Sabtu, Julai 30, 2011

"Saya rela mati" - Allah Menjemputnya

Dia dilahirkan berjantina lelaki dengan nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Dua tahun lalu dia dilapor melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dan kemudian mencuba menukar namanya kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi Terengganu namun ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf, 26 tahun, meninggal dunia jam 5 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Rakan memaklumkan, jenazah Mohd Asraf masih berada di hospital terbabit sewaktu tampalan ini ditulis. Ramai wartawan media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menunggu pekembangan berita di hospital sama.

"Ayah dia khabarnya akan merujuk kepada pakar agama untuk prosedur pengkebumian tetapi apapun jenazah akan dikebumikan di Seberang Takir," ujar rakan.

Saya kemudian merujuk kepada kenalan, arif perihal agama.

"Lazimnya, dia harus dikebumikan sebagai lelaki kerana dia dilahirkan lelaki. Kes ini berbeza berbanding kes bekas pengarah filem, Yasmin Ahmad. Yasmin dilahirkan sebagai khunsa, memiliki 2 alat kelamin, lelaki dan wanita. Saya difahamkan, arwah Yasmin juga mendapatkan surat pengesahan dariada bekas Mufti Selangor, arwah Datuk Ishak Baharum sebelum bernikah. Jadi bila dia meninggal dunia, dia dikebumikan sebagai perempuan," ujarnya.

Sebelum ini Mohd Asfraf dilaporkan berkata kepada media, "saya rela mati ...", berikutan kecewa. Allah menjemputnya kira-kira 12 hari selepas kenyataan itu diungkapkan.

Al-Fatihah.

Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada semua pondan, mengubah kejadian Allah menimbulkan pelbagai komplikasi sewaktu hidup dan mati.

NOTA

Tunjukkan sokongan terhadap tinjauan dan kajian kes paranormal dijalankan kru 666 dengan cara like Fan Page 666. Terima kasih.

24 ulasan:

  1. Innalillah..apa2pun hanya Allah yang tahu...Allah menciptakan manusia sebaik2 kejadian..
    Wallahuallam

    BalasPadam
  2. yang pergi akan tetap pergi..

    yang hidup perlu mengambil pengajaran dari setiap yang terjadi.

    semoga mendapat pengajaran untuk kita semua.

    al-fatihah.

    BalasPadam
  3. terkejut, baca sini untuk dapatkan kepastian berita.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum wrt wbt

    Salam takziah kepada seisi keluarga almarhum.

    Tiada apa yang mengejutkan, kematian adalah lumrah suatu ketetapan.

    Kita hanya tahu sedikit sahaja, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

    Semoga arwah mendapat pengampunan dan rahmat Allah SWT.

    Kita....sudah bersediakah? Apa kita rasa kita lebih baik dari yang lain....mari kita muhasabah diri.

    Semoga kita semua mendapat pengampunan Allah SWT.

    BalasPadam
  5. Salam saudara Mazidul...

    Al Fatihah untuk allahyarham....

    BalasPadam
  6. al-Fatihah. semoga arwah sempat bertaubat.

    Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

    apa pun, Hanya Dia Yang Maha Tahu perjalanan sebenar kisah ini dan hanya Dia Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuknya dan untuk kita.

    BalasPadam
  7. semoga beliau sempat bertaubat..
    Masya Allah.....

    BalasPadam
  8. astaghfirullah...smg mndapat pengampunan drpd Allah swt

    BalasPadam
  9. Semoga perjalanan dia menemui TUHAN penciptanya dipermudahkan~

    BalasPadam
  10. Ada banyak hikmah disebalik semua ni. Pengajaran kepada kita yang masih hidup.

    BalasPadam
  11. Takziah kepada ahli keluarga arwah. Mudah2an Allah mengampunkan dosa2 arwah & itu ketentuan Ilahi.

    BalasPadam
  12. Al fatihah, Allah juga yang Maha Mengetahui~

    BalasPadam
  13. alfatihah..
    http://adzriel.blogspot.com/2011/07/allah-mengirimnya-sebagai-peringatan.html

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah, mudah2an Allah ampunkan dosa2nya, aminnn...

    BalasPadam
  15. alfatihah..tapi tidak dinyatakan sebab sebabnya..

    BalasPadam
  16. ya tak ya.apa COD dia?aku syak itu efek dari pembedahan2 yang dia buat.

    BalasPadam
  17. semoga rohnya dtempatkan dikalangan orang2 beriman..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.