampai sahaja, saya terus beri arahan kepada OCPD untuk mendapatkan senarai nama semua orang jahat. At that time, ada taxi driver masuk ke Seremban, dia heboh berita Melayu bunuh Cina, Cina bunuh Melayu, membuatkan ramai orang takut. Lebih kurang pukul 8 malam, sudah start gaduh. Kalau tidak silap saya, 82 orang jahat itu kemudian kita tangkap semua dan masukkan dia orang ke Pudu Jail supaya tak buat hal," ujarnya.


"Sekiranya saya menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur sekarang, saya panggil pemimpin, PKR, UMNO, DAP, PATRIOT, BERSIH dan semua. Saya bukan nak marah, cuma nak bagi syarahan. They would tell kita, guarantee tidak akan ada kejadian buruk berlaku kalau berhimpun, guarantee apa? Guarantee mulut sahaja ke? Sekiranya apa-apa jadi, kita tangkap sama you, you sign lah. Sebelum hujan kita kena sediakan payung. You mahu berhimpun cari stadium, ikut jalanraya memang tak boleh sebab mengganggu orang ramai buat business," tambah beliau.


Kini Datuk Seri JJ bertugas sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia berpejabat di Kelana Jaya.

25 ulasan:

  1. a little correction bro.it's 13 mei 1969 bukan 1959.

    =) Salam.

    BalasPadam
  2. Saya setuju..banyak cara kita boleh pikir dan capai tanpa ganggu perjalanan satu hari..tanpa buat org marah2 sepanjang hari...tanpa buat org sihat tetiba sakit...tanpa buang duit..tanpa buang masa...tanpa ganggu keamanan...Mohon kongsi yea...tq...

    BalasPadam
  3. SMTI

    Saya tertarik dgn petikan ini
    "Sekiranya saya menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur sekarang, saya panggil pemimpin, PKR, UMNO, DAP, BERSIH dan semua. Saya bukan nak marah, cuma nak bagi syarahan. They would tell kita guarantee tak ada kejadian buruk berlaku kalau berhimpun, guarantee apa? Guarantee mulut sahaja ke? Sekiranya apa-apa jadi, kita tangkap sama you, you sign lah. Sebelum hujan kita sediakan payung, You mahu berhimpun cari stadium, ikut jalanraya tak boleh sebab mengganggu orang ramai buat business"

    BalasPadam
  4. cik Mazidul,

    13 Mei 1969 atau 13 Mei 1959?..

    smti..

    BalasPadam
  5. smti lama x online, sbb saya x berapa sihat..mcm2 citer baru ada.... :)

    BalasPadam
  6. sistem perundangan, polis, askar, pemimpin malaysia kena tegas! cukup-cukuplah beri muka pada orang lain, banyak sangat sifat kesian, rasuah bagai.

    BalasPadam
  7. x habis2 dengan alasan "lesen permit x bagi"
    fakta: stadium selangor dah bagi green light.

    ulasan: bgs juga idea beliau,kalau dah ada agreement, senang cerita, if something happen, masok lokap.

    BalasPadam
  8. SMTI ..ehmm..naper la KPN skang tak terfikir buat cmtu..aperpun..alhamdulillah..masih terkawal keadaan 9 Julai 2011 aritu..

    BalasPadam
  9. penyokong ramai datang dgn tren, bas dan pengangkutan awam, KL senang dan mudah nak gi Shah Alam ramai yang tak pasti lagi tambah kos beb.Apa beza ,stadium juga

    BalasPadam
  10. ha'ah, betulla tu. Bersih jamin akan berarak dengan aman, dia nk panggil bg syarahan...yg perkasa/PETriot ngan Silat Lincah ugut nk berarak untuk bertembung ngan bersih dan terang2 kata mungkin berlaku keganasan tu ape cite plak? dia tanak jumpa malaun2 tu sume? apsal bersih dan pembangkang aje yg nk disyarah sedangkan depa dh kata tanak ganas2...org yg nk ganas2 tu tadak plak dia nk syarah yer....pk-pkkan la POLIS ni koje untuk sape sebenarnya....walaupun si JJ ni bukan polis, tp dh tau dh dia berkiblatkan ke mana...kata-kata tu double meaning sebenarnya....kahkahkah...kata-kata menjilat bontot BN....kene tipu hidup2 tp orang lain tepuk tangan....some people's stupidity and mental blindness never cease tu amaze me....

    BalasPadam
  11. Saya setuju sangat dengan pendapat Datuk. Mesti ada hitam putih, baru tak ada persoalan yang timbul nanti.

    PadangDiLalang

    BalasPadam
  12. Ghostart, beliau pun ada berkata, sebilangan generasi muda sekarang ini, tidak tahu apatah lagi menghargai kemerdekaan.

    Kejadian 13 Mei 1969 pun dilaporkan bermula dengan perarakan ringkas dan mendapat kebenaran pihak berkuasa.

    Tetapi apabila bilangan terbabit dalam perhimpunan semakin ramai maka mulut menjadi celupar mendorong tindakan tidak terkawal.

    Akibatnya, terjadi pertumpahan darah sekaligus termaktub sebagai sejarah hitam negara.

    Datuk JJ Raj telah melalui pemerintahan 5 bekas Perdana Menteri dan 1 terkini. Itu fakta. Awak lahir tahun bila ya?

    Dia bukan polis? Dia bekas Ketua Polis Daerah, OCPD di banyak negeri dan Ketua Polis 3 negeri, CPO di Persekutuan Tanah Melayu. Itu juga fakta.

    Setiap kata-kata beliau terjaga dan beradab, itu saya boleh laporkan sebab saya menemubual beliau.

    Cuba teliti semula kenyataan awak, jauh sangat berbeza berbanding kesopanan serta kaedah beliau melontarkan pandangan. Itu juga FAKTA.

    BalasPadam
  13. semasa Datuk Seri JJ. Raj menjadi OCPD Pagoh, berlaku peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.

    BalasPadam
  14. Ghostdart,

    "Sekiranya saya menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur sekarang, saya panggil pemimpin, PKR, UMNO, DAP, BERSIH dan semua. Saya bukan nak marah, cuma nak bagi syarahan."

    Tak baca ke atau hati dah buta sampai mata juga buta tak boleh nampak apa yg ditulis?

    BalasPadam
  15. mari kita ketawakan Ghostdart rmai2,mamat ni mcm xphm crita bro mazidul ni or die ni just bc sekerat je.. kebanyakan mentaliti org2 pembangkang msti mcm ni..bc sekerat2 sbb dieorg ni benci sebenci2nya kt org2 yg menyokong kerajaan..dieorg cume reti cr kesalahan org lain n kebanykan pengikut2 pembngkng ni xtau ape2...just berpandukan 'hearsay' or rumours atau lbh tepat lg fitnah...n dieorg akn sebarkn kt kwn2..wlpon brita tu bkn based on facts..yg dieorg tau cume buruk2kn kerajaan or agensi kerajaan..shame on u Ghostdart n PR!!

    BalasPadam
  16. ghortdart:
    kan dah kena..... lain kali nak hentam bagi salam dulu...
    adat n adap tetap di pegang walau tak sama pandangan..

    BalasPadam
  17. Ghostart (Hantumula) harap banyakkan membaca dari pelbagai sumber baru boleh hentam orang.... buku sejarah pun kena baca gak... jangnaklah keranan ketaksuban terhadap sesuatu parti politik membuatkan saudara anggap org lain tak betul.polis ditugaskan menjaga kemanan pun nak komplen..agaknya kalau polis tak kontrol pastu jadi huru hara..org macam saudara la yang akan komplen polis makan gaji buta.....

    BalasPadam
  18. salam,

    Saya salah seorang yg mengenali beliau dalam mesyuarat korporat. kalau terserempak tentu dia kenal. Sifat dia peramah,humble, menghormati orang dan menghormati pandangan org lain. Dulu saya x tahu dia bekas pegawai polis sebab kami mesyuarat pengurusan korporat (Corporate Govenant).

    Bila tahu dia bekas OCPD (melalui temuramah kes bukit kepong) terkejut juga. Biasanya POLIS bias, ttp tidak Datuk JJ Raj.Pandangan beliau berasas kepada pengalaman dan pemerhatian beliau. Kita tak boleh mencemuh sekalipun kita mungkin tak setuju.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.